Skip to main content

Haid Tidak Teratur Punca Sukar Hamil


Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Ada yang setiap bulan haid datang dengan jayanya, namun ada juga yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur.

Apa Yang Di Maksudkan dengan Haid Yang Tidak Teratur?


Kitaran haid yang normal adalah berlaku sekitar 21 – 35 hari.Jadi, kitaran haid yang tidak teratur boleh berlaku lebih awal daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari.


Masalah haid tidak teratur inilah yang sering melanda kaum wanita, yang mana ada yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan sebulan boleh jadi 2 kali datang haid, atau selama 2 bulan tidak datang haid langsung.

Mengikut Dr R Juhaidah, seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi, kita boleh tentukan haid kita teratur atau tidak.Ianya boleh dikira dengan cara mengira kitaran haid dari hari pertama kita datang haid sehinggalah hari pertama haid yang seterusnya.

Lakukan kiraan ini sekurangnya selama 3 bulan.Jika tarikh haid anda sangat jauh dan tidak berada dalam lingkungan 21- 35 hari, maka anda boleh dikategorikan sebagai wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur.

Haid Tidak Teratur Punca Sukar Hamil?


Bagi wanita yang baru berkahwin dan ingin menimang cahaya mata, masalah haid tidak teratur ini mungkin memberi sedikit tekanan pada mereka. Ini kerana kitaran haid tidak teratur berkait rapat dengan kesuburan.

Bagi wanita normal, setiap bulan kita akan mengalami ovulasi (pengeluaran telur).Namun, bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak teratur, proses ovulasi ini tidak berlaku pada setiap kitaran haid.Inilah yang menyebabkan kesukaran untuk persenyawaan berlaku.


Punca Haid Tidak Teratur


Haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh banyak punca. Ini adalah di antara mengapa haid tidak teratur:

Ketidakseimbangan Hormon


Kebanyakkan kes haid tidak teratur ini berkait rapat dengan ketidakseimbangan hormon. Ini boleh berlaku pada remaja dan wanita di usia lewat reproduktif.

Sering kali kita melihat remaja yang mempunyai masalah haid tidak teratur ini mempunyai masalah lain seperti masalah jerawat yang mana semuanya berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Antara tips mengatasi ketidakseimbangan hormon adalah dengan mengambil supplement berasaskan gamma linolenic acid (GLA). GLA ini boleh membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya ,menggalakkan haid berjalan lancar.

Salah satu produk daripada shaklee adalah GLA complex. Bagi mereka yang mengalami masalah haid tidak taratur memang digalakkan untuk mengambil supplement ini.

Lihat antara testimoni mereka yang mempunyai haid tidak teratur setelah mengambil GLA complex

Gembira setelah masalh yang dihadapi selesai setelah amalkan GLA complex.Hasilnya beliau membeli 3 botol terus!

Haid tidak teratur 1


Setelah amalkan GLA complex, haid menjadi lancar dan kulit menjadi semakin cantik
Haid tidak teratur 

Kehamilan


Kehamilan yang berlaku pada kaum wanita menyebabkan haid mereka tidak datang.Ini sudah pastinya memberikan berita gembira buat pasangan yang baru berkahwin dan ingin menimang cahaya mata.

Menyusu badan


Tahukah anda dengan menyusu badan menyebabkan haid anda tidak datang selama mana anda menyusu badan.Ini semua kerana hormon badan kita yang menyediakan badan untuk proses penyusuan.

Jangan pula terkejut jika anda tidak datang haid selepas bersalin dan menyusu badan kerana ianya memang lumrah!

Tekanan Emosi


Ini salah satu punca haid tidak teratur yang Ms J alami sendiri.Jika berada di dalam keadaan stress, haid boleh berhenti atau tidak berlaku langsung.

Jadi, elakkan stress ye.

Senaman Atau Diet Berlebihan


Senaman atau diet berlebihan boleh menyebabkan haid tidak teratur atau terus berhenti. Ini sering berlaku pada atlet yang berbadan kurus dan tidak berlemak.

Polycyctic Ovarian Syndrome (PCOS)


PCOS adalah sejenis penyakit yang mana ovari menghasil 'cyst' kecil' dengan jumlah yang banyak. 'Cyst' ini tidaklah mendatangkan bahaya, namun ianya boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan lantas menganggu proses ovulasi.

Mempunyai masalah ketidaksuburan dan ingin dapatkan set kesuburan shaklee?



Masalah Lain


Masalah lain yang menyebabkan haid tidak teratur adalah seperti masalah hormon tiriod.Jika hormon tiriod terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan haid tidak teratur. Penyakit lain pula adalah seperti kencing manis dan penyakit buah pinggang

Kesimpulannya, jika anda sudah mengenal pasti punca haid tidak teratur, maka cuba seelokknya untuk mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, jangan malu untuk berjumpa doktor untuk meneliti dengan mendalam masalah anda agar ianya tidak menjadi kronik!


Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi boleh hubungi Ms J 016 444 2685












Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...