Skip to main content

Posts

Satu famili satu omega

Kenapa saya syorkan 1 famili ini dengan omega guard ini? Bukan sebab saya jual semata mata, tapi banyak sangat kelebihan omega ni.. Semua orang boleh ibu, bapa dan anak-anak..jadi tak rugi kalau beli pun kan? mama: dapat kulit cantik, amalkan omega dapat melembabkan kulit yang kering. papa: dapat kesihatan kardiovaskular yang lebih baik terutama menurunkan paras kolesterol jahat dalam darah, mengurangkan risiko strok dan jantung. anak-anak permata hati: dapat manfaat DHA di dalamnya yang sangat baik untuk perkembangan otak yang sihat. siapa tak perlukan omega? kelihatan semua orang perlu.

Dialah kawan dialah sahabat

Saya percaya setiap orang mesti ada kawan yang paling korang ingati kan? Sama la macam saya ni. Dia la kawan, dia lah sahabat. Kalau dulu selalu makan bersama dia.Makan selalu share 1 pinggan dengan dia.. Kalau beli apa-apa, mesti sama.Pernah sekali tu dia belikan baju yang sama mcm dia untuk saya.. Rasa terharu sangat.. Bukan itu je, malah dia selalu mai bilik saya, stay up together.. Yang takleh lupa tu suara dia..jem jem..rasa terngiang2 lagi panggilan itu.. Tapi semua tu hanya dalam kenangan sekarang...semua itu hanya menjadi kenangan indah buat saya.. Dia lah sahabat, dialah teman sejati saya..al fatihah..moga beliau tenang di sana..

Jenis- Jenis Kanser Yang Sering Terjadi

Assalamulaikum dan salam Jumaat! Hari Jumaat yang penuh dengan jadual kerja, tapi masih sempat untuk menulis di sini.hehe. Hari ini punya aktiviti adalah menolong encik suami memasukkan data pesakit di makmal. Opps mungkin ada yang tidak faham kan.. Suami Ms J adalah seorang pegawai makmal perubatan, dan biasanya hari jumaat ini adalah hari yang paling busy buatnya.Banyak 'sample' darah yang perlu di setelkan sebelum pukul 4 petang nanti. Nak tak nak memang Ms J kena hulurkan tangan ringankan beban, walaupun hati ini tidak rela.huhu. Namun di sebalik semua ini banyak yang Ms J belajar. Dan yang paling tidak boleh dilupakan adalah melihat sample darah/ kanser/ ketumbuhan secara hidup-hidup yang dihantar ke hospital tempat suami Ms J bekerja. Ada pelbagai jenis, pelbagai warna dan pelbagai saiz. Terdetik di hati ini oo macam ni rupanya. Dan apabila melihat 'consern form' yang di tulis oleh doktor baru tahu ini adalah sekian sekian.... Dari ...

Tingkatkan Imum Anak yang Selalu Demam dengan Cara Terbaik

Assalamualaikum. Ms J perasan anak Ms J dah lama tidak jatuh sakit, demam dan selsema.Iyala anak demam ibu bapa pun susah hati. Kadang-kadang terpaksa ambil cuti untuk menjaga mereka. Maklumlah Ms J dan suami adalah bekerja tetap. Anak memang hantar kat nursery. Pengalaman Ms J sendiri bila hantar anak di nursery ni selalu demam, selsema dan batuk.Boleh dikatakan sebulan dua tiga kali juga la.Tak tahu nak cakap puncanya dari mana. Hampir beberapa bulan masih berlaku perkara yang sama, Ms J rasa ada sesuatu yang tak kena. Lalu Ms J cuba mencari pengasuh yang memang mengasuh dari rumah. Selain itu juga Ms J ada berikan mereka dengan supplement dari shaklee. Ms J dicadangkan oleh pengedar shaklee tersebut untuk mencuba set kanak kanak iaitu omega, chewable vitamin c dan nutriferon. Setelah mencuba kesemua produk tersebut, rasa amat puas hati. Anak sudah jarang selsema dan batuk. Alhamdulillah.Sejak dari itu Ms J jatuh cinta dengan Shaklee ini dan mula mendafta...

Lima Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki

Assalamualaikum semua. Hari Ms J nak kongsi mengenai kanser lagi.hehe. Bila sebut mengenai kanser je, Ms J teringat akan arwah sepupu yang meninggal di sebabkan oleh kanser limpoma. Hari ini Ms J nak kongsi mengenai kanser yang sering berlaku di kalangan kaum lelaki. Berdasarkan World Health Organisation (WHO), lima jenis kanser yang sering melanda kaum lelaki iaitu : Kanser paru paru Kanser Perut kanser Hati Kanser Kolorektal Kanser Esofagus Secara amnya kanser ini adalah sama, iaitu pembiakan atau mutasi sel sel abnormal yang membentuk "malignant" atau lebih di kenali sebagai kanser. Yang berbeza adalah tempat ianya berlaku. Contohnya terdapat sel kanser di paru paru maka ianya di namakan sebagai kanser paru paru. Kanser Paru Paru Kanser ini adalah kanser yang sering terjadi di kalangan kaum lelaki. Di katakan lebih 90 % daripadanya adalah dariapada mereka yang bergelar perokok tegar. Baca selanjutnya mengenai kanser paru paru di  sin...

Tanda Awal Kanser Rahim Yang Perlu Wanita Ambil Tahu

Kanser rahim adalah kanser yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita. Apa itu kanser rahim? Apa itu Kanser Rahim? Kanser rahim adalah kanser yang berlaku atau berasal daripada bahagian rahim. Rahim ini berfungsi sebagai organ reproduktif yang mana tempat janin membesar atau lebih dikenali sebagai kandungan. Ianya berbentuk seperti buah pear, dan terdiri daripada dua bahagian, iaitu badan (uterine body) dan pangkal rahim (servix). Rahim ini terdiri daripada dua bahagian badan utama, iaitu selaput dinding rahim (endometrium) dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma. Secara umumnya terdapat tiga jenis kanser yang sering terjadi di bahagian ini, iaitu: kanser di selaput dinding rahim (kanser endometrium) kanser yang berasal daripada dinding rahim (liomiosarkoma) kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding (karsinosarkoma) Apakah Tanda Yang Sering Terjadi? Tanda kanser rahim ini sangat mudah untuk...

Kencing Manis Ketika Hamil : Fakta Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum semua. Perbualan hari ini bersama rakan yang hamil, beliau meluahkan rasa takut untuk mendapatkan pemeriksaan minggu depan untuk minum air gula. Iya la takut jika disahkan kencing manis ketika hamil. Opps hamil pun boleh terkena kencing manis ke? Ya, boleh. Malah daripada 100 orang bakal ibu, 18 orang berisiko intuk mendapat kencing manis ini taw. Dalam erti kata lain 18 %. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala ini apabila sebut mengenai kencing manis ketika hamil.Alhamdulillah Ms J tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa hamil suatu ketika dahulu. Maka, hari ini sibukkan diri menggoogle mencari info mengenai kencing manis ketika hamil ini. Ok di sini Ms J rumuskan daripada pembacaan saya ye. Kencing Manis Ketika Hamil Kencing manis ketika hamil atau dalam bahasa saintifiknya adalah  "gestation diabetes" merupakan sejenis penyakit yang mana paras gula dalam darah berlebihan daripada normal. Ianya biasa berlaku p...