Skip to main content

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (PRU) 14

Sekarang ini semua kecoh mengenai pilihan raya umum (PRU) ke 14 . Almaklumlah masing masing kena rancang percutian untuk balik ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar.

Buat anak yang masih bersekolah, ibu bapa tidak perlu la nak risau lagi, sebabnya hari mengundi telah di isytiharkan sebagai cuti umum bagi persekolahan di seluruh Malaysia.

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (PRU) 14

Tahun ini, pilihan raya jatuh pada 9 mei 2018, yang mana tarikhnya hampir dengan bulan puasa dan hari raya. Walaupun ramai yang mengatakan tidak mempunyai cuti yang banyak, tapi mereka masih lagi ingin balik mengundi memandangkan ianya adalah suatu kewajipan.

Memang Ms J hormat sangat dengan dorang ini. Bukan kata orang luar je malah kakak Ms J sendiri sanggup balik dari Johor ke Kelantan dengan cuti hanyalah dua hari sahaja. 

Harapnya pilihan raya tahun ini memberi sesuatu yang bermakna buat kita semua. Ok berbalik pada entry Ms J harini sebenarnya ingin berkongsi cara semak daftar pemilih PRU 14.

Tadi Ms J dah semak secara online, korang dah semak ke daftar pemilih untuk mengundi bulan depan? Caranya senang sahaja.

Cara Semak Daftar Pemilih PRU 14

Semakan Daftar Pemilih Melalui Online

Ini yang Ms J suka. Semua boleh dilakukan secara online zaman sekarang ini. Nak semak daftar pemilih PRU 14 pun boleh dilakukan secara online taw.

Jadi, waktu bekerja pun boleh semak kita sebagai pengundi berdaftar di mana. Caranya senang je:

  • Layari laman web Semak Daftar Pemilih SPR
  • Sila masukkan IC / kad pengenalan (tanpa - atau space)
  • Masukkan aksara captcha
  • Maklumat semkaan adalah seperti daftar pemilih terkini suku 1 tahun 2017 yang diwartakan pada 20 Jun 2017

Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya (PRU) 14

Semakan Daftar Pemilih Melalui SMS


Cara semak daftar pemilih juga boleh dilakukan secara sms. Cara semak ini juga sangat mudah kerana hanya perlu menggunakan telefon bimbit sahaja.

Caranya :

Taip SPR SEMAK NO I.C (Contoh 800209058826) dan hantar ke 15888

Taip SPR NO I.C (Contoh 800209058826) dan hantar ke 15888

Senang je kan nak cara nak semak daftar pemilih ini. Sekarang ini semua di hujung jari saja. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin jom kita semak daftar pemilih dan pastikan kita balik mengundi taw.hehe


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...