Assalamualaikum.
Masih ingat lagi Ms J pada mula mula melahirkan Hadif, Ms J mengalami masalah bengkak susu yang amat teruk.Sakitnya bengkak susu ini sampaikan nak mengangkat kedua dua tangan pun tak boleh.
Pada waktu itu, Ms J masih lagi buta ilmu, langsung tidak tahu mengenai masalah bengkak susu ini.Apatah lagi untuk mencari vitamin supaya bengkak susu ini reda.Apa yang Ms J buat adalah menahan sakit bengkak susu dan teruskan menyusu.
Itulah MsJ.Kali ini buat anak yang kedua dah sediakan diri siap siap dengan ilmu keibuan dan penyusuan.Kalau boleh tak nak lagi masalah bengkak susu ini berulang.Jadi hari ini Ms J ingin berkongsi mengenai tips legakan bengkak susu pada wanita menyusu.
Tips Mudah Legakan Bengkak Susu |
Sebelum itu, mari kita kenal dulu tanda tanda jika anda mengalami bengkak susu ini.Kenalpasti tanda ini.Jika anda memang mengalami tanda tanda seperti ini, memang sah anda mengalami bengkak susu!
Tanda Bengkak Susu
⇛Sakit pada payudara
⇛Bengkak pada payudara dan terasa panas
⇛Permukaan kulit payudara tegang dan berkilat
⇛Payudara keras dan terasa seperti ada ketulan
⇛Puting tenggelam ke dalam
⇛Bayi sukar melekap di payudara
Jika anda sudah mengalami tanda bengkak susu seperti ini, apa yang anda perlu buat adalah:
Tips Legakan Bengkak Susu
1. Tuam panas dan sejuk
Di sini terdapat dua jenis tuaman.Mula mula sekali adalah anda digalakkan untuk tuam sejuk terlebih dahulu.Ini kerana apabila payudara membengkak, kita terasa sakit kan?
Jadi dengan tuam sejuk ini berfungsi untuk melegakan dan memberi rasa kebas pada payudara agar kita tidak terasa sakit bengkak susu.
Selepas itu, barulah kita tuam panas. Ini dapat membantu saluran susu untuk mengembang dan melancarkan kembali pengaliran susu badan.
2. Membuat urutan si sekitar areola
Membuat urutan di sekitar areola juga boleh membantu melegakan bengkak susu.Ikuti langkah seperti di bawah jika anda mengalami masalah bengkak susu
Tips legakan bengkak susu dengan membuat urutan di sekitar areola |
3. Memerah Susu
Ini yang sering kita dengar, jika mengalami bengkak susu itu bermakna payudara kita tidak sering dikosongkan.
Jadi, salah satu penyelesaian kepada masalah bengkak susu ini adalah dengan sering memerah susu.Tapi sebelum tu, kita hendaklah pastikan payudara tidak berada dalam keadaan membengkak,sebaliknya lakukan dua tips legakan bengkak susu di atas terlebih dahulu ye.
Kalau tak, nanti sakit juga nak memerah susu dalam keadaan kedua dua payudara membengkak tu kan.
4. Amalkan Supplement
Bagi Ms J untuk si kecil yang tersayang, jangan kedekut untuk berbelanja membeli supplement untuk melegakakan bengkak susu.
Supplement ini banyak membantu ibu ibu yang mengalami bengkak susu kembali ceria setelah masalah selesai.Ini adalah antara supplement yang Ms J sarankan untuk ibu yang mengalami masalah bengkak susu.
Lecithin
Lecithin ini berfungsi sebagai agen mengurangkan kelikatan susu, sekaligus menghalang salur susu daripada tersumbat
Mari lihat apakata pengguna mengenai penggunaan lecithin daripada shaklee yang membantu mengurangkan bengkak susu
1. Legakan bengkak susu dengan lecithin |
2. Legakan bengkak susu dengan lecithin |
Vitamin C
Vitamin C pula membantu melancarkan peredaran darah dan kalenjar susu badan.Ianya juga berfungsi sebagai kolagen dan dapat membantu membaiki sebarang kerosakan saluran susu yang telah tersumbat.
Minum Air Suam yang Cukup
Tips ini juga sering kali kita dengar bukan.Buat ibu menyusu memang di galakkan untuk meminum air suam dalam kuantiti yang banyak agar membantu melegakan bengkak susu.
Air suam taw, bukan air berais atau air masak biasa. Kenapa perlu air suam ini?
Ini kerana air adalah agen utama untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan.Jika badan kita kekurangan air, peredaran darah mungkin tidak sampai kepada payudara.
Kesannya, sel di payudara boleh menjadi berasid dan mula membentuk ketulan susu. Bukan itu sahaja malah susu ibu mudah berketul dan tersumbat.
Haa, kalau tak nak semua ini cek balik berapa liter sehari pengambilan air suam dalam diet kita>hehe
Kerap menyusu
Ini adalah tips legakan susu ibu yang paling mudah kita lakukan.Kerap kali menyusu badan, kerana semakin kerap kita menyusu semakin banyak susu di hasilkan.Dan ianya sekaligus membantu mengosongkan payudara.
Letak Kobis
Ini adalah antara petua yang kita boleh cuba untuk melegakan bengkak susu.
Namun dikatakan petua ini tidak digalakkan untuk dilakukan kerap kali kerana boleh menganggu penghasilan susu.
Inilah diantara tips legakan susu ibu yang kita boleh praktikkan di rumah.Senang je kan? Harapnya boleh membantu sedikit sebanyak ibu yang mengalami masalah bengkak susu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai supplement bengkak susu atau set menyusu shaklee, boleh hubungi Ms J 016 444 2685
Comments
Post a Comment