Skip to main content

Posts

Kencing Manis Ketika Hamil: Tips Pemakanan Yang Harus Di Praktikan

Kencing manis ketika hamil agak merunsingkan ibu-ibu hamil.Biasanya mereka ini harus menjaga pemakanan mereka agar paras gula tidak meningkat dengan mendadak. Ini menyebabkan ibu hamil agak takut untuk mengambil beberapa jenis makanan, kerana dikhuatiri kandungan gula akan meningkat kelak.Malah ada juga yang berpuasa daripada mengambil makanan seperti nasi, minumam manis atau buah-buahan. Ini boleh menjejaskan kandungan ibu hamil. Bayi di dalam kandungan memerlukan nutrisi, tetapi bila ibu takut untuk mengambil sebarang makanan bagaimana bayi ini akan mendapat nutrisi? Jadi disini Ms J nak berkongsi satu tips di mana mungkin boleh mengurangkan permasalahan ibu hamil yang mengalami kencing manis ketika hamil. Diet Untuk Ibu Hamil Yang Mengidap Kencing Manis Salah satu tips pemakanan yang ibu hamil boleh cuba adalah ; Pilih Makanan Yang Bersifat Indeks Glisemik Yang Rendah Indeks glisemik makanan ini bermaksud ukuran seberapa besar kesan suatu makanan...

Tips Banyakkan Susu Yang Ibu Harus Cuba

Sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang banyak perkara yang ibu-ibu diluar sana telah alami.Antara masalah yang sering terjadi di kalangan ibu selepas bersalin adalah masalah susu badan yang tidak mencukupi. Ada juga kengkawan yang mengalami susu badan yang banyak, tapi tidak pekat.Akibatnya baby tidak puas menyusu.Pening pula dibuatnya. Jika korang mengalami masalah seperti ini , apakata cuba beberapa tips ini.Mungkin boleh membantu serba sedikit masalah susu kurang ini. Tips Memperbanyakkan Susu Badan Bersikap Tenang dan Tidak Mudah Panik Kebanyakkan ibu ibu akan mula resah dan panik apabila susu mereka mula berkurang.Malah ini juga boleh menyebabkan ibu-ibu mula merasa tertekan. Awas, jika ini yang berlaku pada korang, nasihat Ms J tenang saja, jangan panik.Tahu tak apabila kita berada di dalam keadaan tenang tindak balas hormon akan meneutralkan dan membantu pengeluaran susu lebih banyak. Caranya mudah saja.Mungkin ketika menyusu badan ibu ib...

Kembali Bertenaga Selepas Bersalin

Banyak sangat Ms J mendengar masalah ibu ibu yang mengalami masalah kurang bertenaga selepas bersalin atau ketika dalam pantang. Pada hakikatnya walaupun di dalam pantang, si ibu ini hanyalah berehat dan bebas daripada melakukan sebarang kerja rumah, namun mereka masih juga merasa letih melayan kerenah bayi yang baru lahir. Mana tidaknya ada sesetengah bayi yang suka berjaga di malam hari. Maka nak tak nak si ibu lah yang juga terpaksa sama berjaga.Inilah yang  menyebabkan si ibu tidak cukup waktu tidur dan menyumbang ke arah masalah keletihan di kalangan ibu-ibu. Tambah tambah lagi buat ibu muda yang pertama kali melahirkan anak.Kalau sebelum ini tidak pernah mengalami situasi ini, tetapi sejak bergelar ibu banyak perkara yang terpaksa berkorban, termasuklah waktu tidur mereka. Itu tidak di tambah lagi dengan masalah susu badan yang tidak mencukupi, masalah sembelit ketika berpantang.Semua ini jika tidak di kawal dengan baik boleh menyebabkan si ibu untuk stre...

