Skip to main content

Posts

Beza Gula Semulajadi dan Dan Gula Tambahan

Selalu dalam makanan kita mesti mengandungi gula. Tak kiralah gula semulajadi atau gula tambahan.Eh jangan dok pening pula apa tu gula semulajadi dan gula tambahan? Kedua dua gula ini tak sama taw. Gula semulajadi dengan gula tambahan dua benda yang berbeza. Jangan ingat semua gula sama je taw. Biasa kita tengok kat produk makanan, pelbagai jenis nama gula yang dorang paparkan.Betul tak? Haa kalau nak tahu gula semulajadi ini merujuk kepada gula yang kita dapat daripada makanan semulajadi yang tidak diproses atau sedikit diproses. Ada 3 kategori utama gula semulajadi, iaitu : Fruktose - Gula dari buah dan sayur Lactose - Gula daripada produk tenusu Glucose - Gula dari buah,sayur dan bijirin Manakala gula tambahan pula adalah gula putih, gula perang, gula kabung dan sebagainya. Sebenarnya gula tambahan ini mempunyai pelbagai jenis nama yang terdapat di mana mana produk makanan. Nama gula tambahan ini berbeza beza mengikut cara ia diproses. ...

Rahsia Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa Walaupun Hamil

Rasanya belum terlambat lagi untuk Ms J ucapkan selamat datang ramadhan dan selamat berpuasa buat sahabat muslim dan muslimin semua. Bulan ramadhan ini bukan alasan untuk kita bermalasan, tidak larat, letih dan lesu. Sebaliknya jadikan bulan puasa ini salah satu bulan yang aktif dalam hidup kita. Mesti korang pelik kan, macam mana puasa puasa pun boleh lagi aktif, tambah tambah lagi buat ibu hamil. Haa, inilah yang Ms J nak kongsikan harini. Buat pengetahuan korang, Ms J sekarang ini hamil 19 minggu anak ketiga. Alhamdulillah, so far masih mampu meneruskan ibadah puasa dengan jayanya. Bukan itu sahaja, malah bila balik kerja Ms J masih mampu untuk uruskan dua anak teruna dan dan masak untuk berbuka puasa nanti. Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Memang target tahun ini ingin meneruskan puasa penuh, tanpa ada lopong lopong.huhu Nak tahu apa rahsia Ms J untuk berpuasa ketika hamil? Haa, sebenarnya Ms J ini amalkan vitamin shaklee. Antara vitamin yang Ms J ama...

Promosi Istimewa Shaklee Sempena Ramadan 2019

Hari ini adalah hari pertama buat umat Islam menunaikan ibadat puasa. Puasa tetap puasa, tapi sebagai pengedar shaklee yang sah, Ms J masih lagi menjalankan perniagaan dengan bisnes shaklee. Dan hari ini Ms J nak berkongsi salah satu produk istimewa daripada shaklee, yang mana baru dilancarkan pada bulan ini. Pada bulan Mei ini, shaklee tawarkan promosi yang cukup istimewa iaitu dengan pelancaran produk terbaru iaitu performance drink yang berperisa lemon lime. Performance drink berperisa lemon lime ini adalah salah satu minuman yang sangat membantu mengelakkan badan kita daripada dihidrasi. Kalau dahulunya yang ada hanyalah perisa orange, tapi sekarang didatangkan dengan perisa lemon lime.  Kalau nak tahu rasanya macam mana, ianya rasa seperti air 100 plus yang berperisa lemon tu. Haa, macam tulah. Tapi yang bezanya air performance drink lemon lime ini mempunyai 6 jenis elekrolit iaitu magnesium, potassium, phosphorus,calcium,sodium dan klorida, yang ...

