Skip to main content

Makanan Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum semua dan rasanya belum terlambat untuk Ms J ucapkan selamat hari raya aidil adha.

Kisah di hari raya, bersama ramai sanak saudara bermacam macam petua yang dapat.Antaranya adalah mengenai makanan untuk tambah susu ibu



Cara tambah susu ibu ini amatlah mudah, semuanya bergantung pada kita.Dan aspek yang paling rapat sekali dengan kita adalah cara pemakanan kita.

Ya, pemakanan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Makanan boleh merangsang dan menambah susu ibu. Oleh itu kita haruslah mememakan makanan yang boleh menambahkan lagi susu ibu (milkbooster)

Di sini Ms J senaraikan antara makanan yang boleh menambahkan susu ibu. 

1. Kurma
Makanan Tambah Susu Ibu : Kurma

Kurma adalah makanan sunnah yang paling popular di bulan ramadhan.Tapi tahukah kita bahawasanya kurma juga salah satu makanan yang sangat hebat, yang mana boleh menambahkan susu ibu.

Ianya mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi.Maka ianya sangat baik di amalkan oleh ibu menyusu.

Kurma ini boleh dibuat pelbagai resepi.Antaranya adalah seperti blend kurma untuk di buat jus. Dan antara pemakanan kurma yang paling mudah adalah dengan memakan begitu sahaja.

Ini pula resepi cadangan daripada Ms J untuk menambah susu ibu, iaitu dengan menggunakan kurma, chia seed dan ESP daripada shaklee.

Makanan Tambah Susu Ibu : Kurma + ESP + Chia seed


2. Habbatusauda / Jintan Hitam

Makanan Tambah Susu Ibu : Habbatusauda


Habbatusauda juga salah satu makanan tambah susu badan yang hebat. Ianya bukan sahaja terkenal sebagai jamu jamu di kedai jamu, malah ianya juga diklasifikasikan sebagai makanan penambah susu ibu.

Ianya sudah di gunakan sejak berkurun lamanya. Habbatusauda ini boleh direbus dan diminum airnya. Berapa kali sehari atau dalam seminggu, bergantung kepada kita.

Selain manfaat sebagai makanan tambah susu ibu, habbatusauda juga dikatakan boleh menguatkan antibodi dan mencegah penyakit ringan yang lain.

3. Halba

Makanan Tambah Susu Ibu : Halba


Halba ini sering Ms J gunakan dalam membuat nasi dagang. Tak sangka juga sebenarnya bahawasanya halba juga salah satu makanan yang boleh tambah susu ibu ibu.

Dan kalau nak tahu, halba juga digunakan pada zaman Rasulallah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

4. Lobak Putih

Makanan Tambah Susu Ibu : Lobak Putih


Kalau nak tahu Ms J dulu tak pernah kenal pun dengan lobak putih ini.Apatah lagi untuk ketahuinya yang juga bertindak sebagai makanan penambah susu badan.

Dikatakan lobak putih ini sangat bagus untuk menambah susu. Resepi yang paling mudah, iaitu dengan membuat sup lobak putih.Sangat ringkas tapi berkhasiat taw.

5. Alfalfa

Makanan Tambah Susu Ibu : Alfalfa


Alfalfa ini dikenali sebagai raja segala tumbuhan dan sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu menyusu kerana ianya juga salah satu makanan untuk menambah susu ibu.

Selain bertindak sebagai makanan penambah susu ibu, alfalfa juga sangat bagus digunakan untuk masalah berkaitan pelawasaan.

Malah Ms J juga pengguna setia dengan alfalfa daripada shaklee, untuk mengurangkan masalah angin dan badan lemau.

Lima makanan ini adalah antara makanan yang boleh menggalakkan susu ibu (milkbooster). Di luar sana masih terdapat banyak lagi petua atau makanan yang boleh diklasifikasikan sebagai milkbooster.

Harapnya ibu menyusu yang mengalami masalah susu kurang, bolehlah cuba amalkan pemakanan yang boleh menambah susu ibu seperti yang Ms J cadangkan seperti di atas.

Jikalau ada yang berminat untuk mencuba set milkbooster daripada shaklee boleh lah hubungi Ms J di 016 444 2685

Selamat Breastfeeding!


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...