Skip to main content

Kesan Fibroid Terhadap Kehamilan

Assalamulaikum semua.

Hari ini Jam ingin berkongsi pengalaman berjumpa dengan seorang pesakit yang mempunyai fibroid sebesar 12 cm. Sangat besar dan agak terkejut apabila bila disentuh di bahagian bawah abdomen, kita boleh merasa macam ada satu ketulan keras di dalam perut.


Antara contoh specimen fibroid yang dihantar ke makmal untuk diuji.


Di sini Jam kepilkan gambar ultrasound fibroid sebagai contoh. Ukuran saiz fibroid yang sebenar adalah 12 cm. 

FIBR - Fibroid
UT - Uterus (Rahim)
BL - Bladder (Pundi kencing)

Agak terkejut lagi bila diberitahu oleh pesakit beliau tidak mengalami sebarang kesakitan di bahagian bawah abdomen.

Berbahayakah fibroid untuk kaum wanita?


Sebelum itu marilah sama-sama kita mengetahui lebih lanjaut mengenai fibroid ini. Fibroid adalah tumor atau ketumbuhan tidak berkanser di dalam rahim seseorang wanita. 

Kadang-kadang fibroid ini tidak mendatangkan masalah kepada pesakit. Yang menjadi masalah apabila saiz fibroid menjadi lebih besar, kedatangan haid yang terlalu banyak dan menyakitkan, rasa sakit dibahagian pinggul, tidak tahu punca dari mana kesakitan samada rahim atau ovari. Maka apa yang perlu anda lakukan adalah segera berjumpa doktor pakar sakit puan.

Kesan fibroid pada wanita

Antara perubahan yang perlu dialami oleh kaum wanita yang mempunyai fibroid
  • Perubahan kitaran haid bulanan seperti lebih banyak pendarahan, lebih kerap datang bulan, sakit dan kejang semasa haid dan anemia (kekurangan darah)
  • Tekanan daripada fibroid contohnya sukar dan mungkin juga kerap membuang air kecil, sukar membuang air besar, sakit dibahagian dubur dan abdomen kejang
  • Rahim dan abdomen semakin buncit dan membesar
  • keguguran dan mungkin juga kemandulan

Bahaya fibroid pada Kehamilan

Antara ayat yang dipetik daripada Dr Shah Reza, bahawa fibroid akan membesar semasa mengandung, apatah lagi bila bertambahnya bekalan darah ke rahim

Tumbesaran yang cepat ini memberikan kesan tidak senang pada ibu, sakit mungkin berlaku, rasa membebankan pada abdomen
“Saiz fibroid akan akan cepat mengecil selepas kelahiran. Biasanya fibroid tidak akan dibuang sekiranya pesakit hamil, walaupun semasa pembedahan kelahiran
Fibroid meningkatkan risiko keguguran (kelahiran janin sebelum 20 minggu mengandung) kelahiran pramatang dan kelahiran songsang
Fibroid juga mungkin menghalang kelahiran normal dan jumlah pendarahan yang berlebihan semasa bersalin

Apa yang boleh Shaklee bantu?

Di sini Jam ingin kongsikan testimoni vivix pada pesakit yang mengalami fibroid. Alhamdulillah ramai yang telah mencuba dan mendapat hasil yang memuaskan. Jom baca testimoni daripada mereka.






Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...