Skip to main content

Posts

Cara Hilangkan Jerawat Pasir Dengan Mudah

Masalah jerawat bukan perkara asing lagi buat kita. Jerawat ni banyak jenis, ada yang jerawat batu dan ada juga jerawat pasir. Jerawat pasir pula jauh berbeza dengan jerawat batu.Ianya lebih kepada saiz yang halus-halus dan dalam kuantiti yang banyak. Jerawat pasir di bahagian muka Semestinya kita pening memikirkan cara hilangkan jerawat pasir ini sebab ianya terlalu banyak dan boleh menyebabkan kulit kita kasar dan tidak halus seperti mereka yang lain. Ramai yang cuba hilangkan jerawat pasir ini dengan mengutis jerawat tersebut. Malah Ms J juga salah seorang daripada mereka juga.huhu. Rasa geram tengok sebab jerawat pasir ini rasanya kasar, dan kalau pakai bedak sekalipun kita mesti rasa tidak puas hati bukan? Jadi bagaimana kita cara kita nak hilangkan jerawat pasir ini? Sebelum itu, mari kita selidik dulu kenapa berlakunya jerawat pasir ini? Jerawat pasir ini berlaku sebab adanya pengumpulan lemak yang bercampur kotoran di kulit. Ianya akan bertambah bur...

Jenis Makanan Tambah Darah Ketika Hamil

Masalah kurang darah ketika hamil boleh dikatakan sinonim dengan ibu hamil.Buat ibu yang pertama kali hamil mungkin agak terkial kial mengenai masalah ini. “Doktor cakap Hb saya rendah” “Doktor mengesahkan saya mengalami anemia” Jenis Makanan Tambah Darah Ketika Hamil Ini semua adalah berkaitan masalah kekurangan darah, iaitu sel darah merah (haemoglobin) yang rendah. Jadi salah satu yang kita boleh buat adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk memastikan paras haemoglobin sentiasa normal ketika hamil. Makanan Untuk Tambah Darah Ketika Hamil Di sini Ms J senaraikan antara jenis makanan yang boleh membantu tambahkan darah ketika hamil ye. 1.        Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi Zat besi ketika hamil adalah yang sering kita dengar. Antara zat besi yang kita sering ambil adalah ubat tambah darah iaitu iron tablet. Zat besi ini penting taw sebab ianya berperanan sebagai kilang haemoglob...

Vitamin Untuk Naikkan Hb Ketika Hamil

Ramai diantara kawan Ms J yang hamil apabila masuk trimester kedua, mempunyai masalah hb rendah. Apa lagi bila hb rendah setiap kali ke klinik rasa ngeri je.Dah tahu dah bakal dileteri oleh nurse nanti. Oleh itu ramai yang bertanyakan Ms J vitamin apa yang sesuai di ambil untuk tambah darah (hb) ini. Bukan kata sebab takut nurse akan marah, tapi fikirkan juga bahaya ibu hamil ini bila hb rendah. Antara risiko hb rendah adalah keguguran, kegagalan jantung,pitam, pendarahan semasa bersalin, kelahiran bayi pra matang dan sebagainya. Jadi pada pandangan Ms J hb rendah ini tidak harus di pandang rendah oleh para ibu hamil. Selain mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, ibu hamil juga boleh amalkan vitamin untuk tambah darah (Hb) ketika hamil. Ini antara vitamin shaklee yang selalu Ms J sarankan untuk ibu hamil yang mempunyai masalah hb rendah. Vitamin Untuk Naikkan Hb Ketika Hamil Ianya terdiri daripada 3 vitamin, iaitu B complex, vitalea dan vitamin C. ...

Hb Kembali Normal Setelah Dua Minggu Amalkan Ini!

