Skip to main content

Posts

Rawat Slipped Disc Sebelum Terlambat!

Pernah dengar slipped disc? Selalu juga dengar orang kata kalau sakit belakang itu berkemungkinan berlaku slipped disc.Tapi tak tahu lah sejauh mana kesahihannya.Kena buat pemeiksaan lanjut baru tahu apa sebenarnya yang berlaku. Okla harini nak berkongsi mengenai slipped disc. Definisi Slipped Disc Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, seorang pakar ortopedik, slip disc ini merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve cord) tulang belakang pesakit. Rawat Slipped Disc Sebelum Terlambat Slip disc ini dalam bahasa perubatan di panggil sebagai prolapse intervertebral disc (PID) atau herniated nuclus pulposus (HNP) Kesakitan slipped disc ini dikatakan seperti sakit belakang yang menjalar ke bahagian lain, seperti punggung, paha dan betis. Malah buat mereka yang mengalami slipped disc yang kronik boleh menyebabkan mereka kehilangan kekuat...

Resepi Asam Pedas Simple Dan Mudah!

Tak tahu nak masak apa?Dah fikir dari semalam lagi menu hari ni, iaitu asam pedas ikan siakap.Lama tak pekena asam pedas, rasa dah lama sangat tak masak asam pedas. Okla alang alang dah cuti, pepagi lagi dah ke pasar mencari ikan siakap untuk masak asam pedas.Eh bukan ikan siakap je boleh masak asam pedas taw, banyak lagi ikan lain contohnya ikan parang, ikan tenggiri dan ikan pari. Ikut citarasa masing masing.Macam Ms J dah teringin sangat masak asam pedas ikan siakap.Maka hari ni kita ketak ketuk kat dapur la ye. Okla harini Ms J nak berkongsi resepi ikan siakap siakap masak asam pedas ni.Resepi asam pedas ni Ms J ambil dari mak kat kampung.Korang nak cuba bolehla. Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas Ikan siakap 1 ekor Blender Bawang merah 2 biji Bawang putih 1 biji Cili kering 5 batang Halia Lengkuas Tomato Kunyit Serai 1 batang -diketuk Daun kesum Asam jawa Bahan asam pedas pun senang je bukan.Haa kan dah cakap asam pedas ni adalah masakan yang paling ...

Cara Sembuhkan Penyakit Gout

Pernah dengar penyakit gout? Penyakit gout ini sering kita lihat berlaku di kalangan orang tua, termasuk lah seorang ayah kepada kawan Ms J.Kata beliau ayahnya sudah lama mengidap penyakit gout ini, dan tanda pertama yang beliau perasaan adalah bengkak di sekitar sendi-sendi. Bila berjumpa doktor dan melakukan ujian darah, memang sah ayah beliau mempunyai penyakit gout. Penyakit Gout Di Sendi Tangan Penyakit gout ini adalah sejenis penyakit yang mana asid urik berlebihan di dalam tubuh. Asid urik ini adalah sejenis bahan kumuh yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin. Pada mereka yang normal, bahan kumuh ini akan dikeluarkan oleh badan melalui air kencing, namun bagi pesakit gout,asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ianya terkumpul di dalam sendi sendi. Dan dengan asbab itulah penyakit gout ini boleh berlaku. Tanda-tanda Penyakit Gout Kenali tanda anda penyakit gout ini. ➢Penyakit gout ini sering berlaku di ibu jari kaki ...

