Selalu dalam makanan kita mesti mengandungi gula. Tak kiralah gula semulajadi atau gula tambahan.Eh jangan dok pening pula apa tu gula semulajadi dan gula tambahan?
Kedua dua gula ini tak sama taw. Gula semulajadi dengan gula tambahan dua benda yang berbeza. Jangan ingat semua gula sama je taw.
Biasa kita tengok kat produk makanan, pelbagai jenis nama gula yang dorang paparkan.Betul tak?
Haa kalau nak tahu gula semulajadi ini merujuk kepada gula yang kita dapat daripada makanan semulajadi yang tidak diproses atau sedikit diproses.
Ada 3 kategori utama gula semulajadi, iaitu :
Fruktose - Gula dari buah dan sayur
Lactose - Gula daripada produk tenusu
Glucose - Gula dari buah,sayur dan bijirin
Manakala gula tambahan pula adalah gula putih, gula perang, gula kabung dan sebagainya. Sebenarnya gula tambahan ini mempunyai pelbagai jenis nama yang terdapat di mana mana produk makanan.
Nama gula tambahan ini berbeza beza mengikut cara ia diproses. Jadi, kalau kita baca label di produk terproses, ada ganti nama kadang kadang dengan sukrosa, syrup dan sebagainya.
Semestinya gula semulajadi adalah yang terbaik. Dan dengan sebab itu kita digalakkan untuk mengambil buah buahan berbanding dengan snack ringan tu.
Moga kita semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera selalu..
Comments
Post a Comment