Skip to main content

Posts

MERAWAT ANAK ASMA DENGAN MINYAK IKAN OMEGA 3

Masa pertama kali mempunyai anak, takut sungguh jikalau anak terkena penyakit asma, padahal sejarah keluarga tiada pun yang mempunyai anak asma. Takut sebab tidak tahu nak merawat anak asma, yang tahu hanyalah bawa ke hospital dan merawat asma dengan nebulizer sahaja. Alhamdulillah Hadif dah besar, dah berumur 2 tahun 6 bulan sekarang. Dan alhamdulillah dijauhkan daripada segala penyakit termasuklah penyakit asma dan Ms J memang langsung tidak berpengalaman dengan merawat anak asma ini. Sebelum ni ada juga kengkawan yang bercerita mengenai anak asma ni,ada tu memang bergantung kepada nebulizer sebagai salah satu cara merawat asma.Timbul pula rasa simpati, mujur mak nya suri rumah sepenuh masa, tiadalah bergantung pada cuti sahaja untuk merawat anak asma ni. Merawat anak asma Apa itu Asma? Menurut portal kementerian kesihatan malaysia, asma atau lelah ni berkaitan penyakit paru paru, yang mana paru paru membengkak dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. ...

Merawat Kulit Kering dan Menggelupas

Assalamualaikum. Hari ini Ms J nak bercerita mengenai masalah kulit kering dan menggelupas.Masalah kulit kering dan menggelupas ini adalah masalah yang Ms J alami sendiri. Apabila basuh muka, rasa pedih sangat.Kalau sebelum ini ok sahaja. tiada pun masalah kulit kering dan menggelupas.Bukan itu sahaja, malah takde keyakinan apabila kulit kering dan menggelupas ni apabila hendak kenakan bedak atau mekap. Maka, banyak hari pergi kerja tanpa kenakan bedak di muka dek kerana kulit kering dan menggelupas.Lagi terasa apabila encik suami tegur muka kusam dan tidak berseri.Adudu sungguh menusuk kalbu Ms J! Maka, Ms J cuba bertanyakan kengkawan untuk merawat kulit kering dan menggelupas ini. Mereka mencadangkan untuk mencuba set skincare kulit kering daripada shaklee iaitu enfuselle. Ianya terdiri daripada hydrating cleansing lotion, hydrating toner dan hydrating moisturiser. Selepas banyak membaca mengenai ketiga tiga produk ni, rasa teruja nak mencuba.Sebab apa taw, s...

Jenis Uri Dibawah (Placenta Previa) Ketika Hamil Yang Ibu Patut Tahu

Minggu lepas ada pemeriksaan rutin dengan doktor.Hasil daripada pemeriksaan ultrasound doktor memberitahu uri  Ms J agak di bawah sedikit. Uri di bawah?Tetiba terpinga pinga.Sebabnya tak pernah tahu pasal uri di bawah ketika hamil ini.Macam macam persoalan datang.Bahaya kah uri di bawah ketika hamil?Nanti akan beri kesan pape tak? Tapi sebab banyak sangat berfikir waktu tu, tak sempat nak tanya doktor pasal uri di bawah ni.Last last Ms J tanya mr google, pada masa yang sama tanya juga kengkawan yang pernah mengalami uri di bawah ni. Sekarang baru tahu apa itu uri di bawah ketika hamil.Dan harini Ms J nak berkongsi dengan korang mengenai uri ke bawah ketika hamil. Pernah dengar placenta previa? Haa placenta previa nilah yang dimaksudkan dengan uri di bawah ketika hamil.Yang bezanya adalah bahasa sahaja.hehe. Placenta previa bermaksud plasenta first , yang mana uri berada di bawah ketika hamil.Secara amnya, placenta sepatutnya berada di atas atau di tengah, namun...

Rawat Slipped Disc Sebelum Terlambat!

