Ramai yang datang buat pemeriksaan ultrasound buah pinggang untuk mengesan batu karang.Dan biasanya mereka mengadu sakit di bahagian kiri atau kanan dan pemeriksaan air kencing mendapati terdapat batu.
Dengan asbab itu jugalah doktor menyaran mereka untuk melakukan ujian ultrasound untuk mengesan batu karang.
Batu karang |
Batu karang ini adalah sejenis kristal yang terbentuk daripada mendapan mineral dan garam asid di dalam buah pinggang.
Batu karang terdiri daripada 4 jenis, bergantung pada campuran yang membentuk batu karang.
Jenis Batu Karang
1. Kalsium
2. Asid Urik
3. Struvite
4. Cystine
Sesetengah orang langsung tidak merasa apa apa tanda mempunyai masalah batu karang.Namun ada yang langsung tidak tahan dengan kesakitan batu karang ini.
Kita akan merasa sakit apabila:
- Size batu karang yang terlalu besar yang menyebabkan buah pinggang tersumbat
- Batu tersangkut di saluran buah pinggang
- Kencing kotor yang bertukar nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang tersumbat.
Gejala Batu Karang
Awas jika anda mendapat tanda seperti ini.Ini adalah antara tanda tanda penyakit batu karang.
- Kencing berdarah
- Sakit belakang
- Wujud butiran pasir di dalam air kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Kencing kotor
Punca Batu Karang
Banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah batu karang ini.Ini adalah antara faktor batu karang.
1. Kekurangan meminum air masak yang mencukupi.Apabila badan kita tak cukup air, maka mendapan mineral dan garam asid di dalam buah pinggang akan mudah membentuk batu karang
2. Mempunyai sejarah keluarga atau diri sendiri yang pernah mengalami batu karang.Ini kerana penyakit batu karang ini boleh berulang.
3. Faktor umur, yang mana mereka yang berumur 20-70 tahun lebih berisiko untuk mendapat batu karang.
4. Berpunca daripada penyakit lain seperti hyperparathyroidism,yang mana kalenjar thyroid mengeluarkan mineral dan pengumpulan kalsium dengan aktif sekali.
5.Pengambilan supplement vitamin D yang lebih dan tidak seimbang dengan magnesium.
6. Kesan sampingan daripada ubat ubatan seperti diuretik
7. Pengambilan makanan yang tinggi protein seperti jantung, limpa, daging merah .
8.Gaya hidup yang kurang aktif
Secara keseluruhannya, kita dapat megurangkan kejadian batu karang ini dengan mudah jika kita sudah tahu punca berlakunya masalah ini.
Selain amalkan gaya hidup yang sihat dan meminum air masak yang mencukupi kita juga boleh mencuba vitamin tambahan yang boleh mencegah terjadinya batu karang ini.
Ini antara set vitamin shaklee yang Ms J sarankan, yang mana kita boleh amalkan untuk merawat batu karang ini.
Setiap vitamin ini fungsinya berbeza-beza.Seeloknya ambil kesemua vitamin ini bersama untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Set Vitamin Shaklee untuk merawat batu karang |
Vitamin C- mengasidkan urin, ini kerana batu karang tidak boleh terbentuk di dalam urin yang berasid
B complex - Membantu menurunkan oksalat (garam mineral) yang membentuk batu karang
Osteomatrik - Magnesium yang terkandung di dalam osteomatrik membantu menurunkan oksalat sekaligus mencegah pembentukan batu karang
Alfalfa - Sangat bagus untuk mengurangkan infeksi dan inflamasi
Untuk kesan yang lebih optimum, anda boleh mencuba ikhtiar dengan vivix. mari lihat testimoni mereka yang mengalami batu karang dengan mengamalkan vivix ini:
Testimoni : Setelah amalkan satu botol vivix, batu karang sudah tiada lagi!
Vivix membantu masalah batu karang |
Comments
Post a Comment