Skip to main content

Jenis Uri Dibawah (Placenta Previa) Ketika Hamil Yang Ibu Patut Tahu

Minggu lepas ada pemeriksaan rutin dengan doktor.Hasil daripada pemeriksaan ultrasound doktor memberitahu uri  Ms J agak di bawah sedikit.

Uri di bawah?Tetiba terpinga pinga.Sebabnya tak pernah tahu pasal uri di bawah ketika hamil ini.Macam macam persoalan datang.Bahaya kah uri di bawah ketika hamil?Nanti akan beri kesan pape tak?

Tapi sebab banyak sangat berfikir waktu tu, tak sempat nak tanya doktor pasal uri di bawah ni.Last last Ms J tanya mr google, pada masa yang sama tanya juga kengkawan yang pernah mengalami uri di bawah ni.

Sekarang baru tahu apa itu uri di bawah ketika hamil.Dan harini Ms J nak berkongsi dengan korang mengenai uri ke bawah ketika hamil.

Pernah dengar placenta previa? Haa placenta previa nilah yang dimaksudkan dengan uri di bawah ketika hamil.Yang bezanya adalah bahasa sahaja.hehe.

Placenta previa bermaksud plasenta first, yang mana uri berada di bawah ketika hamil.Secara amnya, placenta sepatutnya berada di atas atau di tengah, namun pada sesetengah keadaan placenta boleh berada di bawah, yang mana boleh menutupi saluran peranakan.

Jenis Uri Di Bawah


Namun tak semua uri di bawah ini bahaya taw.Sebabnya, masalah uri ke bawah ini boleh diklasifikasi kepada pelbagai jenis tahap.

Jenis Placenta Previa 


Placenta previa terbahagi kepada 4 tahap, iaitu :

Low lying placenta


Ini bermaksud keadaan dimana placenta berada rendah di bawah rahim.Namun, bagi tahap ini bayi masih boleh dilahirkan secara normal.

Marginal


Keadaan ini pula di mana placenta berada di bawah, tetapi laluan keluar bayi masih tidak terhalang.jadi ibu masih boleh melahirkan anak secara normal

Partial


Pada keadaan ini plasenta sudah menutupi sebahagian pembukaan servik, Jadi, bersalin secara pembedahan dilakukan sebagai langkah alternatif

Complete


Keadaan di mana laluan servik di tutupi sepenuhnya oleh placenta

Jenis uri di bawah (placenta previa)


Bila dah tahu pasal jenis placenta previa ni, baru rasa lega sedikit, sebabnya hari tu doktor hanya memberitahu uri ke bawah sedikit sahaja. 

Dan bulan depan akan di cek lagi sekali.Doktor juga ada memberitahu keadaan kehamilan Ms J pada waktu itu masih terlalu awal, dan peluang untuk placenta kembali ke atas itu adalah cerah.Jadi, tidak perlu untuk dirisaukan secara berlebihan.hehe

Dan menurut Prof Madya Dr Nik Hazlina Nik Hussain, seorang pakar Obstetrik dan Ginekology USM, masalah uri di bawah ketika di awal kehamilan bukanlah sesuatu yang abnormal. Ini kerana hampir 20 % uri memang berada di bawah pada pra kehamilan.

Namun, ketika kehamilan mencecah 28 minggu, uri akan berada di atas kerana keadaan rahim yang sedang membesar. Namun, jika ini tidak berlaku maka inilah yang dipanggil sebagai placenta previa.


Sebab Uri Di Bawah Ketika Hamil


Banyak sebab mengapa uri di bawah (placenta previa) ini boleh berlaku.Walaupun tiada kajian specific menyatakan punca utama uri di bawah ini, namun ada sesetengah golongan berpendapat bahawa uri di bawah di sebabkan oleh banyak faktor.Antaranya adalah:

⥀pernah melahirkan anak secara ceaserean
⥀pernah menjalani rawatan kesuburan untuk hamil
⥀mengandungkan bayi kembar
⥀usia lebih 35 tahun ketika hamil
⥀telah banyak kali bersalin
⥀pernah mengalami pembedahan pada rahim sebelum ini

Lepas daripada berjumpa doktor, Ms J terus ke cawangan shaklee di Seberang Jaya. Nak beli set vitamin untuk ibu hamil.Harapnya kandungan kali ini semua nya ok sahaja.

Doakan Ms J selamat bersalin nanti ye.Haa kalau ada yang order set vitamin untuk ibu hamil boleh roger terus Ms J 016 444 2685













Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...