Tips Supaya Pisang Tahan Lebih Lama

Semalam Ms J ke pekan Simpang Kuala yang terletak di Alor Setar.Kat sini setiap petang pasti ada pasar tani, sebab itu Ms J suka datang sini. Ada pelbagai jenis barang yang dijual, terutamanya pasar basah dan pasar kering juga.Pasar basah seperti ikan, sotong, udang, ketam semua masih lagi segar yang baru di bawa turun dari laut. Semalam sempat melihat ketam yang masih lagi hidup yang dijual di sini.Banyak rasa nak beli, tetapi bila memikirkan duit, terus fikir apa yang hendak di beli sahaja.huhu Ms J ke sini sebenarnya ingin membeli buah sahaja.Almaklumlah anak suka makan buah buahan.Boleh dikatakan setiap hari pasti anak minta buah ini. Kali ini Ms J membeli pisang untuk anak.Kat sini terdapat pelbagai jenis pisang.Tapi, Ms J ini bukan tahu sangat bab nama pisang ini.Yang tahu hanya pisang emas dan pisang berangan je.huhu Last last Ms J belikan anak dengan pisang berangan.Ms J pun suka pisang ini, nantilah boleh lah makan sekali nanti. Balik rumah bagi anak...

Tips Memilih Suplement Kalsium

Adakah anda penggemar supplement kalsium?Ni Ms J nak berkongsi beberapa tips bagaimana hendak memilih supplement kalsium yang terbaik. Bolehla menjadi rujukan kita bersama apabila hendak membeli supplement kalsium nanti. Pilih supplement yang mengandungi vitamin D dan magnesium Kenapa perlu memilih supplement kalsium berserta dengan magnesium sekali? Magnesium di sini fungsinya sebagai agen pengangkut yang membawa nutrien ke seluruh badan. Bayangkan jika kita mengambil ke semua kalsium yang diperlukan , tetapi tidak di angkut ke seluruh badan, maka kalsium ini tidak dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Samala juga dengan vitamin D.Vitamin D ini dapat membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.Rugilah kalau ambil supplement kalsium tapi dapat 50 % je manfaatnya.Cuba cek kalsium yang korang ambil tu ada vitamin D sekali tak? Tak ke sia sia je kita ambil kalsium kalau kedua-dua element ini tak ada.Sebab itu penting untuk kita pastikan supplement kal...

Kebaikan Tablet Kalsium Shaklee/Osteomatrik

Pernah dengar osteomatrik? Ms J pun pertama kali dengar osteomatrik ini pada mula mula join shaklee. Ramai yang cakap osteomatrik ini bagus untuk mengurangkan sembelit. Apa itu osteomatrik sebenarnya?Ini Ms J ringkaskan daripada pembacaan Ms J taw. Apa itu Osteomatrik? Osteomatrik adalah kalsium tablet produk daripada shaklee yang dapat menjadi kegilaan ramai.Mana taknya sehingga bulan ini sahaja banyak kali dah habis produk osteomatrik ini di cawangan shaklee. Sebenarnya osteomatrik ini bukan sahaja bagus untuk tulang sahaja malah banyak lagi manfaat daripada osteomatrik ini, termasuklah mengurangkan masalah sembelit. Ini antara kebaikan lain yang boleh di dapati daripada osteomatrik. Kebaikan Osteomatrik Menguatkan tulang Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ianya juga merawat tulang retak, osteomalacia -ricket dewasa, kuku rapuh, eczema, konvulsi/ kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah memekat. Memp...

Cara Merawat Sembelit Di Kalangan Kanak Kanak

Assalamualaikum semua! Kali ini Ms J nak berkongsi kisah mengenai cara merawat sembelit di kalangan kanak kanak. Sebenarnya sembelit ini bukanlah sejenis penyakit, tetapi jika dibiarkan berlanjutan ianya boleh membawa kepada penyakit lain. Daripada pengalaman Ms J sendiri, bila anak mula membesar, gejala sembelit kerap berlaku.Mungkin juga disebabkan oleh gaya pemakanan mereka yang kurang minum air masak. Ok ini apa yang Ms J baca daripada blog Dr Zubaidi. Kata beliau sembelit ini boleh di rawat tanpa menggunakan sebarang ubat. Apa kata beliau itu? Mari baca ini Merawat Sembelit Di Kalangan Kanak-kanak Baringkan Bayi dengan kaki di atas Cuba anda baring bayi dengan letakkan kedua kaki berada di atas seolah olah sedang mengasuh basikal. Ini boleh merangsangkan pergerakan najis di dalam usus. Berikan makanan separuh pejal Jika bayi anda sudah berumur 6 bulan dan ke atas dan menyusu formula,  cuba berikan makanan separuh pejal seperti lobak ...