Skip to main content

Posts

Sedapnya yong tau fu, tapi HARAM?

Assalamulaikum semua. Entry hari ini Jam nak bercerita berkaitan dengan status pemakanan halal atau haram. Tadi semasa memandu datang kerje sempat mendengar ceramah daripada ustaz di Kedah fm, ' apa yang kita makan  akan menjadi darah daging kita, so pilihlah makanan yang halal dan bersih di sisi Islam'. Adakah anda penggemar sushi, yong tau fu dan sebagainya? Jam pun suka juga, suami dan anak-anak pun suka, tapi tahukah kita kandungan bahan tersebut? Jom baca ni yang mana Jam ringkaskan daripada portal myhealth. Bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, jejari ketam, nuget ikan, kek ikan dan sebagainya dipanggil sebagai surimi. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemprosesan.  Makanan sebegini menjadi kegilaan anak-anak kita pada masa kini. Senang dimasak dan rasanya yang lazat. Tetapi tahukah kita disebalik itu surimi mengandungi bahan-bahan yang boleh meragukan? Antara ramuan surimi adalah :...

Tips-tips Menangani Stress

Tahukah anda makanan juga memainkan peranan penting di kala kita dalam keadaan tekanan. Sesetengah orang akan mempunyai selera makan yang tinggi semasa stress. Dan sesetengah orang juga langsung tidak mempunyai selera makan ketika stress. Itu juga adalah salah satu cara kita menangani stress. Pabila kita berada dalam keadaan stress, semua kerja tidak menjadi, kita akan menjadi moody dan cepat marah. Jadi bagaimana kita nak mengatasi masalah ini? Jom hari ini saya kongsikan tips-tips menangani stress melalui pemakanan dan gaya hidup sihat. Tabiat diet yang sihat Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam adalah perlu. Pemakana yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat Ambil diet seimbang Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan Kurangkan pengambilan Kafein Pengambilan kafein seperti kopi  dan teh disar...

Tips Supaya Anak Pandai Bercakap

Sejak bergalar ibu banyak yang Jam pelajari untuk memastikan anak-anak terus berkembang dengan sihat. Di kala kelapangan Jam akan mencari resepi makanan untuk anak-anak di google supaya mereka tidak jemu dengan masakan yang sama setiap hari. Hari ini Jam sempat membaca tips supaya anak anak pandai bercakap yang mana Jam petik daripada sumber portal myhealth.Antara tips nya adalah: Memastikan kontak mata semasa komunikasi Di saat anak-anak masih kecil. cara yang terbaik unutk mereka belajar adalah meniru perlakuan ibu bapa. Jadi dengan adanya kontak mata ketika bercakap akan memudahkan mereka meniru gerakan mulut dan perkataan yang digunakan oleh orang dewasa Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghasilkan kontak mata adalah bermain "Ba ba cak' (Peeka Boo!) , high 5, mrenyanyi dan sebagainya' Bercakap dengan suara berlagu Apabila kita bercakap dengan nada berlagu, anak-anak mudah memahami perkataan yang disebut. Mereka mendengar su...

Kesan Fibroid Terhadap Kehamilan

Assalamulaikum semua. Hari ini Jam ingin berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang pesakit yang mempunyai fibroid sebesar 12 cm. Sangat besar dan agak terkejut apabila bila disentuh di bahagian bawah abdomen, kita boleh merasa macam ada satu ketulan keras di dalam perut. Antara contoh specimen fibroid yang dihantar ke makmal untuk diuji. Di sini Jam kepilkan gambar ultrasound fibroid sebagai contoh. Ukuran saiz fibroid yang sebenar adalah 12 cm.  FIBR - Fibroid UT - Uterus (Rahim) BL - Bladder (Pundi kencing) Agak terkejut lagi bila diberitahu oleh pesakit beliau tidak mengalami sebarang kesakitan di bahagian bawah abdomen. Berbahayakah fibroid untuk kaum wanita? Sebelum itu marilah sama-sama kita mengetahui lebih lanjaut mengenai fibroid ini. Fibroid adalah tumor atau ketumbuhan tidak berkanser di dalam rahim seseorang wanita.  Kadang-kadang fibroid ini tidak mendatangkan masalah kepada pesakit. Yang menjadi masalah apabila saiz f...

vivix bantu legakan gout

Sering kita dengar penyakit gout dengan orang tua. Apa sebenarnya penyakit gout ini? Gout adalah sejenis penyakit arhtritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urid yang tinggi di dalam badan Asid urid ini terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan.Kebiasaannya purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan satu sebab peningkatanasid urid di dalam darah. Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi  purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout. Sekiranya anda salah seorang penderita penyakit gout maka apa yang harus anda buat adalah menjaga pemakanan anda.Makanan yang mengandungi tinggi kandungan purin haruslah dielakkkan. Mungkin jadual di bawah boleh membantu   corak pemakanan anda: Jadual di bawah menunjukkan sumber pur...

Jangan Guna Ais Jika Melecur

Bulan lepas Jam mendapat berita anak jiran sebelah rumah melecur terkena air panas. Terus lepas balik kerja terus singgah ke rumah jiran,  patutlah selalu dengar jugak anak orang sebelah rumah menangis malam-malam. Rupa-rupa nya sakit kene melecur. Melihatkan keadaan si adik yang terbaring tidur, rasa sedih dan kesian hadir dalam diri ini. Apa tidaknya sebelah daripada badan termasuk lengan sebelah kiri nya habis berbalut terkena air panas. Terdetik di dalam hati 'bertabah wahai si ibu,mungkin Tuhan ingin menduga akak'... Jadi hari ini tergerak hati ingin bercerita pasal melecur. Melecur boleh terjadi disebabkan oleh banyak perkara contohnya haba, bahan kimia, arus letrik,sinaran dan geseran. Melecur diklasifikasikan dalam nya luka dan luas nya bahadian kulit yang terlibat: Tahap pertama: Melecur pada kulit bahagian atas Tahap kedua: Melibatkan lapisan kulit atas dan kulit kedua Tahap ketiga : Melibatakan kesemua lapisan kulit dan saraf dan menyebabkan ...

Breast Lump Mengecil dari 50 sen kepada 5 sen

Pernah tak korang terfikir.. Kalau aku kehilangan tangan macam mana? Kalau aku tak boleh bercakap mana? Kalau aku ..... Kalau.... Pernah tak kita terfikir? Hari ini Jam berkesempatan berjumpa salah seorang yang mempunyai kanser payudara dan yang paling mengejutkan beliau telah kehilangan sebelah payudara.. Pertama pertama yang Jam fikir adalah bagaimana jika aku yang berada di tempat beliau? Oh tidak mampu untuk ku berkata apa-apa. Mungkin aku tidak seperti aku seperti sekarang. Berbalik kepada cerita Jam, tadi Jam ada pesakit yang telah menjalankan breast reconstruction. Sempat berborak-borak dengan beliau, yang mana beliau salah seorang penderita kanser payu dara. Payudara nya terpaksa dibuang kerana dikhuatiri cancer tersebut boleh merebak ke tempat lain. Oppss sebelum tu Jam nak bagitahu breast recostruction tu maksudnya setelah membuang payudara yang ada kanser, seterusnya payudara baru dibentuk semula untuk ditampal pada payu dara yang telah dibuang. ...