Skip to main content

Posts

Tanda Awal Kanser Rahim Yang Perlu Wanita Ambil Tahu

Kanser rahim adalah kanser yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita. Apa itu kanser rahim? Apa itu Kanser Rahim? Kanser rahim adalah kanser yang berlaku atau berasal daripada bahagian rahim. Rahim ini berfungsi sebagai organ reproduktif yang mana tempat janin membesar atau lebih dikenali sebagai kandungan. Ianya berbentuk seperti buah pear, dan terdiri daripada dua bahagian, iaitu badan (uterine body) dan pangkal rahim (servix). Rahim ini terdiri daripada dua bahagian badan utama, iaitu selaput dinding rahim (endometrium) dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma. Secara umumnya terdapat tiga jenis kanser yang sering terjadi di bahagian ini, iaitu: kanser di selaput dinding rahim (kanser endometrium) kanser yang berasal daripada dinding rahim (liomiosarkoma) kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding (karsinosarkoma) Apakah Tanda Yang Sering Terjadi? Tanda kanser rahim ini sangat mudah untuk...

Kencing Manis Ketika Hamil : Fakta Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum semua. Perbualan hari ini bersama rakan yang hamil, beliau meluahkan rasa takut untuk mendapatkan pemeriksaan minggu depan untuk minum air gula. Iya la takut jika disahkan kencing manis ketika hamil. Opps hamil pun boleh terkena kencing manis ke? Ya, boleh. Malah daripada 100 orang bakal ibu, 18 orang berisiko intuk mendapat kencing manis ini taw. Dalam erti kata lain 18 %. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala ini apabila sebut mengenai kencing manis ketika hamil.Alhamdulillah Ms J tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa hamil suatu ketika dahulu. Maka, hari ini sibukkan diri menggoogle mencari info mengenai kencing manis ketika hamil ini. Ok di sini Ms J rumuskan daripada pembacaan saya ye. Kencing Manis Ketika Hamil Kencing manis ketika hamil atau dalam bahasa saintifiknya adalah  "gestation diabetes" merupakan sejenis penyakit yang mana paras gula dalam darah berlebihan daripada normal. Ianya biasa berlaku p...

Kanser Tekak Masih Boleh Dirawat Jika Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini Ms J nak berkongsi mengenai kanser tekak (throat cancer). Bila kita sebut sahaja mengenai kanser, rasa seram sejuk.Minta- minta di jauhkan la ye. Ok sebagai mana yang kita tahu kanser ini bermaksud sel sel abnormal membahagi dan membiak tanpa di kawal.Daripada sel sel abnormal inilah yang menbentuk "malignant" atau tumor. Kanser tekak bermaksud kanser di bahagian tekak. Kanser tekak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser tekak (pharyngeal cancer) dan kanser kotak suara (laryngeal cancer). Apakah tanda dan simptom Kanser Tekak? Biasanya tanda-tanda kanser tekak ini susah untuk di diagnos pada peringkat awal. Namun, terdapat beberapa tanda-tanda yang common, seperti di bawah: Perubahan suara Susah untuk menelan (dysphagia) Susut berat badan Sakit tekak Kerap batuk (mungkin batuk berdarah) Sakit telinga Nafas berbunyi Apakah Penyebab dan Golongan Yang Lebih Berisiko Untuk Menda...

Tips Mudah Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum semua. Hari ini Ms J berkesempatan membaca mengenai pedih ulu hati di kalangan ibu mengandung. Jadi Ms J nak berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai tips mengurangkan pedih ulu hati ini dikalangan ibu hamil. Pernah kah bakal-bakal ibu di luar sana mengalami masalah pedih ulu hati ni?Kebanyakkan ibu mengandung mesti mengalami masalah ini kan? "Semasa mengandung seorang wanita mudah mengalami gastritis dan reflux esophagithis kerana kandungan yang semakin membesar akan menekan pada perut dan menyebabkan ruang perut menjadi kecil. Makan sikit dah kenyang. "  Dr Muhammhad Akbar Abdullah Alhamdulillah setakat ini Ms J belum pernah mengalami pedih ulu hati ketika mengandung. Buat ibu ibu di luar sana yang sudah mencuba pelbagai jenis ubat, tapi masih lagi tidak berkesan, apakata cuba tips di bawah ini pula: Bagaimana nak atasi pedih ulu hati semasa mengandung? elakkan makanan pedas, berempah. Yang berlemak juga kalau boleh elakkan jug...

Bentan Tiada Lagi Sejak Amalkan Vivix

Pernah dengar bentan?Ms J pun pertama kali dengar.Kalau bukan kerana pernah mengandung dan bersalin rasanya info pasal bentan ni sampai sekarang pun Ms J tak tahu. Ok la..kalau nak tahu kenapa masa bersalin pun nak kena jaga? Nak kena jaga pemakanan, tingkahlaku dan sebagainya. Kenapa ek? Haa kalau nak tahu sebab kita taknak kena bentan nanti. Apa tu bentan? Bentan ni sebenarnya sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan setelah bersalin. Maksudnya jika ini tidak menjaga diriketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk megalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas melalui pantang. Jadi ibu-ibu berhati-hati ye. Tanda dan Sebab Bentan Banyak faktor yang boleh menyebabkan bentan ni terjadi.Tapi antara kebiasaannya adalah disebabkan oleh mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan terasa sejuk dan rasa seperti hendak pitam.Ia berlaku kerana da...

Tanda Kanser Darah Yang Perlu Anda Ketahui

Pernah dengar leukemia? Ianya adalah sejenis kanser darah yang berasal dari sum sum tulang.Sum sum tulang adalah tempat penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama berbanding sel sel darah yang normal. Oleh itu sel sel leukemia ini mampu menghapuskan fungsi sum sum tulang dan menghalang penghasilan sel darah yang normal. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukemia yang dihadapi.Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukemia yang berlainan adalah berbeza. Tahukah anda leukemia ini mempuanyai 2 jenis iaitu 'acute leukaemia' atau ' chronic leukaemia'. Perbezaan utama di antara kedua-dua jenis leukemia ini adalah kematangan dan kepantasan sel sel kanser itu membiak. Acute leukaemia; adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pan...

Tips untuk Rawat Masalah Rambut Gugur

Selamat berhujung minggu buat warga Kedah. Ok hari Ms J nak kongsi tips untuk rawat masalah rambut gugur pula.  Mungkin korang di luar sana boleh cuba tips ni. Maklumlah rasanya semua orang mengalami masalah rambut gugur ini. Tips untuk rawat masalah rambut gugur ☘️Gunakan syampu yang lembut, yang tiada bahan kimia untuk elak keadaan tambah buruk. Jangan lupa bila guna syampu tu pakai perapi sekali. Ini bagi elak rambut jadi kasar dan bila sikat akan jadi kusut dan boleh sebabkan keguguran rambut. ☘️Lupakan penggunaan dryer untuk rambut anda sementara waktu dan elakkan juga buat rawatan rambut seperti luruskan rambut, mewarna dan sebagainya. Sabar dulu hingga masalah selesai. Pendek kata elakkan penggunaan bahan kimia melibatkan rambut. ☘️Pergi jumpa pakar jika masalah rambut gugur berterusan dan terlampau teruk. Kerana ada juga kes yang alami masalah ini dikaitkan dengan masalah tiroid selepas bersalin ( jika baru lepas melahirkan). ☘️Ambil vitamin yang...