Ini kisah Yaya, seorang pengguna setia shaklee sejak tahun 2011 lagi. Yaya disahkan mengandung selepas 5 bulan amalkan set subur dari shaklee. Antara set subur yang Yaya ambil adalah Gla complex, B complex, vitamin C, Alfalfa dan ESP. Tetapi malangnya setelah disahkan hamil, Yaya mula berhenti mengambil vitamin shaklee kerana khuatiri akan menjejaskan bayi di dalam kandungan. Oleh itu Yaya hanya mengambil vitamin yang dibekalkan oleh KKM sahaja tanpa mengambil mana mana vitamin untuk ibu hamil. Namun, itu hanya untuk beberapa bulan sahaja. Pada masa usia kandungan 4 bulan, Yaya disahkan mengidap "mild anemia", sejenis penyakit kurang darah. Pada waktu itu Hb Yaya jatuh mendadak daripada 14 kepada 9.93. Yaya pula kerap berasa letih dan tidak sedap badan pada waktu pagi. Akhirnya Yaya tekad untuk mencuba shaklee semula dengan mengambil vitamin untuk tambah darah. Setelah membuat pembacaan dan mencari info mengenai vitamin apa yang patut di ambil, Yaya tekad...

Bahaya Ke Sembelit?

Sembelit ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada semua orang. Malah Ms J juga tidak terkecuali untuk mendapat masalah sembelit ini. Masalah sembelit ini sering berlaku pada Ms J terutama sekali apabila mengambil produk tenusu dan kekurangan meminum air masak. Haa, nanti memang tidak tidak terlepas untuk mendapat masalah sembelit ini. Sembelit  Bahaya ke sembelit ini? Jika ini yang berlaku, ianya  adalah tidak berbahaya, kerana ianya disebabkan oleh gaya hidup kita. Sama juga pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, seperti pesakit gastritis. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat masalah sembelit kerana pengambilan ubat ántacid' yang mengandungi kalsium atau aluminium. Selain itu mereka yang mengidap anemia, iaitu penyakit kurang darah mereka juga berisiko untuk mendapat sembelit. Bahaya Hb rendah  ini taw. Salah satu alternatif adalah pesakit ini terpaksa mengambil pil zat besi untuk tambah darah, namun kesan di sebal...

Tips Mencegah Sembelit ketika Hamil

Rasanya rata-rata wanita hamil mengalami masalah sembelit ketika hamil ini.Sembelit ketika hamil ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada wanita hamil. Boleh dikatakan majoriti wanita hamil mengalami sembelit terutamanya ketika di akhir kehamilan. Sembelit pula boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis, ada yang sudah berhari-hari tidak membuang air besar sehingga berasa tidak selesa pada bahagian perut. Malah ada juga yang mengadu membuang najis yang keras, seperti batu sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan. Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil Menurut Dr Zubaidi, sembelit ini sebenarnya lebih merujuk kepada tahap kekerasan najis.Wanita hamil yang mengalami sembelit, mempunyai masalah sukar untuk mengeluarkan najis, sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan. Jika perkara ini kerap berlaku ianya boleh menyebabkan masalah buasir. Punca Sembelit Ketika Hamil Penghasilan Hormon Progesterone Banyak faktor yang menjerumuskan kepada m...

Makanan Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum semua dan rasanya belum terlambat untuk Ms J ucapkan selamat hari raya aidil adha. Kisah di hari raya, bersama ramai sanak saudara bermacam macam petua yang dapat.Antaranya adalah mengenai makanan untuk tambah susu ibu Cara tambah susu ibu ini amatlah mudah, semuanya bergantung pada kita.Dan aspek yang paling rapat sekali dengan kita adalah cara pemakanan kita. Ya, pemakanan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Makanan boleh merangsang dan menambah susu ibu. Oleh itu kita haruslah mememakan makanan yang boleh menambahkan lagi susu ibu (milkbooster) Di sini Ms J senaraikan antara makanan yang boleh menambahkan susu ibu.  1. Kurma Makanan Tambah Susu Ibu : Kurma Kurma adalah makanan sunnah yang paling popular di bulan ramadhan.Tapi tahukah kita bahawasanya kurma juga salah satu makanan yang sangat hebat, yang mana boleh menambahkan susu ibu. Ianya mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi.Maka ianya sangat baik di amalk...