Skip to main content

Posts

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (PRU) 14

Sekarang ini semua kecoh mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 14 . Almaklumlah masing masing kena rancang percutian untuk balik ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar. Buat anak yang masih bersekolah, ibu bapa tidak perlu la nak risau lagi, sebabnya hari mengundi telah di isytiharkan sebagai cuti umum bagi persekolahan di seluruh Malaysia. Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (PRU) 14 Tahun ini, pilihan raya jatuh pada 9 mei 2018, yang mana tarikhnya hampir dengan bulan puasa dan hari raya. Walaupun ramai yang mengatakan tidak mempunyai cuti yang banyak, tapi mereka masih lagi ingin balik mengundi memandangkan ianya adalah suatu kewajipan. Memang Ms J hormat sangat dengan dorang ini. Bukan kata orang luar je malah kakak Ms J sendiri sanggup balik dari Johor ke Kelantan dengan cuti hanyalah dua hari sahaja.  Harapnya pilihan raya tahun ini memberi sesuatu yang bermakna buat kita semua. Ok berbalik pada entry Ms J harini sebe...

Tanda-tanda di Akhir Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Sejak berada di akhir trimester ketiga ini pelbagai tanda di akhir kehamilan yang Ms J alami. Ingatkan tanda ini adalah suatu yang luar biasa, tapi rupanya ianya adalah normal, memang boleh berlaku apabila berada di akhir kehamilan. Bukan itu sahaja, malah Ms J juga ada mencari info mengenai tanda di akhir kehamilan ini. Almaklumlah anak pertama dah masuk tiga tahun, dan Ms J sendiri sudah lupa bagaimana tanda tanda di akhir kehamilan ini. Kekadang itu risau juga, takut ada apa-apa masalah yang berlaku, rupanya bila berjumpa doktor, doktor membaritahu semua tanda di akhir kehamilan ini adalah normal. Jadi tidaklah perlu dirisaukan.Nanti stress tak tentu pasal pula memikirkan tanda di akhir kehamilan ini. Ini adalah antara tanda di akhir kehamilan yang Ms J alami. Setiap orang mungkin berbeza tanda di akhir kehamilan ini. Malah ada yang tidak mempunyai apa-apa tanda apabila berada di akhir kehamilan. Ini yang best tu, seolah olah ...

Resepi Ikan Talang Masin Masak Lemak yang Mudah Dan Sedap

Hari pergi pasar sebenarnya mencari sotong, tapi dah habis.Maka, bertukar la menu hariini iaitu ikan talang masin masak lemak. Ikan talang masin pun dah ada kat rumah, maka bahan nak masak ikan talang masin masak lemak pun tak delah remeh.Senang je. Sebenarnya resepi ikan talang masin masak lemak ini MsJ minta daripada mak kat Kelantan.Bukan apa, sebab kat Penang biasa dorang suka masak kari ikan talang ni.Sebab dah bosan dengan kari, kita masak la lemak pula.hehe. Sebenarnya juga Ms J pun bukan pro sangat bab masak lemak ikan talang masin ni.Dan kalau nak tahu ni baru ke 3 Ms J masak resepi ikan talang masin masak lemak.Sebabnya encik suami tak berapa suka masak lemak, kalau masak sambal ok la. Sebab dah bosan asyik masak sambal je, jadi harini kita masak lemak ikan talang masin la pula ye.hehe.Lagipun resepi masak lemak ini takde la rumit sangat pun.Nak menumis pun tak perlu.Sangatla senang masak lemak ikan talang masin ni. Resepi Ikan Talang Masin Masak Lemak ...

Tanda Angin Dalam Badan Yang Kita Belum Ketahui!

Selalu dengar orang tua cakap, eh jangan makan itu, nanti angin. Eh jangan makan ini, angin dalam badan nanti. Betul tak? Haa, dulu Ms J tak berapa percaya sangat bab angin dalam badan ini atau tanda angin dalam badan ini. Almaklumlah tak pernah kena lagi masalah angin dalam badan. Bukan itu sahaja, malah tak tahu pun angin dalam badan boleh membawa masalah pada badan kita. Ish teruk betul kan.haha Buat mereka yang ada masalah angin dalam badan ini, mungkin rasa tidak selesa atau mempunyai tanda-tanda seperti berikut : Tanda Angin Dalam Badan Rasa letih, lesu dan tidak bertenaga Selalu rasa kebah dan sengal Tapak tangan dan kaki sering sejuk Selalu menguap dan mudah mengantuk Sukar bernafas, nafas pendek Rasa tegang di tengkuk dan pinggang Kulit kering Muscle spasm masa tidur Perut berangin Sakit kepala, migraine Perasaan mudah marah Hilang selera makan Hilang, kurang selera makan ...

Resepi Nasi Goreng Biasa Versi Mama Super Sedap!

Assalamulaikum dan salam sejahtera! Hari ini hujung minggu tiada nak tulis pape pun, entry santai je iaitu mengenai resepi nasi goreng biasa versi mama, tapi super sedap!hehe Terciptanya resepi nasi goreng biasa ini sebabnya tak tahu dah nak masak apa semalam. Sampaikan nak beli nasi goreng kat luar pun, tak tahu nak beli nasi goreng apa. Lagi satu, nasi goreng biasa kat luar adalah biasa je, boleh la masuk tekak Ms J ini. Tapi kalau goreng sendiri nasi goreng biasa lagi sedap kot. Kita boleh tambah apa-apa lauk dalam nasi goreng biasa.Orang kata takde nasi goreng semata-mata. Tapi tulah, kalau beli kat kedai nasi goreng biasa, biasanya mereka hanya letak telur sahaja. Kekadang tu sesetengah kedai ada la juga letak ayam sepotong dua.  Almaklumlah semua mahal sekarang ini. Dan kalau nak tahu harga nasi goreng biasa di sekitar rumah Ms J adalah dalam RM 4.50 - RM 5. Tak tahu nak cakap mahal atau tak, tapi Ms J pun faham sekarang ini tak de benda yang murah. M...

Angin Dalam Badan Yang Berlebihan Menjadi Sebab Sakit Gastrik

Bila cakap pasal gastrik je mesti teringatkan iklan gaviscon tu kan.Hebat betul penangan iklan gaviscon dalam merawat gastrik. Orang kata macam trade mark dah.Bila sebut gastrik kita akan pergi farmasi cari gaviscon sebagai alternatif merawat gastrik. Sebenarnya banyak sebab sakit gastrik ini berlaku.Yang paling selalu kita tahu adalah tidak jaga waktu makan, atau lebih tepat perut kosong yang terlalu lama. Inilah faktor utama yang sering kita dengar sebab sakitnya gastrik. Bila dah tahu sebab sakit gastrik ni maka senangla kita nak mencegah gastrik daripada berlaku. Iya dak? Sering berlaku, sebab sakit gastrik bukan sahaja disebabkan oleh terlewat makan, ada lagi sebab lain yang boleh mencetuskan kehadiran gastrik ni taw. Sebab Sakit Gastrik Boleh Berlaku Jadi, jika kita dah cuba jaga waktu makan tapi sakit gastrik masih lagi berlaku, cuba cek balik sebab sakit gastrik seperti di bawah ini: Ketidakhadaman Sakit ulu hati Makan tapi tak kenyang ...

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe ...