Skip to main content

Posts

8 Makanan yang Perlu di Elakkan Semasa Mengandung

Entry kali ini Jam ingin bercerita mengenai makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung.. Haaa bakal ibu di luar sana mesti suka kan? Iye la apa yang kita makan nanti akan mempengaruhi anak-anak kita yang bakal lahir esok.. Jom lihat makanan apa yang perlu dielakkan semasa mengandung! Makanan mentah Suka makan sushi? Ooopsss berhenti seketika makan sushi dan sebagainya kerana dikhuatiri makanan separa masak ini boleh menyebabkan komplikasi seperti di bawah; Toxoplasmosis - Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayur-sayuran tidak dicuci sempurna.Makanan seperti ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius kepada bayi  Cirit-birit -  Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera. Jangkitan Cacing -  Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan c...

Tips Mudah Elakkan Gila Meroyan

Assalamualaikum dan selamat pagi... Hari ini saya ingin berkongsi satu tajuk yang berkaitan dengan penjagaan kaum wanita selepas bersalin.Moga-moga info ini menjadi panduan untuk kita semua. Salah satu dugaan bagi kaum wanita selepas bersalin adalah mengalami masalah ganggguan emosi yang mana boleh menyebabkan masalah psikologi atau mental. Dan salah satu jenis gangguan emosi yang selalu kita dengar adalah gila meroyan. Gila meroyan bermaksud gangguan perasaan atau jiwa yang serius.Biasanya masalah ini boleh berlaku samasa wanita tersebut berada dalam atau selepas pantang. Masalah ini di pandang serius kerana si ibu boleh mencederakan diri sendiri, bayi atau orang yang di sekelilingnya. Pada 10 tahun lepas satu kajian ke atas wanita hamil dan berpantang telah di lakukan di Kelantan. Hasil kajian yang dilakukan mendapati ibu-ibu yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang dapat mengurangkan risiko kemurungan. Ini kerana mereka berpeluang ...

Rahsia awet muda, so simple!

Sejak dah jadi ibu ni banyak sangat research mana nak bagi awet muda. Tak de la nampak tua daripada usia kan. Saya rasa pasal umur ni mungkin menajdi  issue bagi kaum wanita di luar sana, ialah kan wanita kan lembut, hatinya mudah tersentuh bila di puji atau di kritik. Ia dak? salah sorang nya tu saya lah..Memang terasa bila husband cakap nampak muka kusam, kulit kering blaaaaaaa.. Bila je nak keluar pergi makan ke, shopping ke mesti ada je yang kene complain nanti. Macam-macam lah baju tak maching la, tudung tak cantikla..Hmm sabar jela. At first tu memang terasa giler lahh, tapi bila fikir fikir balik I talked to myself why not I take it as a motivation?  But I still the same...hahaha Nak dijadikan cerita suatu hari saya ada seorang customer kat tempat keje. Bila tengok IC dah umur 40++ tapi tengok muka dia macam 20 an. Time tu banyak kali tanya dia betul ke u nie?U umur 40 ++? .. Bila da nampak saya blur , then barulah customer tu cerita kat saya... ...

7 Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Pantang

Assalamualaikum semua.. Hari ini saya ingin bercerita pasal berpantang lepas bersalin. Sebelum itu kenapa kita perlu berpantang ek? Orang tua-tua dulu selalu cakap kalau nak cantik kenela pantang makan itu ini. Hmmm iye yeke?Sebenarnya pantang ini bukan apa untuk membantu menyihatkan dalaman si ibu agar kekal sihat untuk terus menyusukan bayi. Ok jom tengok makanan apa yang di larang ketika berpantang : Buah-buahan yang sejuk dan berangin Buah-buahan ini kebanyakan nya daripada buah-buahan tempatan.Contohnya nenas, pear, duku, nangka, pisang, dokong, mangga,rambutan, jagung, tembakai. Hmmm banyak lagi la.. Sayuran yang Sejuk dan Berangin Labu, timun,terung,cili,bayam, kubis, kangkung,keladi, pucuk ubi, pucuk paku pakis, rebung dan kacang botol. Kekacang yang Sejuk dan Berangin Kacang soya, barli, kacang kuda, kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan taugeh Daging dan Ayam Ayam suntik, telur, organ dalaman dan daging lembu Ikan dan Makanan Lau...

Cantik itu subjektif, antara gemuk dan kurus yang mana lagi cantik?

Tahukah anda bahawa Malaysia di label sebagai negara orang gemuk? Ini kerana seramai 16.8 penduduk Malaysia mengalami obesiti.Obesiti adalah keadaan perubahan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Seseorang individu dikatakan obes apabila jisim badannya (BMI) melebihi pada bacaan normal  Mengapa masalah ini boleh terjadi? Antara faktor utama nya ialah pemakanan. Pemakan merupakan perkara rutin dalam kehidupan kita. Seharian bekerja dan perut yang lapar menyebabkan kita mengambil makanan mengikut selera kita dan tidak mengikut gizi pemakanan yang seimbang. Pengambilan makanan yang diambil berlebihan daripada tenaga yang digunakan seharian menyebabkan makanan tersebut akan di simpan dalam bentuk lemak di dalam badan. Lama kelamaan lemak tersebut berkumpul dan boleh menyebabkan obesiti yang boleh mendorong ke arah penyakit lain seperti penyakit jantung, strok, diabetis dan sebaginya. Jadi obe...

Good Bye Period Pain

Masa time study dulu-dulu takut sangat bila nak mai period. Tambah -tambah lagi masa nak dekat exam, bukan apa sebab sakit. Nanti tak boleh nak buat ulangkaji, nak baca buku. Kepala pening otak pun da xboleh fokus dah. Kadang-kadang tu prepare siap-siap ubat nanti tak de lah nak terkejut sangat. Haaa sapa pernah mengalami perkara sama macam Jam? Ramai kan? Malah yang lebih teruk dari tu pun ada. Sampai muntah-muntah dan pitam. Kalau ada kelas memang tak larat da nak masuk lecture. Period ni memang common untuk kaum wanita. Sesetengah orang datang period tidak mengalami apa-apa masalah, certain orang biasa-biasa sahaja dan ada jugak yang teruk sampai pengsan. Sampai begitu sekali. Period atau haid ini adalah fisiologi dalam badan yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan h...

Darah naik kecut perut sebab takut

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini. Definisi Jantung yang betugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup daan berehat. Tekana darah adalah dua bacaan contohnya 140 /75. Tekanan sistolik - bilangan yang lebih tinggi (140) Tekanan darah diastolik - bilangan yang lebih rendah (75) Kategori Tekanan Darah Tinggi Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg Optima < 120 And < 80 Normal < 130 < 85 High Normal 130 – 139 85 – 89 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 – 159 or 90 – 99 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2 160 – 179 or  100 – 109 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3 ? 180 ? 110 Faktor-Faktor 90 % penyebab utama tekan...