Skip to main content

Tanda-tanda di Akhir Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sejak berada di akhir trimester ketiga ini pelbagai tanda di akhir kehamilan yang Ms J alami. Ingatkan tanda ini adalah suatu yang luar biasa, tapi rupanya ianya adalah normal, memang boleh berlaku apabila berada di akhir kehamilan.


Bukan itu sahaja, malah Ms J juga ada mencari info mengenai tanda di akhir kehamilan ini. Almaklumlah anak pertama dah masuk tiga tahun, dan Ms J sendiri sudah lupa bagaimana tanda tanda di akhir kehamilan ini.

Kekadang itu risau juga, takut ada apa-apa masalah yang berlaku, rupanya bila berjumpa doktor, doktor membaritahu semua tanda di akhir kehamilan ini adalah normal. Jadi tidaklah perlu dirisaukan.Nanti stress tak tentu pasal pula memikirkan tanda di akhir kehamilan ini.

Ini adalah antara tanda di akhir kehamilan yang Ms J alami. Setiap orang mungkin berbeza tanda di akhir kehamilan ini. Malah ada yang tidak mempunyai apa-apa tanda apabila berada di akhir kehamilan. Ini yang best tu, seolah olah tak ada apa yang berlaku.Tunggu nak bersalin je.

Tapi buat Ms J, tanda di akhir kehamilan ini kekadang mengganggu rutin kerja seharian. Bila tanda berada di akhir kehamilan ini datang, rasa nak cepat cepat je bersalin. hehe

Tanda Di Akhir Kehamilan


Mual dan Muntah


Iya, ini tanda di akhir kehamilan yang berlaku pada  Ms J. Tapi Ms J hanya rasa mual - mual sahaja. Setakat ini takde lagi muntah tu. Tapi bila rasa mual datang semua kerja tak jadi.

Bukan itu saja, malah segala vitamin pun tak boleh makan. Dan kalau nak tahu Ms J adalah pengguna vitamin shaklee untuk ibu hamil.Boleh klik >>> set kehamilan shaklee

Mulalah mencari sesuatu yang manis, berangin seperti gula gula berangin agar tanda di akhir kehamilan ini hilang. Alhamdulillah Ms J masih boleh atasi tanda mual ini.

Pening


Pening juga sering menjengah Ms J sejak berada di akhir kehamilan ini. Kekadang tu pening sampai mencucuk cucuk kepala ini. 

Yang tak best tu, bila tengah bekerja atau tengah memandu, tanda di akhir kehamilan ini datang terus rasa nak baring je.

Cirit Birit


Ini juga salah satu tanda di akhir kehamilan yang sering berlaku pada Ms J. Tanda ini kerap sangat berlaku dan boleh dikatakan setiap hari.

Malah, bukan itu sahaja kekadang pukul 4 atau 5 pagi terjaga dari tidur disebabkan oleh tanda di akhir kehamilan ini.

Tidur Sering Berjaga


Tanda di akhir kehamilan seperti tidur yang sering berjaga ini memang sering berlaku pada Ms J. Rasanya semua ibu hamil yang berada di akhir kehamilan juga akan mengalami tanda yang sama.

Pada mulanya rasa stress juga, tapi bila difikirkan balik seperti tanda diakhir kehamilan seperti ini ada hikmahnya.

Mungkin ianya nak membantu untuk kita bangun di awal pagi apabila ada baby kelak. Jadi, fikirkan yang positif sahaja taw.

Muka kepenatan akibat cirit birit

Buat ibu hamil di luar sana, janganlah merungut atau stress jikalau mempunyai tanda di akhir kehamilan seperti ini. Sebaliknya jadikan ianya sebagai satu cabaran dan moga kita menjadi ibu yang kuat!

Yeayhhhh!!




Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...