Skip to main content

Tips Supaya Anak Pandai Bercakap

Sejak bergalar ibu banyak yang Jam pelajari untuk memastikan anak-anak terus berkembang dengan sihat. Di kala kelapangan Jam akan mencari resepi makanan untuk anak-anak di google supaya mereka tidak jemu dengan masakan yang sama setiap hari.

Hari ini Jam sempat membaca tips supaya anak anak pandai bercakap yang mana Jam petik daripada sumber portal myhealth.Antara tips nya adalah:

Memastikan kontak mata semasa komunikasi





Di saat anak-anak masih kecil. cara yang terbaik unutk mereka belajar adalah meniru perlakuan ibu bapa. Jadi dengan adanya kontak mata ketika bercakap akan memudahkan mereka meniru gerakan mulut dan perkataan yang digunakan oleh orang dewasa

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk menghasilkan kontak mata adalah bermain "Ba ba cak' (Peeka Boo!) , high 5, mrenyanyi dan sebagainya'

Bercakap dengan suara berlagu



Apabila kita bercakap dengan nada berlagu, anak-anak mudah memahami perkataan yang disebut. Mereka mendengar suara yang berubah-ubah dari segi kekuatan, kenyaringan dan kepanjangan. Cara ini menggalakkan anak mendengar lebih lama.

Contohnya sewaktu memanggil nama anak, menukar lampin anak mahupun sewaktu menyuap kanm makanan anak

Bercakap tentang aktiviti seharian


Antara percakapan dalam aktiviti harian yang boleh dilakukan adalah sewaktu makan. Ibu bapa boleh menamakan makanan yang sedang di makan seperti 'Wah, adik makan nasi'. Selain itu ibu bapa boleh memberi komen tentang makanan tersebut seperti ' Emm sedapnya' atau 'Aww panas!' dengan bertanya anak sama ada dia mahukan makanan lagi sebelum menyuapnya seperti 'Anas, nak nasi lagi?' juga dapat mengembangkan bahasa mereka

Menggalakkan anak mengambil giliran dalam komunikasi




Mengambil giliran sewaktu bercakap adalah penting dalam komunikasi. Satu pihak bercakap manakla satu pihak lagi akan mendengar. Apabila anak-anak faham peraturan ini maka lebih mudah untuk mereka belajar bercakap dan memahami percakapan orang lain


Hasilkan peluang komunikasi


Contohnya, ibu bapa boleh sengaja bertanya anak sama ada anak mahukan barang tersebut atau tidak berbanding terus memberikan barang itu kepada anak.

'Hilmi nak tak susu ini?'. Selepas itu galakkan anak untuk menjawab pertanyaan tersebut sama ada denga suara seperti 'Ya' atau 'Nak' atau gerakan badan. Contoh gerakan badan adalah menghulurkan tangan atau anggukkan kepala. Apabila anak sering memberikan respon terhadap pertnayaan anda, lam kelamaan mereka sendiri akan memulakan komunikasi

Menggunakan ayat yang ringkas


Sewaktu bercakap dengan anak, ibu bapa perlu memastikan ayat yang digunakan sesuai dengan perkembangan bahasa anak sewaktu itu. Lazimnya pada permulaan ibu bapa digalakkan menggunakan ayat pendek iaitu ayat yang mengandungi 2 atau 3 patah perkataan. Contohnya 'Jom mandi' atau "Wafi nak mandi?'

Seterusnya ibu bapa boleh menggunakan ayat kompleks dan panjang setelah anak menunjukkan perkembangan bahahsanya. Adalah digalakkan bercakap meggunakan ayat berbanding menggunakan satu perkataan sahaja. Contohnya sewaktu membuka pintu ibu bapa digalakkan untuk cakap " Jom buka pintu" berbanding "buka pintu" sahaja


Wujudkan aktiviti berulang



Anak- anak dapat mengukuhkan bahasa dengan pendedahan kepada rangsangan secara berulang-ulang. Dengan mewujudkan beberapa aktiviti peluang untuk anak-anak pandai dan cepat bercakap adalah tinggi.

Sebagai contoh sekiranya anak berada pada tahap 1 patah perkataan untuk 1 ayat, maka buku perlu dibaca menggunakan 2 patah perkataan. Ini bertujuan membantu anak mengembangkan bahasa mereka. Ibu bapa perlu menggalakkan anak meniru apa yang di sebut.Dengan melakukan kativit menghasilkan bunyi atau perkataan ini setiap hari potensi anak untuk bercakap akan lebih terserlah

Galakkan Anak Berdikari Melakukan Tugasan Mudah


Keupayaaan bercakap bukan hanya didorong oleh rangsangan yang berterusan,  malah ia dipacu oleh motor kasar dan motor halus yang baik. Sehubungan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak berdikari dengan melakukan tugasan mudah seperti makan sendiri meggunakan tangan atau sudu dan memakai baju atau kasut sendiri. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang kukuh membantu meningkatkan keupayaan dan fungsi oral motor. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang kukuh membantu meningkatkan kaupayaan dan fungsi oral motor secara tidak langsung. Seterusnya fungsi oral motor yang cekap meningkatkan kejelsan pertuturan anak-anak.

Galakkan Aktiviti Fizikal dan Aktiviti Seni




Emosi negatif anak yang terpendam mempengaruhi perkembangan mereka terutamanya perkembangan bahasa. Kanak-kanak mempumyai kemahiran yang terhad untuk meluahkan perasaan dan keinginan mereka. mereka selalu menggunakan tangisan, rengekan atau amukan bagi meluahkan apa yang terpendam. Namun, tidak semua kaedah ini difahami oleh orang dewasa. Justeru bagi meredakan emosi negatif di dalam diri anak-anak ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak melakukan aktiviti fizikal dan aktiviti seni seperti bermain di taman permainan, melompat di atas trampolin, melukis, mewarna, membuat istana pasir dan sebagainya. Mengikut kajian aktiviti ini dapat membantu anak-anak meluahkan perasaan secara efektif.


Semoga info ini bermanfaat dan boleh diamalkan oleh ibu-ibu di luar sana untuk anak-anak anda kelak.








Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...