Skip to main content

Posts

Haid Tidak Teratur Punca Sukar Hamil

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Ada yang setiap bulan haid datang dengan jayanya, namun ada juga yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Apa Yang Di Maksudkan dengan Haid Yang Tidak Teratur? Kitaran haid yang normal adalah berlaku sekitar 21 – 35 hari.Jadi, kitaran haid yang tidak teratur boleh berlaku lebih awal daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari. Masalah haid tidak teratur inilah yang sering melanda kaum wanita, yang mana ada yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan sebulan boleh jadi 2 kali datang haid, atau selama 2 bulan tidak datang haid langsung. Mengikut Dr R Juhaidah, seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi, kita boleh tentukan haid kita teratur atau tidak.Ianya boleh dikira dengan cara mengira kitaran haid dari hari pertama kita datang haid sehinggalah hari pertama haid yang seterusnya. Lakukan kiraan ini sekurangnya selama 3 bulan.Jika tarikh haid anda sangat jauh dan tidak berada dalam lin...

Punca Batu Karang Di Hempedu

Assalamualaikum Harini ada lagi pesakit batu karang yang datang untuk pemeriksaan.Jika dilihat pada umur tu, masih muda lagi dalam lingkungan 30 an. Sebenarnya, batu karang karang hempedu ini banyak berlaku di dalam warga Malaysia.Dikatakan punca utama batu karang hempedu adalah disebabkan oleh pemakanan yang berlemak. Batu karang hempedu  Namun, ramai yang tidak sedar akan kehadiran batu karang hempedu ini.Ini kerana ianya tidak menunjukkan sebarang tanda atau rasa sakit.Selalunya batu hempedu ini dijumpai secara kebetulan semasa pemeriksaan rutin. Batu karang hempedu ini berlaku di pundi hempedu.Namun, batu hempedu ini boleh bergerak dan berlaku di mana mana saluran hempedu seperti duktus sistik. Pundi hempedu ini berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati.Hempedu ini membantu untuk penyerapan dan pencernaan lemak dalam badan kita. Hempedu terdiri daripada air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein, dan bilirubin. Pembentukan bat...

Batu Karang: Punca dan Cara Merawat

Ramai yang datang buat pemeriksaan ultrasound buah pinggang untuk mengesan batu karang.Dan biasanya mereka mengadu sakit di bahagian kiri atau kanan dan pemeriksaan air kencing mendapati terdapat batu. Dengan asbab itu jugalah doktor menyaran mereka untuk melakukan ujian ultrasound untuk mengesan batu karang. Batu karang Batu karang ini adalah sejenis kristal yang terbentuk daripada mendapan mineral dan garam asid di dalam buah pinggang. Batu karang terdiri daripada 4 jenis, bergantung pada campuran yang membentuk batu karang. Jenis Batu Karang 1. Kalsium 2. Asid Urik 3. Struvite 4. Cystine Jenis batu karang Sesetengah orang langsung tidak merasa apa apa tanda mempunyai masalah batu karang.Namun ada yang langsung tidak tahan dengan kesakitan batu karang ini. Kita akan merasa sakit apabila: Size batu karang yang terlalu besar yang menyebabkan buah pinggang tersumbat Batu tersangkut di saluran buah pinggang Kencing kotor yang bert...

Kesan Kekurangan Kalsium Mendatangkan Bahaya Pada Tubuh

Pernah dengar kalsium?Rasanya semua orang bila bercakap pasal kalsium ni mesti ingat tulang je kan?Sebenarnya banyak lagi fungsi kalsium dalam badan kita, bukan setakat untuk tulang sahaja. Ini antara fungsi kalsium yang dijalankan oleh tubuh kita: Membantu kerja sistem saraf Membantu kerja otot Membantu pembekuan darah Membantu kerja jantung Tahap kalsium dalam badan kita tak nampak dan tak boleh ukur. Melainkan kita pergi buat pemeriksaan kesihatan barulah kita tahu tahap kalsium dalam badan kita.Seringkali kekurangan kalsium ini tidak mendatangkan apa apa masalah dan sering dipandang remeh oleh masayarakat kita pada harini.Ini kerana gejala kekurangan kalsium akan bertambah baik sekiranya kadar kalsium dalam badan kita berada pada tahap normal. Namun, harus di ingat kekurangan kalsium yang berpanjangan dan tidak ada alternatif yang diambil boleh mendatangkan kesan yang buruk pada tubuh kelak. Kesan Kekurangan Kalsium 1. Kekejangan Otot Ini yang se...

