Skip to main content

Bahaya Rabun Boleh Menyebabkan Buta

Mata adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai. Kalau mata sudah tidak mampu melihat maka gelaplah dunia. Bahkan semua pekerjaan pun mungkin terbantut dan tergendala.

Ok hari ini Ms J nak cerita mengenai rabun. Rata-rata kita mengalami rabun tanpa kita sedari. Kalau kita masih lagi dapat melihat mesti kita beranggapan mata kita sihat walafiat. Pada hakikatnya kita mempunyai sedikit rabun dan ianya tidak menjejaskan penglihatan kita.


Definisi Rabun


Ok apa itu rabun sebenarnya dan bagaimana ia boleh berlaku?

Ok saya cuba terangkan secara ringkas ye. Ok konsepnya macam ni. Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat di fokus kan ke atas retina.

Jadi bila mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik inilah yang menyebabkan rabun berlaku.

Jenis-jenis Rabun

Rabun pula ada 3 jenis iaitu rabun jauh, rabun dekat dan silau.

Rabun Jauh

Pernah tak korang tengok orang-orang tua bila membaca sesuatu, mereka baca dengan jarak yang begitu dekat.Haa itulah yang dikatakan rabun jauh ni. Rabun jauh bermaksud mata tidak dapat menumpu dengan baik dan menyebabkan objek jauh kelihaan kabur.

Rabun jauh atau bahasa sainsnya miopia sering berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Ia nya juga salah satu penyakit keturunan. Pada peringkat remaja rabun ini dikatakan lebih serius, walaubagaimana pun ianya lebih stabil apabila berumur 20-40 tahun

Bagaimana ia boleh berlaku? Biasanya mereka yang mempunyai rabun jauh ini memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti sepatutnya


Rabun dekat

Rabun dekat adalah berlawanan dengan rabun jauh. Mereka yang mempunyai rabun dekat bermaksud mereka tidak dapat melihat objek dekat dengan jelas. Tidak hairanlah apabila kita melihat mereka membaca dengan jarak jauh.

Ini terjadi apabila bentuk kornea melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung untuk rabun dekat. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata membesar dan menjadi lebih panjang



Rabun silau (astigmatism)

Rabun ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya yang berlainan. Ia boleh wujud bersama jenis rabun mata yang lain


Tanda-tanda rabun

Rabun jauh (myopia)

  • Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur
  • Kanak- kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek jauh
  • Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat tulisan di papan hitam dengan jelas
  • Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat muka ketika membaca


Rabun dekat (hyperopia)

  • Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas
  • Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca dan menulis
  • Kanak-kanak mungkin mengadu menjadi penat dan sakit kepala setelah membaca selama beberapa jam
  • Kanak-kanak dengan rabun dekat juga boleh mengalami juling


Rabun silau (astigmatism)

  • Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur
  • Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
  • Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih serius dalam arah yang tertentu sahaj
  • Kanak-kanak biasnya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang atau kadang-kala sebaliknya

Selain kabur apa lagi masalah lain yang mungkin timbul?

  • Mata merasa penat dan sakit kepala
  • Isu keselamatan: contohnya apabila menungang basikal, kanak-kanak yang mempunyai maslah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang lain
  • Tidak dapat hidup seperti kanak-kanak yang normal dan mungkin menjejaskan kualiti hidup
  • Rabun jauh yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina lekang dari bahagian mata (retina detachment) dan ini boleh menyebabkan buta
  • Rabun yang tidak dirawat semasa kanak-kanak boleh menyebabkan rabun kekal

Supplement


Kenapa Ms J sarankan anda mengambil carotmax ini? Ini lah antara sebab-sebabnya.

Kes 1:
Assalamualaikum semua.Nak share sikit
Tahun lepas kena pakai cermin mata- power kanan 200, kiri 250.Mula  makan carotomax akhir tahun lepas.Cermin mata lama-lama jadi blur, so tak pakai haha (memang jarang sangat pakai pun actually). Bulan ini check mata power dah jadi 75 for both eyes! Alhamdulillah syukur sangat.thank you Allah,thank you shaklee!



Kes 2:
Alhamdulillah tak sangka percubaan pertama cari supplement utk mata ayah akhirnya berjaya.Ayah ada brain tumor yang effect mata kanannya.Dr ckp lepas scan & MRI 2 minggu lepas mata kanan ayah dah takde harapan lagi utk melihat, tapi aku nekad nak bg ayah makan carotomax ni.Baru2 ni ayah ckp die da leh nampak semula walaupun kabur.
Alhamdulillah!Alhamdulliah! Alhamdulillah...
Pergi scan lagi baru2 ni Dr pun tak percaya.Alhamdulillah..sekarang tinggal nak keluarkan nanah je dari dlm kepala. Mak dan adik pun dag start amik carotomax utk masalah rabun dorang.Alhamdulillah hepi sangat! Thanks shaklee beri sinar baru utk ayahku!!




Mesti korang terfikir-fikir kan apa yang hebat sangat tentang Carotomax shaklee ini. Berdasarkan formulasi baru, shaklee telah menambah baikkan carotomax dengan tambahan seperti astaxanthin.

Apa itu astaxanthin? Ia nya dipanggil sebagai 'King of carotenoids" yang mana mempunyai antioksidant yang sangat tinggi. Ianya diperolehi daripada sumber laut seperti sockeye salmon, krill, algae, ikan trout merah, udang, ketam dan lobster.

Untuk kesihatan mata, struktur astaxanthin adalah sama seperti lutein dan zeaxanthin, iaitu 2 jenis antiaoksidant yang mana telah terbukti dapat mengurangkan risiko katarak mata.

Astaxanthin juga mempunyai antioksidant yang tinggi dan perlindungan daripada sinaran UV. Sebab itulah ianya dikatakan sebagai supplement terbaik dalam untuk kesihatan mata



Kalau ada yang ingin mencuba jangan segan-segan watsap je Ms J ye 016 444 2685.Saya akan pstikan anda mendapat konsultasi yang terbaik sebelum mengambil sesuatu produk.










Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...