Skip to main content

Posts

Rezeki Ada Di Mana Mana

Rasa sedih tetiba dapat mesej daripada Pantai Hospital, katanya pengambilan jawatan untuk Ms J terpaksa di KIV. Rasa sedih menyelubungi hati ini. Seharian rasa tak dapat fokus pada kerja. Mungkin belum rezeki aku lagi, terdetik dalam hati ini. Bila balik rumah, cerita kat suami, encik suami dengan rileks berkatanya, ' takpalah kerja lah dulu dengan kerja sekarang. Bukan kita tak de kerja' Ya, bukan Ms J takde kerja sekarang. Memang ada kerja hakiki. Takpelah, mungkin bukan rezeki Ms J lagi untuk kerja berkedekatan dengan rumah. Tapi, dalam hati ini kerap berdoa, moga ada keajaiban yang berlaku. Mungkin dorang akan terbuka hati untuk ambil Ms J bekerja nanti. Tapi seandainya tidak, Ms J redha. Sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting kita percaya pada rezeki Allah. Rezeki Allah ini sangat luas, tak terkira oleh manusia. Cuma kita je tak pernah nak mensyukuri akan nikmat Allah. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang ...

8 Penyakit Akibat Kolestrol Tinggi

Rata rata diantara kita yang tahu bahawasanya kolestrol tinggi tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Kolestrol atau nama lainnya juga disebut sebagai lipids. Ianya adalah zat lemak yang dibuat oleh hati dan dialirkan ke seluruh badan. Kolestrol ini berperanan bagi tubuh kita untuk membuat vitamin D dan hormon, dan juga membuat asam empedu. Manakala, kadar koletrol tinggi ini bermaksud, kandungan kolestrol di dalam darah adalah lebih banyak berbanding dengan keperluan badan kita. Apabila kolestrol tinggi ini berada di dalam darah melebihi keperluan di dalam badan kita, maka ianya boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Jadi, hari ini Ms J nak berkongsi antara penyakit yang boleh disebabkan oleh kolestrol tinggi ini. 8 Penyakit AKibat Daripada Kolestrol Tinggi Penyakit Jantung Koroner Risiko kolestrol tinggi yang paling utama adalah boleh menyebabkan penyakit jantung koroner. Apabila kolestrol terlalu tinggi, ianya boleh berkumpul di dinding pe...

Cegah Kolestrol Tinggi Dengan Minyak Ikan Omega 3

Mempunyai kolestrol tinggi memang amat merunsingkan.Takut kalau kalau kolestrol tinggi ini mendatangkan penyakit lain yang lebih bahaya, gara gara kolestrol tinggi. Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai tahap kolestrol yang tinggi. Kolestrol tinggi mungkin tak beri apa apa petanda buat sesetengah orang, tapi yang pasti kita boleh melakukan ujian darah untuk mengenalpasti adakah kita mempunyai kolestrol tinggi atau pun tak.>>> tanda kolestrol tinggi Maka,dengan itu jangan terkejut kalau kita tengok orang kurus pun mempunyai kolestrol tinggi. Ya,sebab kolestrol tinggi ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja, tak kira orang kurus atau gemuk.Ini kerana tahap kolestrol berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup kita. Maka, dengan itu harini Ms J ingin berkongsi salah satu cara mencegah kolestrol tinggi iaitu dengan mengamalkan pengambilan minyak ikan omega 3 dalam pemakanan kita seharian. Ya, minyak ikan omega 3 ni sangat membantu dalam menurunkan paras k...

Amalkan Makanan Ini Untuk Turunkan Kolestrol Tinggi

Kolestrol tinggi ini jangan diambil mudah ye, sebabnya ia boleh mendatangkan pelbagai jenis risiko penyakit>>> Bahaya kolestrol tinggi Kolestrol ini datangnya daripada pemakanan seharian kita. Jadi, untuk masalah kolestrol tinggi, apa yang kita perlu buat adalah jaga makan! Ya, jaga pemakanan seharian kita. Lebihkan buah buahan dan sayuran dalam hidangan seharian. Selain itu, kita juga boleh amalkan makanan ini untuk turunkan kolestrol tinggi Makanan Untuk Turunkan Kolestrol Tinggi Berikut Ms J senaraikan antara beberapa makanan yang sangat bagus untuk turunkan kolestrol tinggi. Meh tengok ini Ikan Ikan yang kaya akan kandungan omega 3 seperti makerel, sardin, salmon dan tuna baik untuk menurunkan kolestrol dalam darah Oat Dalam sehari anda memerlukan 5-10 gram serat larut. Untuk dapatkan serat tambahan ini boleh amalkan oatmeal Kekacang Hazelnut dan almond adalah beberapa kekacang yang dipercaya menurunkan risiko penyakit jantung An...

