Masalah kurang darah ketika hamil boleh dikatakan sinonim
dengan ibu hamil.Buat ibu yang pertama kali hamil mungkin agak terkial kial
mengenai masalah ini.
“Doktor cakap Hb saya rendah”“Doktor mengesahkan saya mengalami anemia”
Ini semua adalah berkaitan masalah kekurangan darah, iaitu
sel darah merah (haemoglobin) yang rendah. Jadi salah satu yang kita boleh buat
adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk memastikan
paras haemoglobin sentiasa normal ketika hamil.
Makanan Untuk Tambah Darah Ketika Hamil
Di sini Ms J senaraikan antara jenis makanan yang boleh
membantu tambahkan darah ketika hamil ye.
1. Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi
Zat besi ketika hamil adalah yang sering kita dengar. Antara
zat besi yang kita sering ambil adalah ubat tambah darah iaitu iron tablet.
Zat besi ini penting taw sebab ianya berperanan sebagai kilang
haemoglobin. Tubuh kita memerluakan zat besi untuk membuat haemoglobin.
Haemoglobin inilah yang akan mengangkut oksigen ke seluruh badan.
Jadi tanpa zat besi, tubuh kita tidak mampu untuk membuat
haemoglobin dengan mencukupi, maka akan ianya boleh menjejaskan kandungan kita
kelak.
Antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi adalah
seperti daging merah, hati dan kekacang.
2. Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin B-12
Vitamin B-12 ini sangat penting untuk pembentukan sel darah
merah. Kekurangan vitamin B-12 ini boleh menyebabkan terjadinya anemia.
Kesannya ibu hamil akan mudah berasa penat, kulit kelihatan
pucat, masalah saraf seperti kebas, masalah depressi dan sebagainya.
Vitamin B-12 ini tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan
kita. Jadi kita perlu mendapatkan melalui pemakanan berdasarkan sumber haiwan
seperti ikan, telur, daging dan sebagainya.
Selain daripada itu kita juga boleh dapatkan sumber vitamin
B-12 ini dengan mengambil vitamin tambahan seperti B- complex daripada Shaklee.
B- complex Shaklee ini mengandungi 8 vitamin yang diperlukan
oleh tubuh termasuklah B-12 ini.
3. Makanan Yang Kaya Dengan Asam Folat
Asam folat atau asid folik juga adalah perkara penting
ketika hamil. Asid folik ini juga dikenali sebagai B9, yang membantu
menghasilkan sel darah merah baru yang sihat.
Secara ringkasnya boleh dikatakan asid folik ini adalah
sebagai makanan sel untuk menghasilkan sel darah merah baharu yang sihat. Jadi ibu
hamil memang memerlukan asid folik ini untuk mengelakkan bayi di dalam
kandungan daripada berlakunya masalah seperti spina bifida.
Asid folik ini boleh didapati daripada sayuran hijau seperti
kangkong dan bayam, kacang kering, kacang polong dan lain-lain lagi.
Dan kalau nak tahu b complex daripada Shaklee juga adalah
salah satu sumber yang mengandungi asid folik taw!
Nak tahu vitamin apa untuk ibu hamil yang mempunyai hb rendah? Baca Vitamin untuk Naikkan Hb
Nak dapatkan sebarang vitamin shaklee hubungi Ms J 016 444 2685
Nak tahu vitamin apa untuk ibu hamil yang mempunyai hb rendah? Baca Vitamin untuk Naikkan Hb
Nak dapatkan sebarang vitamin shaklee hubungi Ms J 016 444 2685
ok baiklah, terima kasih
ReplyDelete