Makanan Kaya Dengan Sumber Kalsium

Semalam alkisahnya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan rutin. Maka, sambil menunggu giliran sambil tu lah pergi membuat pemeriksaan kalsium dalam badan. Alangkah terkejut Ms J bila melihat paras kalsium makin berkurang. Kalau tak silap Ms J, dalam 2 bulan yang lepas paras kalsium masih ok, yakni di paras yang normal. Namun, sekarang sedang menghampiri ke arah osteoporosis. OMG!Adakah baby kecilku yang berkongsi kalsium kalsium dengan mama.uhuk. Maka datang pula kesedaran dalam diri ini untuk  mencari makanan yang kaya dengan kalsium. Takut juga nanti kalau ada masalah apa-apa kelak. Okla di sini Ms J senaraikan berapa nilai kalsium dalam makanan seharian kita. Senarai Makanan Yang Kaya Dengan Kalsium Secara umumnya orang dewasa memerlukan lebih kurang 500 mg -1000 mg kalsium per day. Jadi tanya pada diri sendiri cukupkah dengan pengambilan kalsium seharian kita? Jika dilihat pada senarai di atas, yogurt, susu high kalsium dan susu soya mengandungi jumlah kal...

Tips mudah cara hilangkan strech mark dengan mudah

Pernah dengar strech mark? Rasanya buat kaum wanita ratanya-ratanya tahu mengenai strech mark ini. Strech mark atau lebih dikenali sebagai parut seperti gurat-gurat yang timbul di permukaan kulit. Strech mark ini berlaku biasanya disebabkan oleh regangan pada kulit seperti yang sering berlaku pada wanita hamil. Malah bukan wanita hamil sahaja yang mudah mendapat strech mark ni taw,mereka yang menjadi gemuk juga berisiko untuk mendapat strech mark. Tips mudah cara hilangkan strech  mark dengan mudah Strech mark ini sering terjadi di bahagian pusar, payudara, pinggul, paha dan lengan. Boleh dikatakan majoriti kaum wanita akan yang hamil akan mengalami strech mark ini. Tapi ada juga yang terlepas daripada mendapat strech mark ni.Macam Ms J dulu masa mula mula hamil, alhamdulillah takde strech mark yang tinggal kat perut ni.Mungkin sebab saiz kandungan yang kecil, maka perut takdela tegang dan merekah gitu. Punca Strech Mark Berlaku  1. Kehamilan Rata...

Pelancaran Shaklee Baby

Semalam lepas kerja terus bergegas ke The Light Hotel, untuk program shaklee yang memperkenalkan produk untuk bayi. Terdapat tiga produk baru, iaitu losyen,minyak urut dan mandian .Sambil tu ada juga booth tester taw.Maka, buat mereka yang ingin mencuba terlebih dahulu boleh la cuba dan rasa macam mana produk shaklee bayi ni. Di sekitar pelancaran shaklee baby Ms J pun tak terlepas daripada booth.Memang dinanti nantikan untuk bayi tahun depan.hehe. Sempat juga mencuba untuk kesemua produk bayi ini. Apa yang Ms J rasa baunya lebih kurang sama je untuk ketiga tiga produk tu.Pakai pun best sebab tak melekit dan berminyak macam lotion yang lain yang selalu Ms J pakai.Sangat lembut je kulit ni. Apa yang Ms J boleh katakan best sangat.Apatah lagi semua bahan yang digunakan adalah selamat dan tidak ada bahan berbahaya untuk bayi. Eh bukan baby je taw boleh guna, macam lotion tu kalau kita yang dewasa pun boleh pakai taw.Jadi dah jimat, 2 in 1 gitu. Set baby sha...