Skip to main content

Tanda Awal Kanser Rahim Yang Perlu Wanita Ambil Tahu

Kanser rahim adalah kanser yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita. Apa itu kanser rahim?

Apa itu Kanser Rahim?

Kanser rahim adalah kanser yang berlaku atau berasal daripada bahagian rahim. Rahim ini berfungsi sebagai organ reproduktif yang mana tempat janin membesar atau lebih dikenali sebagai kandungan.

Ianya berbentuk seperti buah pear, dan terdiri daripada dua bahagian, iaitu badan (uterine body) dan pangkal rahim (servix).

Rahim ini terdiri daripada dua bahagian badan utama, iaitu selaput dinding rahim (endometrium) dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma.

Secara umumnya terdapat tiga jenis kanser yang sering terjadi di bahagian ini, iaitu:

  • kanser di selaput dinding rahim (kanser endometrium)
  • kanser yang berasal daripada dinding rahim (liomiosarkoma)
  • kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding (karsinosarkoma)

Apakah Tanda Yang Sering Terjadi?

Tanda kanser rahim ini sangat mudah untuk di kesan. Namun masih ramai yang masih mengambil mudah akan tanda-tanda kanser rahim ini. Antaranya adalah pendarahan semula selepas menopause.

Awas kaum wanita jika anda mengalami tanda sedemikian. Ramai yang beranggapan ianya adalah darah haid. Seeloknya jumpa lah doktor anda untuk memastikan ianya betul betul darah haid, dan bukannya daripada sebarang penyakit serius.




Wanita yang mengalami masalah pendarahan haid yang panjang dengan jumlah yang banyak juga perlu dapatkan pemeriksaan segera. 

Haid yang normal adalah diantara lima hingga tujuh hari, namun jika anda mengalami pendarahan sehingga empat belas hari, seeloknya jumpalah doktor untuk memastikan anda bebas daripada sebarang penyakit yang berkaitan.

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, beliau menyatakan bahawa mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur bukanlah salah satu tanda kanser rahim, sebaliknya mereka ini adalah termasuk di dalam golongan yang berisiko untuk mendapat kanser ini.

Kanser rahim ini juga berkait rapat dengan mereka yang mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS). PCOS merujuk kepada kandungan hormon estrogen yang tidak seimbang yang sering menggangu ketidaksuburan kaum wanita.




Antara ciri ciri PCOS yang boleh kita kenali adalah ovulasi tidak berlaku atau tiada ovulasi tetap pada setiap bulan. 

PCOS ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang boleh kita ketahui, contohnya seperti demam dan sebagainya. Namun, jika kita perhatikan dengan proses ovulasi setiap bulan ,mungkin kita dapat mendiagnos penyakit ini.

Kajian mendapati 90 peratus mereka yang mengalami masalah haid yang tidak teratur adalah mereka yang menghidap PCOS. PCOS ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, dan biasanya ianya terjadi kepada wanita yang berumur di antara 20 -30 tahun yang berisiko untuk mendapat kanser rahim.

Rawatan Kanser Rahim.

Rawatan untuk pesakit kanser adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut. 

Namun, rawatan yang paling common adalah pembuangan rahim ataupun melakukan kemoterapi.Pembuangan rahim bagi mereka yang masih muda mungkin menjejaskan harapan mereka untuk mendapatkan zuriat.

Malah bukan itu sahaja,mereka juga mudah tertekan, cepat marah, menjadi lebih beremosi dan sukar mengawal perasaan.

Jadi di sini Ms J amat galakkan anda melakukan pemeriksaan rutin setiap tahun, kerana kanser ini sangat mudah untuk di kesan.

Selain itu anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan supplement untuk mengelakkan sebarang jenis kanser.

Contoh supplement yang terbaik untuk membantu merawat kanser adalah vivix dari shaklee. Bukan untuk masalah kanser je taw, malah banyak lagi fungsi lain yang terdapat di dalam vivix ini. Antaranya adalah:


Ini pula adalah testimoni daripada mereka yang pernah menggunakan vivix ini sebagai alternatif untuk merawat kanser.

Testimoni 1 :


Testimoni 2 :











Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...