Skip to main content

Shaklee Jom Hebat Utara 2.0

Sebenarnya harini Ms J nak berkongsi dengan korang,yang mana harini Ms J hadiri salah satu program shaklee yang dinamakan sebagai Jom Hebat Utara.

Program ni lebih kepada menyuntik semangat,atau membangkitkan lagi semangat yang telah hilang.


Biasalah, bila kita berbisnes ni, ada masa kita berada di atas, ada masa kita di bawah.Itu adalah normal, cuma kita yang normal ni macam mana cara kita nak urus emosi bila kita berada di bawah.

Takkan kita nak dok di bawah selama lamanya?Kalau kita nak berjaya, kita kena move on.Jangan dok layan sangat emosi tu.

Program kali ini banyak slot.Slot pertama bersama salah seorang leader dalam shaklee, iaitu Master Effa.Beliau menceritakan bagaimana kita nak buat shaklee dan dapat income sekurang kurangnya rm 5000 sebulan.

Woww, rm 5000 sebulan!Banyak tu, lebih banyak daripada kerja hakiki sekarang.Kalau korang nak tahu rahsianya,meh roger roger Ms J na.

Slot kedua,bersama atok Zainal.Kami panggil atok sebab beliau ni dah otai dalam shaklee.Dah layak digelar milion dollar earner dah kot.Tu pun dengan hanya jual shaklee je taw.Wowww!

Selepas itu, slot bersama neni Lyna.Beliau menceritakan, dengan asbab bershaklee,beliau bebas buat apa sahaja,berbanding dengan zaman bekerja dahulu.

Petang tu, kami berpeluang bersama salah seorang sifu dalam face to face marketing.Di sini kami diajar bagaimana nak buat face to face marketing.Bukan sahaja siajar,malah kami diberi latihan untuk teruskan praktikkan apa yang di ajar tadi.









Boleh dikatakan seharian disini agak padat, tapi sangat menyeronokkan.Seronok sebab dapat kenal dengan semua orang, dapat ilmu baru dan yang pasti dapat recharge balik semangat yang hilang untuk berbisnes.

Tq shaklee sebab offer kami dengan peluang pekerjaan sebegini.Sangatlah fleksibel!




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...