Tips Legakan Bengkak Susu

Assalamualaikum. Masih ingat lagi Ms J pada mula mula melahirkan Hadif, Ms J mengalami masalah bengkak susu yang amat teruk.Sakitnya bengkak susu ini sampaikan nak mengangkat kedua dua tangan pun tak boleh. Pada waktu itu, Ms J masih lagi buta ilmu, langsung tidak tahu mengenai masalah bengkak susu ini.Apatah lagi untuk mencari vitamin supaya bengkak susu ini reda.Apa yang Ms J buat adalah menahan sakit bengkak susu dan teruskan menyusu. Itulah MsJ.Kali ini buat anak yang kedua dah sediakan diri siap siap dengan ilmu keibuan dan penyusuan.Kalau boleh tak nak lagi masalah bengkak susu ini berulang.Jadi hari ini Ms J ingin berkongsi mengenai tips legakan bengkak susu pada wanita menyusu. Tips Mudah Legakan Bengkak Susu Sebelum itu, mari kita kenal dulu tanda tanda jika anda mengalami bengkak susu ini.Kenalpasti tanda ini.Jika anda memang mengalami tanda tanda seperti ini, memang sah anda mengalami bengkak susu! Tanda Bengkak Susu ⇛Sakit pada payudara ⇛Ben...

Haid Tidak Teratur Punca Sukar Hamil

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Ada yang setiap bulan haid datang dengan jayanya, namun ada juga yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Apa Yang Di Maksudkan dengan Haid Yang Tidak Teratur? Kitaran haid yang normal adalah berlaku sekitar 21 – 35 hari.Jadi, kitaran haid yang tidak teratur boleh berlaku lebih awal daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari. Masalah haid tidak teratur inilah yang sering melanda kaum wanita, yang mana ada yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan sebulan boleh jadi 2 kali datang haid, atau selama 2 bulan tidak datang haid langsung. Mengikut Dr R Juhaidah, seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi, kita boleh tentukan haid kita teratur atau tidak.Ianya boleh dikira dengan cara mengira kitaran haid dari hari pertama kita datang haid sehinggalah hari pertama haid yang seterusnya. Lakukan kiraan ini sekurangnya selama 3 bulan.Jika tarikh haid anda sangat jauh dan tidak berada dalam lin...

Punca Batu Karang Di Hempedu

Assalamualaikum Harini ada lagi pesakit batu karang yang datang untuk pemeriksaan.Jika dilihat pada umur tu, masih muda lagi dalam lingkungan 30 an. Sebenarnya, batu karang karang hempedu ini banyak berlaku di dalam warga Malaysia.Dikatakan punca utama batu karang hempedu adalah disebabkan oleh pemakanan yang berlemak. Batu karang hempedu  Namun, ramai yang tidak sedar akan kehadiran batu karang hempedu ini.Ini kerana ianya tidak menunjukkan sebarang tanda atau rasa sakit.Selalunya batu hempedu ini dijumpai secara kebetulan semasa pemeriksaan rutin. Batu karang hempedu ini berlaku di pundi hempedu.Namun, batu hempedu ini boleh bergerak dan berlaku di mana mana saluran hempedu seperti duktus sistik. Pundi hempedu ini berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati.Hempedu ini membantu untuk penyerapan dan pencernaan lemak dalam badan kita. Hempedu terdiri daripada air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein, dan bilirubin. Pembentukan bat...

Batu Karang: Punca dan Cara Merawat

Ramai yang datang buat pemeriksaan ultrasound buah pinggang untuk mengesan batu karang.Dan biasanya mereka mengadu sakit di bahagian kiri atau kanan dan pemeriksaan air kencing mendapati terdapat batu. Dengan asbab itu jugalah doktor menyaran mereka untuk melakukan ujian ultrasound untuk mengesan batu karang. Batu karang Batu karang ini adalah sejenis kristal yang terbentuk daripada mendapan mineral dan garam asid di dalam buah pinggang. Batu karang terdiri daripada 4 jenis, bergantung pada campuran yang membentuk batu karang. Jenis Batu Karang 1. Kalsium 2. Asid Urik 3. Struvite 4. Cystine Jenis batu karang Sesetengah orang langsung tidak merasa apa apa tanda mempunyai masalah batu karang.Namun ada yang langsung tidak tahan dengan kesakitan batu karang ini. Kita akan merasa sakit apabila: Size batu karang yang terlalu besar yang menyebabkan buah pinggang tersumbat Batu tersangkut di saluran buah pinggang Kencing kotor yang bert...