Skip to main content

Kesan Kekurangan Kalsium Mendatangkan Bahaya Pada Tubuh

Pernah dengar kalsium?Rasanya semua orang bila bercakap pasal kalsium ni mesti ingat tulang je kan?Sebenarnya banyak lagi fungsi kalsium dalam badan kita, bukan setakat untuk tulang sahaja.


Ini antara fungsi kalsium yang dijalankan oleh tubuh kita:
  • Membantu kerja sistem saraf
  • Membantu kerja otot
  • Membantu pembekuan darah
  • Membantu kerja jantung

Tahap kalsium dalam badan kita tak nampak dan tak boleh ukur. Melainkan kita pergi buat pemeriksaan kesihatan barulah kita tahu tahap kalsium dalam badan kita.Seringkali kekurangan kalsium ini tidak mendatangkan apa apa masalah dan sering dipandang remeh oleh masayarakat kita pada harini.Ini kerana gejala kekurangan kalsium akan bertambah baik sekiranya kadar kalsium dalam badan kita berada pada tahap normal.

Namun, harus di ingat kekurangan kalsium yang berpanjangan dan tidak ada alternatif yang diambil boleh mendatangkan kesan yang buruk pada tubuh kelak.

Kesan Kekurangan Kalsium


1. Kekejangan Otot


Ini yang sering berlaku pada kita hari ini.Malah wanita hamil juga tidak terkecuali.Biasanya kekejangan ini berlaku pada bahagian paha, lengan dan ketiak.

Kekejangan otot bermaksud keadaan dimana otot mengecut secara tidak terkawal secara tiba tiba.Buat wanita hamil pula, keadaan kekejangan otot berlaku disebabkan oleh rahim yang sedang membesar dan mengganggu peredaran darah ke bahagian kaki.

2. Tulang tidak Kuat


Ini yang sering kali kita dengar.Ya, sebab kalsium adalah nutrisi utama untuk tulang.

Kekurangan kalsium dalam tubuh akan menyebabkan kalsium dari tulang diserap kepada tubuh.Kesannya, kalsium tulang akan berkurangan dan tulang akan menjadi rapuh.

Kesan kekurangan kalsium dalam tulang akan mengundang beberapa masalah seperti osteopenia dan akhirnya akan menyebabkan osteporosis.

Kesan Kekurangan Kalsium : Tulang normal mempunyai kepadatan tulang yang tinggi berbanding dengan tulang yang mengalami osteoporosis

3. Mudah dijangkiti Virus


Salah satu fungsi kalsium adalah membantu sistem imunisasi tubuh.Maka, jika kalsium sudah berkurang maka kita akan cepat dapat penyakit seperti flu dan hepatitis.

4.Insomnia


Insomnia ni adalah mengenai masalah kesukaran untuk tidur.Percaya atau tak, sebenarnya kalsium yang mencukupi boleh membantu tidur kita akan bertambah lena.

Salah satu fungsi kalsium dalam badan kita adalah mengoptimakan fungsi saraf. Jadi jika tubuh tidak mendapat kalsium yang mencukupi maka akan ada organ akan terganggu nanti. Contohnya seperti jantung sehingga boleh menyebabkan susah tidur.

Kesan Kekurangan Kalsium: Insomnia

5.Gangguan Fungsi Saraf


Saraf dalam badan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.Kekurangan kalsium akan melemahkan otot dan degupan jantung tidak akan teratur.

Selain daripada itu, kesan kekurangan kalsium akan mengundang kepada hipokalsemia,iaitu kadar kalsium dalam darah kurang dan boleh mendatangkan gejala lain seperti kebas atau mati rasa pada jari jemari.

6. Tekanan Darah Rendah dan Kegagalan Jantung


Apabila otot dan degupan jantung menjadi lemah,jantung juga menjadi lemah untuk mengepam darah ke seluruh badan. Akibatnya tekanan darah menjadi rendah.

Bukan itu sahaja, malah kelemahan jantung boleh menyebabkan jantung untuk gagal berfungsi dan boleh menyebabkan kematian.

Jika dilihat kesemua kesan di atas adalah datangnya daripada kekurangan kalsium. Kalau boleh kita tak nak lah kesan yang buruk menimpa kita kan. Jadi mulai sekarang apakata amalkan pengambilan kalsium dalam diet seharian kita ye.

Selain daripada sumber pemakanan, kita juga boleh mendapatkan sumber kalsium daripada vitamin tambahan. Contohnya seperti osteomatrik shaklee.


Kesan Kekurangan Kalsium: Tekanan Darah Rendah

Kesan Kekurangan kalsium dapat di atasi dengan pengambilan supplement tambahan

Osteomatrik daripada shaklee ini berbeza jika hendak dibandingkan dengan vitamin yang lain.Ianya dilengkapi dengan unsur magnesiun, vitamin D,Boron,mangan,tembaga dan zink yang membantu penyerapan kalsium lebih baik.

Dengan satu harga, anda hanya mampu mendapatkan kesan yang lebih baik!

Nak order? Hubungi sahaja Ms J 016 444 2685\

Baca juga Makanan kaya Dengan Kalsium



Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...