Skip to main content

Resepi Asam Pedas Simple Dan Mudah!

Tak tahu nak masak apa?Dah fikir dari semalam lagi menu hari ni, iaitu asam pedas ikan siakap.Lama tak pekena asam pedas, rasa dah lama sangat tak masak asam pedas.

Okla alang alang dah cuti, pepagi lagi dah ke pasar mencari ikan siakap untuk masak asam pedas.Eh bukan ikan siakap je boleh masak asam pedas taw, banyak lagi ikan lain contohnya ikan parang, ikan tenggiri dan ikan pari.

Ikut citarasa masing masing.Macam Ms J dah teringin sangat masak asam pedas ikan siakap.Maka hari ni kita ketak ketuk kat dapur la ye.

Okla harini Ms J nak berkongsi resepi ikan siakap siakap masak asam pedas ni.Resepi asam pedas ni Ms J ambil dari mak kat kampung.Korang nak cuba bolehla.


Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas


Ikan siakap 1 ekor

Blender

Bawang merah 2 biji
Bawang putih 1 biji
Cili kering 5 batang
Halia
Lengkuas
Tomato
Kunyit

Serai 1 batang -diketuk
Daun kesum
Asam jawa



Bahan asam pedas pun senang je bukan.Haa kan dah cakap asam pedas ni adalah masakan yang paling senang.

Pertama sekali, blender je kesemua bahan di atas kecuali ikan siakap.



Ikan siakap pula potong kecil kecil ikut citarasa korang.



Selepas blender, panas kan kuali dan letak minyak untuk menumis.

Apabila minyak dah panas, masukkan kesemua bahan yang diblender tadi.

Goreng sehingga pecah minyak.Selepas itu barulah tambah air.

Bila dah mendidih, baru masukkan ikan dan serai tadi.Perasakan dengan garam dan sedikit gula dan asam keping.

Bila ikan dah mula masak, masukkan daun kesum dan tomato tadi

Kali ini masak asam pedas Ms J tak gunakan asam jawa, sebaliknya guna asam keping je.Ini kerana asam jawa tiada kat rumah ni dan sebab malas dah nak keluar, maka guna asam keping jela.haha.

Berapa keping asam keping tu bergantung pada korang suka masam yang macam mana.Ikut citarasa masing masing.



Okla dah siap.Dah boleh makan.Selamat menjamu selera bersama asam pedas😍😍

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...