Skip to main content

Lima Jenis Kanser Yang Sering Menyerang Kaum Lelaki


Assalamualaikum semua.

Hari Ms J nak kongsi mengenai kanser lagi.hehe. Bila sebut mengenai kanser je, Ms J teringat akan arwah sepupu yang meninggal di sebabkan oleh kanser limpoma.

Hari ini Ms J nak kongsi mengenai kanser yang sering berlaku di kalangan kaum lelaki. Berdasarkan World Health Organisation (WHO), lima jenis kanser yang sering melanda kaum lelaki iaitu :

  • Kanser paru paru
  • Kanser Perut
  • kanser Hati
  • Kanser Kolorektal
  • Kanser Esofagus
Secara amnya kanser ini adalah sama, iaitu pembiakan atau mutasi sel sel abnormal yang membentuk "malignant" atau lebih di kenali sebagai kanser.

Yang berbeza adalah tempat ianya berlaku. Contohnya terdapat sel kanser di paru paru maka ianya di namakan sebagai kanser paru paru.


Kanser Paru Paru

Kanser ini adalah kanser yang sering terjadi di kalangan kaum lelaki. Di katakan lebih 90 % daripadanya adalah dariapada mereka yang bergelar perokok tegar.

Baca selanjutnya mengenai kanser paru paru di sini

Ini kerana asap rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya bersifat karsinogen dan beracun.

Maka tidak hairanlah rokok ini menjadi pembunuh utama di kalangan kaum lelaki.Pembunuh dalam senyap yang tidak di ambil berat oleh kaum lelaki.


Ini pula antara golongan yang berisiko untuk mendapat kanser paru paru:
  • Lelaki
  • Usia lebih 40 tahun
  • Perokok
  • Hidup di kalangan perokok (perokok pasif)

Kanser Perut

Satu kajian yang telah di lakukan oleh Universiti kebangsaan Malaysia 1983- 1989  menunjukkan bahawa 64.9 % (lelaki) dan 35.2 % wanita berisiko untuk mendapat kanser perut.

Peratusan kaum lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan kaum hawa, mungkih kah di sebabkan oleh kanser paru paru paru yang merebak ke perut?

Punca utama kanser ini masih lagi belum di ketahui, tetapi ramai saintis berpendapat bahawa ianya di sebabkan oleh amalan pemakanan seharian kita.

"Terdapat andaian mengatakan makanan seperti acar, daging, ikan yang di asap atau makanan yang mengandungi garam seperti ikan masin memudahkan proses karsinogenesis iaitu pencetus kejadian kanser perut dan pembiakan sel tanpa kawalan pada perut"
 Prof Madya Dr Aminuddin Ahmad

Baca selanjutnya mengenai kanser perut di sini

Kanser Hati

Kanser hati atau nama lain nya juga di sebut sebagai hepatoma. Kanser ini lazim terjadi di kawasan Asia Tenggara.

Antara faktor utama terjadinya kanser ini adalah disebabkan oleh pengambilan alkohol yang berlebihan dan pembawa hepatitis B.

Seperti yang kita tahu pengambilan alkohol yang berlebihan akan membebankan tugasan hati lama kelamaan akan menyebabkan fatty liver - liver fibrosis - liver cirrhosis dan peringkat adalah hepatoma.



Mari kita perhatikan antara tanda-tanda kanser hati adalah seperti:
  • Gejala-gejala utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan.
  •  Gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti hepatitis A atau B.
  • Demam yang tidak diketahui puncanya
  • Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi kansdungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.

Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal bermaksud kanser yang sering terjadi di antara usus besar hingga rektum.

Baca selanjutnya mengenai kanser usus di sini

Menurut Dr Jonah Azariah , Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya kanser ini bermula dengan simptom yang biasa seperti gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit.

Sembelit ini merujuk kepada tidak ada pembuangan najis di dalam masa sebulan.

Dan di peringkat akhir biasanya mereka ini akan merasakan sakit perut yang teramat sangat.Ini mungkin berlaku kebocoran di boleh menyebabkan berlaku inflamasi ke bahagian lain.

Menurut beliau lagi , kanser ini sering berlaku di kalangan orang Jawa. Faktor pemakanan mungkin menjadi faktor utama. Oleh itu kita digalakkan untuk mengambil pemakanan yang seimbang yang kaya dengan serat dan minum air dengan secukupnya.


Kanser Esofagus

Esofagus merupakan satu tiub di mana pengaliran makanan dari mulut ke perut berlaku.Terdapat dua jenis kanser esofagus ini :

  • Karsinoma sel skuamus esofagus
  • Adenokarsinoma
Punca sebenar kanser ini berlaku masih tidak dapat di ketahui.Namun jika anda gejala seperti di bawah dapatkan rawatan doktor dengan segera.
  • Kesukaran Menelan
  • Sakit apabila menelan
  • Batuk
  • Suara serak
  • Penyakit muntah
  • Batuk Berdarah
  • Berat Badan
Secara kesimpulannya Ms J boleh rumuskan bahawa semua kanser ini boleh berpunca daripada cara pemakanan kita.

Oleh itu amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Untuk mengetahui selanjutkan mengenai alternatif lain untuk merawat kanser ini mungkin anda boleh klik di sini

Semoga kita semua hidup dalam keadaan yang sihat walafiat dan dijauhkan daripada sebarang jenis penyakit.Aminn..




















Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...