Skip to main content

Sedapnya yong tau fu, tapi HARAM?

Assalamulaikum semua. Entry hari ini Jam nak bercerita berkaitan dengan status pemakanan halal atau haram. Tadi semasa memandu datang kerje sempat mendengar ceramah daripada ustaz di Kedah fm, ' apa yang kita makan  akan menjadi darah daging kita, so pilihlah makanan yang halal dan bersih di sisi Islam'.

Adakah anda penggemar sushi, yong tau fu dan sebagainya? Jam pun suka juga, suami dan anak-anak pun suka, tapi tahukah kita kandungan bahan tersebut? Jom baca ni yang mana Jam ringkaskan daripada portal myhealth.





Bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, jejari ketam, nuget ikan, kek ikan dan sebagainya dipanggil sebagai surimi. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemprosesan. 

Makanan sebegini menjadi kegilaan anak-anak kita pada masa kini. Senang dimasak dan rasanya yang lazat. Tetapi tahukah kita disebalik itu surimi mengandungi bahan-bahan yang boleh meragukan?

Antara ramuan surimi adalah : 


  • isi ikan
  • kanji
  • garam
  • minyak sayur
  • protein soya
  • transglutaminase
  • protein whey
  • bahan berisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG)
Di sini Jam ingin berkingsi info mengenai transglutaminase. Apa itu transglutaminase? Transglutaminase adalah sejenis enzim yang boleh digunakan sebagi kondisioner makanan bagi produk surimi.

Ianya boleh didiperoleh daripada sumber seperti :
  • protein plasma babi (porcine plasma protein)
  • protein plasma lembu (bovine plasma protein)
Enzim ini dicampurkan ke dalam surimi berfungsi untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi daripada segi kemampuan membentuk gel-gel yang kuat.

Haa part ini yang tak OK.

Dalam islam adalah dilarang untuk menggunakan sebarang ramuan yang berkaitan dengan plasma protein darah. Merujuk Al- Quran darah diketegorikan sebagis najis, dan ianya haram digunakan sebagai makanan, walaupun dalam kuantiiti yang sedikit. 

Protein plasma tetap tidak boleh digunakan walaupun diambil daripada darah haiwan yang disembelih mengikut syarak


Jadi salah satu alternatif lain adalah dengan menggunakan protein whey.



  • Protein whey adalah campuran protein globular yang dipencilkan daripada bahan whey iaitu cecair yang terhasil sebagai produk sampingan daripada proses pengeluaran keju.
  • Fungsinya adalah lebih kurang sama dengan protein plasma yang mana boleh mengekalkan tekstur surimi
  • Proses pengeluaran whey selalunya menggunakan enzim untuk membeku atau mengasingkan susu daripada whey
  • Enzim ini selaulunya boleh didapati daripada sumber haiwan. Sumber haiwan adalah termasuk daripada babi dan lembu
  • Jika sumbernya daripada babi, sudah tentu penggunanya dilarang sama sekali bagi umat islam. Dan sekiranya sumber serbuk protein whey daripada lembu, status halanya masih perlu diteliti. 

Haaa nampak simple je kan, tapi kesan nya esok-esok pada anak cucu cicit kita di kemudian hari. Selepas ini Jam pun bertekad jugak sebelum membeli makanan sebegini perkara pertama kene buat adalah cek TANDA HALAL supaya kita yakin dengan apa yang kita makan. 

Semoga info ini memberi manfaat juga buat semua di luar sana. Jom ubah persepsi ketika membeli, jangan tengok murah dan sedap sahaja, harus juga tengok tanda halal.













Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...