Skip to main content

Petua Menangani Anak Hyperaktif

Assalamualaikum semua.Hari ini rasa agak kepenatan sedikit sebab dah dua minggu Ms J kerja tanpa cuti. Terpaksalah demi mencari rezeki untuk anak-anak.

Bila balik rumah semestinya melihatkan anak-anak rasa tenang sekejap, tapi bila budak dah besar ni macam-macam kerenah.Memang tak duduk diam. Kalau macam anak Ms J tu lepas turun dari kereta je mesti tak nak masuk rumah, nak pergi jalan-jalan kat taman depan tu.

Nak tak nak layan kan jugalah. Kalau ikutkan hati ingat nak balik rumah nak baring je. Yang paling geram tu bila ajak balik dia tak nak. Aduii bertabah la.

Oleh sebab penat sangat semalam ingat nak buat entry siap-siap untuk hari ini sebab dah tahu dah hari ini agak sibuk, tengok-tengok Ms J dah lentok lena.Tapi anak masih lagi duduk main, pergi sana sini sorang-sorang dia.

Tak pela, mama tak marah adik main, asalkan adik sihat dan aktif.hehe.Haa bila cerita pasal aktif ni kan risau pula Jam pasal kanak-kanak hyperaktif. Apa sebenarnya yang dikategorikan kanak-kanak hyperkatif tu? Haa jom baca ini.

Apa itu hyperaktif

Hyperaktif atau 'attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) biasanya berlaku pada kanak-kanak pada masa kini. Hyperaktif bermaksud kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlalu aktif tetapi mempunyai daya tumpuan yang singkat.

Kenali Tanda-Tanda Hyperaktif

Adakah anak anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
  1. Degil, lasak dan tidak boleh duduk diam
  2. Suka membantah dan melanggar peraturan
  3. Leka dan sukar memberi tumpuan tehadap sesuatu aktiviti
  4. Selalu tidak puas hati
  5. Mudah rasa tertekan
  6. Suka bermain sendirian dan tidak bergaul
  7. Tidak suka bercakap dan berbual
  8. Sering berpeluh, cirit birit



Kalau ya, anak anda mungkin seorang yang hyperaktif.

Kenapa boleh berlakunya hyperaktif ni? Banyak sumber mengatakan punca sebenar berlakunya hyperaktif ini masih tidak diketahui. Namun, beberapa kriteria seperti di bawah boleh menjadi salah satu faktor yang cenderung kepada masalah ini.
  • Genetik 
  • Faktor persekitaran
  • Faktor nutrisi
  • Pemgambilan alkohol dan tembakau

Petua Tangani Anak Hyperaktif

Sebagai ibu bapa mesti kita nak yang terbaik kan untuk anak-anak, kerana merekalah jantung hati hati kita. Haa apa kata cuba petua dan tips di bawah untuk kurang masalah hyperaktif ni.

  • Ambil makanan yang berkhasiat untuk anak-anak anda dan kurang pemakanan yang bergula
  • Disiplin kan anak dari awal dan memberi nasihat supaya tidak melakukan perkara yang negatif
  • Sentiasa mengawasi anak-anak, kerana kadang-kadang tindakan mereka membahayakan diri mereka
  • Segera menegur atau menasihati anak sekiranya apa yang dia lakukan itu mendatangkan keburukan
  • Meluangkan lebih banyak masa untuk bercakap, berbual dan bermain dengan anak
  • Jangan mengungkap kata-kata negatif kepada anak-anak seperti 'bodoh'.
  • Mempelbagaikan aktiviti kreatif supaya anak tidak bosan
  • Bersabar dengan tidak mengambil tindakan memukul merek
  • Sentiasa berdoa dan yakin dengan Allah

Haa ibu-ibu di luar sana jangan risau. Anda boleh mengurangkan masalah hyperaktif anak-anak anda dengan mengambil makanan tambahan contohnya seperti minyak ikan omega dan mealshake dari shaklee ni.

Omega



Merupakan minyak ikan yang tulen dan berkualiti yang mana mempunyai lebih 90% EPA dan DHA. Ianya mampu mengurangkan emosi kanak-kanak hyperaktif dan pada masa yang sama membantu mereka untuk lebih fokus pada sesuatu pembelajaran.

Telah terbukti dalam satu kajian yang telah dijalankan bahawa dengan penggabungan antara DHA dan EPA dapat membantu menstabilkan emosi dan mental termasuk kemurungan, tekanan,kebimbangan, insomnia, autisme dan lain-lain lagi.


Mealshake




Apabila anak-anak makin menigkat usia mereka lebih memerlukan banyak protein untuk membina lebih banyak sel sihat dan sistem imum lebih kuat. Jadi mealshake adalah makanan yang terbaik untuk mereka kerana mempunyai kesemua protein yang mereka perlukan.
















Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...