Skip to main content

Tips Supaya Pisang Tahan Lebih Lama

Semalam Ms J ke pekan Simpang Kuala yang terletak di Alor Setar.Kat sini setiap petang pasti ada pasar tani, sebab itu Ms J suka datang sini.

Ada pelbagai jenis barang yang dijual, terutamanya pasar basah dan pasar kering juga.Pasar basah seperti ikan, sotong, udang, ketam semua masih lagi segar yang baru di bawa turun dari laut.

Semalam sempat melihat ketam yang masih lagi hidup yang dijual di sini.Banyak rasa nak beli, tetapi bila memikirkan duit, terus fikir apa yang hendak di beli sahaja.huhu

Ms J ke sini sebenarnya ingin membeli buah sahaja.Almaklumlah anak suka makan buah buahan.Boleh dikatakan setiap hari pasti anak minta buah ini.

Kali ini Ms J membeli pisang untuk anak.Kat sini terdapat pelbagai jenis pisang.Tapi, Ms J ini bukan tahu sangat bab nama pisang ini.Yang tahu hanya pisang emas dan pisang berangan je.huhu

Last last Ms J belikan anak dengan pisang berangan.Ms J pun suka pisang ini, nantilah boleh lah makan sekali nanti.

Balik rumah bagi anak pisang ini.Dua biji habis dia makan.Suka sangat dengan buah ni kot.Suka hati tengok anak makan buah ini, takde la nak makan benda yang merapu je kan.

Opps baru teringat masa nak beli buah tadi tuan kedai tu ada bagi tips untuk bagi pisang ini tahan lebih lama. Kata beliau kena gantung pisang ini, jangan letak kat atas meja macam tu je.Patutla kalau ke kedai buah, pisang pasti dorang gantung gantung macam tu kan.



Ms J pun baru tahu, kalau tak memang selalu Ms J letak je atas meja.Tapi tula lama kelamaan pisang ini jadi cepat masak,ranum sangat last last dah tak boleh makan.

Baru tahu semalam.Ok lepas ini boleh cuba buat tips ini.Selamat mencuba korang!




Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...