Skip to main content

Posts

Atasi Kolik Bayi Secara Semulajadi

Pernah tak korang mengalami masalah bayi menangis tanpa henti? Mungkin bayi anda mengalami masalah kolik bayi. Kolik biasanya berlaku di beberapa minggu awal setelah bayi lahir dan berhenti setelah bayi berusia 4 bulan. Biasanya bayi menangis di waktu petang dan sulit di redakan hingga beberapa jam. Secara umumnya masalah ini diklasifikasi kan sebagai sebuah gangguan kesihatan dan sering tidak diketahui puncanya.Namun ada fakta mengatakan ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Terdapat beberapa pihak yang mengatakan kolik bayi disebabkan oleh gangguan pencernaan, masuk angin, usus yang sensitif terhadap jenis protein tertentu serta gula yang terdapat di dalam susu formula. Sebenarnya kolik bukanlah masalah yang serius, ianya dapat baik dengan sendirinya dan tidak memerlukan ubat yang khusus. Namun,ada cara-cara yang dapat dilakukan untuk meringankan situasi ini.Antaranya: 1. Pijat perut bayi dengan lembut 2. Gendong bayi selama dia menangis 3. Mandikan bayi d...

Vertigo: Dunia ini seperti berputar

Assalamualaikum semua. Semalam kecoh kat group saya pasal vertigo ini. Pertama kali mendengar penyakit ini, nama nya macam sedap je, tetapi azabnya pada sesiapa yang pernah mengalami vertigo ini. Apa itu vertigo? Pernah tak anda merasa pening atau merasakan dunia ini bagaikan berpusing? Atau pernahkah anda pabila baring atau berdiri di dalam bilik, anda merasakan bilik tersebut sedang bergerak? Haa itulah yang dinamakan vertigo. Vertigo adalah satu keadaan dimana anda merasakan pening seperti kepala atau sekeliling anda sedang berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam. Gejala vertigo 1. Ruang atau diri anda sedang berpusing atau bergoyang 2. Anda merasakan hilang keseimbangan Ianya boleh berlaku dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari. 3. anda menjadi sensitif pada cahaya, bunyi serta merasa sakit kepala 4. Penglihatan bertindih 5. Kesukaran bernafas dan berpeluh 6. Pergerakan jantung berlaku dengan cepat  7. Memp...

Kanser Prostate-Baik Buruk Kimotheraphy dan Radiotherapy Buat Semua Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua. Entry lepas  Hilangnya Seorang Tokoh Ulama yang Di Hormati di sebabkan oleh Kanser Prostate  Ms J ada bercerita mengenai kanser prostate kan? Ok hari ini Ms J nak sambung lagi mengenai pro dan kont's rawatan kimotherapy pada pesakit kanser prostate ini. Kanser prostate biasanya berlaku pada kaum lelaki sahaja. Biasanya lelaki yang berusia 50 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini. Lebih dari 80 % kanser prostate didiagnosa pada lelaki yang berumur lebih 65 tahun. Secara amnya, pesakit kanser akan dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan seperti radiation theraphy dan kimotheraphy.Tahukah anda ianya juga boleh mendatangkan kesan sampingan pada pesakit tersebut? Radiation Theraphy  Radiation theraphy menggunakan tenaga tinggi sinar x untuk memusnahkan sel kanser. Radiotheraphy biasanya digunakan untuk kanser yang berada di tahap 3 dan tahap 4. Biasanya theraphy ini dilakukan untuk mengurangkan sel-sel kanser...

Bahaya Rabun Boleh Menyebabkan Buta

Mata adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai. Kalau mata sudah tidak mampu melihat maka gelaplah dunia. Bahkan semua pekerjaan pun mungkin terbantut dan tergendala. Ok hari ini Ms J nak cerita mengenai rabun. Rata-rata kita mengalami rabun tanpa kita sedari. Kalau kita masih lagi dapat melihat mesti kita beranggapan mata kita sihat walafiat. Pada hakikatnya kita mempunyai sedikit rabun dan ianya tidak menjejaskan penglihatan kita. Definisi Rabun Ok apa itu rabun sebenarnya dan bagaimana ia boleh berlaku? Ok saya cuba terangkan secara ringkas ye. Ok konsepnya macam ni. Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat di fokus kan ke atas retina. Jadi bila mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik inilah yang menyebabkan rabun berlaku. Jenis-jenis Rabun Rabun pula ada 3 jenis ia...

Petua Menangani Anak Hyperaktif

Assalamualaikum semua.Hari ini rasa agak kepenatan sedikit sebab dah dua minggu Ms J kerja tanpa cuti. Terpaksalah demi mencari rezeki untuk anak-anak. Bila balik rumah semestinya melihatkan anak-anak rasa tenang sekejap, tapi bila budak dah besar ni macam-macam kerenah.Memang tak duduk diam. Kalau macam anak Ms J tu lepas turun dari kereta je mesti tak nak masuk rumah, nak pergi jalan-jalan kat taman depan tu. Nak tak nak layan kan jugalah. Kalau ikutkan hati ingat nak balik rumah nak baring je. Yang paling geram tu bila ajak balik dia tak nak. Aduii bertabah la. Oleh sebab penat sangat semalam ingat nak buat entry siap-siap untuk hari ini sebab dah tahu dah hari ini agak sibuk, tengok-tengok Ms J dah lentok lena.Tapi anak masih lagi duduk main, pergi sana sini sorang-sorang dia. Tak pela, mama tak marah adik main, asalkan adik sihat dan aktif.hehe.Haa bila cerita pasal aktif ni kan risau pula Jam pasal kanak-kanak hyperaktif. Apa sebenarnya yang dikategorikan kanak-k...

Sakitnya Buasir Sampai Tak Boleh Duduk kini Tiada Lagi

Assalamualaikum semua.Pernah ada pengalaman buasir tak? Setakat ni Ms J tak pernah ada lagi la. Alhamdulillah. Bagi yang ada masalah buasir, Ms J ada nak kongsi info ni. Apa Itu Buasir? Buasir adalah salah satu penyakit di mana berlaku pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya memebengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir biasanya terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membenjol. Kadangkala ianya boleh pecah. Kategori Buasir  Buasir boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu buasir luaran (external) dan dalaman(internal). Buasir dalaman tidak sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir ini tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas...

Bila kad hijau datang rasa macam nak lari je dari sekolah

Teringat lagi masa sekolah rendah agak takut jika orang hospital datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan gigi.Rasa masih segar lagi di ingatan bila nurse akan panggil sorang demi sorang untuk pemeriksaan gigi. Kadang-kadang tu nurse akan hantar 4-5 keping kad hijau ni kat kelas. Haa mulalah rasa gelabah. Janganla aku yang kena..hahaha.Takut nanti kena scaling, cabut gigi dan macam-macam lagi. Iye la waktu tu kan masih kanak-kanak lagi, nak berus gigi pun malas.hehe Sekarang dah besar baru tahu pentingnya menjaga kebersihan gigi ni. Kalau tak malulah gigi rosak, gusi bengkak dan berdarah,dan yang paling tak tahan bila sakit gigi. Ok kali ini Jam nak kongsi mengenai gusi bengkak atau berdarah. Pernah tak korang mengalami masalah ini? Pernah kan? Malah Jam pun pernah, bukan sekali malah berkali-kali.huhu Banyak orang sering mengalami pembengkakan gusi akibat sisa makanan yang terselit dia antara gigi atau kerana gigi berlubang dan tersimpan di dalam gigi kemudian ...