Skip to main content

Resepi Nasi Goreng Biasa Versi Mama Super Sedap!

Assalamulaikum dan salam sejahtera!

Hari ini hujung minggu tiada nak tulis pape pun, entry santai je iaitu mengenai resepi nasi goreng biasa versi mama, tapi super sedap!hehe

Terciptanya resepi nasi goreng biasa ini sebabnya tak tahu dah nak masak apa semalam. Sampaikan nak beli nasi goreng kat luar pun, tak tahu nak beli nasi goreng apa.

Lagi satu, nasi goreng biasa kat luar adalah biasa je, boleh la masuk tekak Ms J ini. Tapi kalau goreng sendiri nasi goreng biasa lagi sedap kot. Kita boleh tambah apa-apa lauk dalam nasi goreng biasa.Orang kata takde nasi goreng semata-mata.

Tapi tulah, kalau beli kat kedai nasi goreng biasa, biasanya mereka hanya letak telur sahaja. Kekadang tu sesetengah kedai ada la juga letak ayam sepotong dua. 

Almaklumlah semua mahal sekarang ini. Dan kalau nak tahu harga nasi goreng biasa di sekitar rumah Ms J adalah dalam RM 4.50 - RM 5.

Tak tahu nak cakap mahal atau tak, tapi Ms J pun faham sekarang ini tak de benda yang murah. Maka, tak hairanlah harga nasi goreng biasa melambung seperti tu.

Maka, dengan rajinnya Ms J memasak resepi nasi goreng biasa. Kali ini letak udang dan ikan bilis dalam resepi nasi goreng biasa. Hmm, sedapnya manis udang tu.

Okla di sini Ms J sertakan resepi nasi goreng biasa versi mama yang super sedap tu.

Resepi Nasi Goreng Biasa 

Bahan: 


  • Nasi 
  • Sayur Kangkung
  • Udang (4-5 ekor)
  • Ikan Bilis
  • 1/4 Kiub Ayam 
  • Bawang putih
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • 1/2 sudu cili giling
  • Kicap

Cara Masak Nasi Goreng Biasa

Haa, bahan pun senang je bukan nak goreng nasi goreng biasa ini. Nak masak pun senang je taw.

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang diketuk

2. Apabila bawang dah kemerahan dan naik bau, masukkan cili giling, kicap,sos cili, sos tiram, kiub ayam dan udang.Goreng sehingga udang benar masak dan pecah minyak

3. Kemudian, masukkan nasi beserta dengan kangkung. Sayur kat sini Ms J hanya letakkan kangkung sahaja, tapi kalau korang nak letak sawi atau kobis terpulang la.

4. Rasakan nasi goreng biasa samaada tawar atau tak. Kalau rasa masih lagi tawar, letakkan sedikit garam dan biarkan di atas api seketika.

5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan kacau sebati. Siap!

Nasi goreng biasa versi mama yang super sedap!

Kali ini Ms J masak nasi goreng biasa tanpa meletakkan sebarang garam, kerana takut masin. Iyalah kiub ayam dan ikan bilis dan cukup masin nanti takut terlebih masin pula.

Nanti korang boleh la cuba resepi nasi goreng biasa ini. Cukup senang dan mudah. masak pun tak sampai setengah jam.

Selamat mencuba!







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...