Pernah dengar slipped disc? Selalu juga dengar orang kata kalau sakit belakang itu berkemungkinan berlaku slipped disc.Tapi tak tahu lah sejauh mana kesahihannya.Kena buat pemeiksaan lanjut baru tahu apa sebenarnya yang berlaku. Okla harini nak berkongsi mengenai slipped disc. Definisi Slipped Disc Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, seorang pakar ortopedik, slip disc ini merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve cord) tulang belakang pesakit. Rawat Slipped Disc Sebelum Terlambat Slip disc ini dalam bahasa perubatan di panggil sebagai prolapse intervertebral disc (PID) atau herniated nuclus pulposus (HNP) Kesakitan slipped disc ini dikatakan seperti sakit belakang yang menjalar ke bahagian lain, seperti punggung, paha dan betis. Malah buat mereka yang mengalami slipped disc yang kronik boleh menyebabkan mereka kehilangan kekuat...

Resepi Asam Pedas Simple Dan Mudah!

Tak tahu nak masak apa?Dah fikir dari semalam lagi menu hari ni, iaitu asam pedas ikan siakap.Lama tak pekena asam pedas, rasa dah lama sangat tak masak asam pedas. Okla alang alang dah cuti, pepagi lagi dah ke pasar mencari ikan siakap untuk masak asam pedas.Eh bukan ikan siakap je boleh masak asam pedas taw, banyak lagi ikan lain contohnya ikan parang, ikan tenggiri dan ikan pari. Ikut citarasa masing masing.Macam Ms J dah teringin sangat masak asam pedas ikan siakap.Maka hari ni kita ketak ketuk kat dapur la ye. Okla harini Ms J nak berkongsi resepi ikan siakap siakap masak asam pedas ni.Resepi asam pedas ni Ms J ambil dari mak kat kampung.Korang nak cuba bolehla. Resepi Ikan Siakap Masak Asam Pedas Ikan siakap 1 ekor Blender Bawang merah 2 biji Bawang putih 1 biji Cili kering 5 batang Halia Lengkuas Tomato Kunyit Serai 1 batang -diketuk Daun kesum Asam jawa Bahan asam pedas pun senang je bukan.Haa kan dah cakap asam pedas ni adalah masakan yang paling ...

Cara Sembuhkan Penyakit Gout

Pernah dengar penyakit gout? Penyakit gout ini sering kita lihat berlaku di kalangan orang tua, termasuk lah seorang ayah kepada kawan Ms J.Kata beliau ayahnya sudah lama mengidap penyakit gout ini, dan tanda pertama yang beliau perasaan adalah bengkak di sekitar sendi-sendi. Bila berjumpa doktor dan melakukan ujian darah, memang sah ayah beliau mempunyai penyakit gout. Penyakit Gout Di Sendi Tangan Penyakit gout ini adalah sejenis penyakit yang mana asid urik berlebihan di dalam tubuh. Asid urik ini adalah sejenis bahan kumuh yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin. Pada mereka yang normal, bahan kumuh ini akan dikeluarkan oleh badan melalui air kencing, namun bagi pesakit gout,asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ianya terkumpul di dalam sendi sendi. Dan dengan asbab itulah penyakit gout ini boleh berlaku. Tanda-tanda Penyakit Gout Kenali tanda anda penyakit gout ini. ➢Penyakit gout ini sering berlaku di ibu jari kaki ...

Tips Legakan Bengkak Susu

Assalamualaikum. Masih ingat lagi Ms J pada mula mula melahirkan Hadif, Ms J mengalami masalah bengkak susu yang amat teruk.Sakitnya bengkak susu ini sampaikan nak mengangkat kedua dua tangan pun tak boleh. Pada waktu itu, Ms J masih lagi buta ilmu, langsung tidak tahu mengenai masalah bengkak susu ini.Apatah lagi untuk mencari vitamin supaya bengkak susu ini reda.Apa yang Ms J buat adalah menahan sakit bengkak susu dan teruskan menyusu. Itulah MsJ.Kali ini buat anak yang kedua dah sediakan diri siap siap dengan ilmu keibuan dan penyusuan.Kalau boleh tak nak lagi masalah bengkak susu ini berulang.Jadi hari ini Ms J ingin berkongsi mengenai tips legakan bengkak susu pada wanita menyusu. Tips Mudah Legakan Bengkak Susu Sebelum itu, mari kita kenal dulu tanda tanda jika anda mengalami bengkak susu ini.Kenalpasti tanda ini.Jika anda memang mengalami tanda tanda seperti ini, memang sah anda mengalami bengkak susu! Tanda Bengkak Susu ⇛Sakit pada payudara ⇛Ben...