Skip to main content

Resepi Ikan Talang Masin Masak Lemak yang Mudah Dan Sedap

Hari pergi pasar sebenarnya mencari sotong, tapi dah habis.Maka, bertukar la menu hariini iaitu ikan talang masin masak lemak.

Ikan talang masin pun dah ada kat rumah, maka bahan nak masak ikan talang masin masak lemak pun tak delah remeh.Senang je.

Sebenarnya resepi ikan talang masin masak lemak ini MsJ minta daripada mak kat Kelantan.Bukan apa, sebab kat Penang biasa dorang suka masak kari ikan talang ni.Sebab dah bosan dengan kari, kita masak la lemak pula.hehe.

Sebenarnya juga Ms J pun bukan pro sangat bab masak lemak ikan talang masin ni.Dan kalau nak tahu ni baru ke 3 Ms J masak resepi ikan talang masin masak lemak.Sebabnya encik suami tak berapa suka masak lemak, kalau masak sambal ok la.

Sebab dah bosan asyik masak sambal je, jadi harini kita masak lemak ikan talang masin la pula ye.hehe.Lagipun resepi masak lemak ini takde la rumit sangat pun.Nak menumis pun tak perlu.Sangatla senang masak lemak ikan talang masin ni.

Resepi Ikan Talang Masin Masak Lemak


1. Beberapa ketul ikan talang masin
2. Sebiji bawang putih - dikisar
3. Sebiji bawang merah - dikisar
4.Lengkuas - dikisar
5. Asam keping
6.Santan
7.Potongan nenas

Cara Masak Ikan Talang Masin Masak Lemak


  • Campurkan bahan yang dikisar dan sekeping asam keping ke dalam santan.


  • Masak di atas api sederhana, dan kacau agar santan tidak berketul.


  • Setelah santan menggelak, masukkan ikan talang masin.Kacau sederhana takut nanti ikan akan hancur.


Ikan Talang Masin Masak Lemak

  • Bila ikan dah hampir masak, masukkan nenas.


  • Biarkan seketika sehinggalah nenas masak.Siap di hidang.


Ikan Talang Masin Masak Lemak

Senang je kan nak masak ikan talang masin masak lemak ni.Makan pula dengan nasi panas dan sambal belacan, memang terangkat. Silap haribulan boleh tambah dua pinggan.hehe.

Selamat mencuba!







Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...