7 Tanda Kolestrol Tinggi Yang Ramai Ambil Mudah!

Rata rata daripada kita mengalami masalah kolestrol tinggi. Kolestrol tinggi boleh terjadi pada semua orang, tak kira orang gemuk atau kurus. Kolestrol, atau dalam bahasa lainnya juga di sebut sebagai 'lipid'. Kolestrol biasanya datang daripada sumber pemakanan seharian kita, seperti makanan yang berunsurkan daripada haiwan, daging dan keju. Bila bercakap mengenai kolestrol, semua orang fikir kolestrol ini adalah sesuatu yang tidak elok untuk tubuh. Sebenarnya kolestrol ini juga memainkan peranan tertentu pada fungsi tubuh. Yang bahayanya, adalah bila jumlah kolestrol ini terlalu banyak atau tinggi, yang mana boleh menggangu fungsi organ yang lain. Ramai diantara kita yang tidak menyedari akan mereka adalah salah seorang daripada golongan yang mempunyai kolestrol tinggi. Kalau ada sekalipun, ramai yang mengambil mudah akan masalah kolestrol tinggi. Jadi, harini Ms J ingin berkongsi antara tanda tanda kolestrol tinggi, yang mana mungkin kita boleh ambil ...

Testimoni : Tulang Peha Patah Kini Kembali Sembuh

Ok setelah berhari hari Ms J bercerita mengenai jenis dan kategori tulang patah, kali ini Ms J nak berkongsi lagi antara testimoni pengguna yang menggunakan vitamin shaklee untuk masalah tulang patah. Kali ini tulang patah melibatkan tulang peha. Setelah mengamalkan vivix dan kalsium (osteomatrik) shaklee, akhirnya tulang patah tadi kembali sembuh seperti biasa. Mari kita tengok kisah selanjutnya di sini. Asma guna vivix ni 3 bulan dah.Start balik dari hospital,makan vivix dan kalsium alhamdulillah ambik masa dalam 2 bulan juga untuk tulang peha yang patah tu dah nampak perubahan,tulang dah tumbuh dan sikit lagi untuk cantum,amek masa juga memang ada perubahan. Setiap kali pergi xray, ada dua cara xray, dari depan dan dari tepi. Biasanya kalau dari tepi makin kabur gambar xray, makin baik tulang. Maksudnya tulang da tumbuh, dalam proses untuk tumbuh, dalam proses untuk baik. Doktor ada tanya ada makan supplement lain ke, saya cakap ada, vivix, ok vivix tu serasi ter...

Cara Rawat Tulang Patah Agar Kembali Bercantum Dengan Cepat

Bila bercakap pasal tulang patah ini, dalam kepala dok fikir sebab berlakunya tulang patah ini adalah kemalangan. Iya, biasanya kemalangan akan menyebabkan masalah tulang patah di mana mana bahagian anggota badan. Dan biasanya tulang patah ini tak boleh di bawa main main taw. Kalau nak angkat orang yang kemalangan, yang alami patah tulang pun kena ada cara tertentu agar tulang patah tadi tidak bertambah teruk. Entry entry sebelum ini Ms J ada bercerita mengenai kenapa tulang patah ini lambat sembuh . Jadi hari ini Ms J ingin berkongsi lagi cara rawat tulang patah agar kembali bercantum dengan baik. Selain kita ikut nasihat doktor, amalkan pemakanan yang sihat kita juga boleh amalkan pengambilan vitamin agar tulang patah tadi akan cepat bercantum kembali. Cara Rawat Tulang Patah Vitamin apa yang kita boleh amalkan untuk pastikan tulang patah ini kembali bercantum kembali? Haa, harini Ms J nak berkongsi mengenai vitamin shaklee yang kita boleh ambil untuk pastikan t...