Shaklee Jom Hebat Utara 2.0

Sebenarnya harini Ms J nak berkongsi dengan korang,yang mana harini Ms J hadiri salah satu program shaklee yang dinamakan sebagai Jom Hebat Utara. Program ni lebih kepada menyuntik semangat,atau membangkitkan lagi semangat yang telah hilang. Biasalah, bila kita berbisnes ni, ada masa kita berada di atas, ada masa kita di bawah.Itu adalah normal, cuma kita yang normal ni macam mana cara kita nak urus emosi bila kita berada di bawah. Takkan kita nak dok di bawah selama lamanya?Kalau kita nak berjaya, kita kena move on.Jangan dok layan sangat emosi tu. Program kali ini banyak slot.Slot pertama bersama salah seorang leader dalam shaklee, iaitu Master Effa.Beliau menceritakan bagaimana kita nak buat shaklee dan dapat income sekurang kurangnya rm 5000 sebulan. Woww, rm 5000 sebulan!Banyak tu, lebih banyak daripada kerja hakiki sekarang.Kalau korang nak tahu rahsianya,meh roger roger Ms J na. Slot kedua,bersama atok Zainal.Kami panggil atok sebab beliau ni dah ota...

Rezeki Ada Di Mana Mana

Rasa sedih tetiba dapat mesej daripada Pantai Hospital, katanya pengambilan jawatan untuk Ms J terpaksa di KIV. Rasa sedih menyelubungi hati ini. Seharian rasa tak dapat fokus pada kerja. Mungkin belum rezeki aku lagi, terdetik dalam hati ini. Bila balik rumah, cerita kat suami, encik suami dengan rileks berkatanya, ' takpalah kerja lah dulu dengan kerja sekarang. Bukan kita tak de kerja' Ya, bukan Ms J takde kerja sekarang. Memang ada kerja hakiki. Takpelah, mungkin bukan rezeki Ms J lagi untuk kerja berkedekatan dengan rumah. Tapi, dalam hati ini kerap berdoa, moga ada keajaiban yang berlaku. Mungkin dorang akan terbuka hati untuk ambil Ms J bekerja nanti. Tapi seandainya tidak, Ms J redha. Sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting kita percaya pada rezeki Allah. Rezeki Allah ini sangat luas, tak terkira oleh manusia. Cuma kita je tak pernah nak mensyukuri akan nikmat Allah. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang ...

8 Penyakit Akibat Kolestrol Tinggi

Rata rata diantara kita yang tahu bahawasanya kolestrol tinggi tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Kolestrol atau nama lainnya juga disebut sebagai lipids. Ianya adalah zat lemak yang dibuat oleh hati dan dialirkan ke seluruh badan. Kolestrol ini berperanan bagi tubuh kita untuk membuat vitamin D dan hormon, dan juga membuat asam empedu. Manakala, kadar koletrol tinggi ini bermaksud, kandungan kolestrol di dalam darah adalah lebih banyak berbanding dengan keperluan badan kita. Apabila kolestrol tinggi ini berada di dalam darah melebihi keperluan di dalam badan kita, maka ianya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Jadi, hari ini Ms J nak berkongsi antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kolestrol tinggi ini. 8 Penyakit AKibat Daripada Kolestrol Tinggi Penyakit Jantung Koroner Risiko kolestrol tinggi yang paling utama adalah boleh menyebabkan penyakit jantung koroner. Apabila kolestrol terlalu tinggi, ianya boleh berkumpul di dinding pe...

Cegah Kolestrol Tinggi Dengan Minyak Ikan Omega 3

Mempunyai kolestrol tinggi memang amat merunsingkan.Takut kalau kalau kolestrol tinggi ini mendatangkan penyakit lain yang lebih bahaya, gara gara kolestrol tinggi. Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Kolestrol tinggi mungkin tak beri apa apa petanda buat sesetengah orang, tapi yang pasti kita boleh melakukan ujian darah untuk mengenalpasti adakah kita mempunyai kolestrol tinggi atau pun tak.>>> tanda kolestrol tinggi Maka,dengan itu jangan terkejut kalau kita tengok orang kurus pun mempunyai kolestrol tinggi. Ya,sebab kolestrol tinggi ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tak kira orang kurus atau gemuk.Ini kerana tahap kolestrol berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup kita. Maka, dengan itu harini Ms J ingin berkongsi salah satu cara mencegah kolestrol tinggi iaitu dengan mengamalkan pengambilan minyak ikan omega 3 dalam pemakanan kita seharian. Ya, minyak ikan omega 3 ni sangat membantu dalam menurunkan paras k...