Skip to main content

Tips Mencegah Sembelit ketika Hamil

Rasanya rata-rata wanita hamil mengalami masalah sembelit ketika hamil ini.Sembelit ketika hamil ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada wanita hamil.

Boleh dikatakan majoriti wanita hamil mengalami sembelit terutamanya ketika di akhir kehamilan. Sembelit pula boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis, ada yang sudah berhari-hari tidak membuang air besar sehingga berasa tidak selesa pada bahagian perut.

Malah ada juga yang mengadu membuang najis yang keras, seperti batu sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan.

Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil

Menurut Dr Zubaidi, sembelit ini sebenarnya lebih merujuk kepada tahap kekerasan najis.Wanita hamil yang mengalami sembelit, mempunyai masalah sukar untuk mengeluarkan najis, sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan.

Jika perkara ini kerap berlaku ianya boleh menyebabkan masalah buasir.

Punca Sembelit Ketika Hamil


Penghasilan Hormon Progesterone


Banyak faktor yang menjerumuskan kepada masalah sembelit ketika hamil ini. Antaranya adalah dengan penghasilan hormon progesteron yang banyak ketika hamil.

Hormon ini boleh menyebabkan pemprosesan makanan oleh usus menjadi perlahan. Ketika hamil juga rahim akan makin membesar. Ini boleh menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga hilang pergerakan najis ke usus besar dan rektum.

Dehidrasi


Selain daripada itu, masalah dehidrasi yang sering berlaku pada wanita hamil juga boleh menjurus kepada sembelit. Oleh itu mereka perlu meminum air masak yang secukupnya untuk mencegah sembelit ketika hamil.


Pengambilan Pil Supplement Yang Kaya Dengan Zat Besi


Manakala, pengambilan pil supplement yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit ketika hamil. Pengambilan pil supplement zat besi boleh menyebabkan najis menjadi keras dan akhirnya mengundang masalah sembelit.

Oleh itu, dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu jika anda hamil dan ingin mengambil pil supplement ini.

Pemakanan Yang Kurang Fiber


Selain daripada itu, faktor seperti stress dan pemakanan yang kurang fiber juga boleh menyebabkan sembelit ketika hamil.Jadi, pastikan ibu hamil dalam keadaan yang tenang, tidak stress dan mengamalkan pemakanan yang sihat.

Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil



Bila kita dah tahu punca berlakunya sembelit ini, maka senanglah untuk kita mencegahnya. Ini adalah antara tips yang boleh kita amalkan untuk mengelakkan sembelit ketika hamil.

Pengambilan Makanan yang Kaya Dengan Serat

Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil: Memakan makanan Kaya Dengan Serat

Pastikan dalam diet seharian wanita hamil perlu ada makanan yang kaya dengan serat. Antara makanan yang kaya dengan serat adalah seperti cereal, beras perang, kekacang dan buah buahan.

Minum air yang Secukupnya


Air adalah komponent penting dalam badan kita.Walupun kita tidak mengandung sekalipun ,memang kita perlukan meminum air yang cukup. Buat ibu hamil, anda di galakkan untuk minum air dengan cukup bukan sahaja dapat mengelakkan masalah sembelit ketika hamil, malah mengurangkan masalah loya di awal kehamilan.

Melakukan Senaman Ringan


Ramai yang beranggapan apabila hamil, tidak boleh melakukan senaman. Boleh sebenarnya, asalkan ianya senaman yang ringan dan bukannya yang berat yang boleh menjejaskan kandungan.

Antara senaman ringan yang boleh ibu hamil lakukan untuk mengelakkan sembelit ketika hamil ini adalah seperti berjalan, menunggang basikal (stationary bike)

Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil : Berjalan

Jika sembelit ketika hamil ini disebabkan oleh pengambilan pil supplement yang kaya dengan zat besi, maka berbincanglah dengan doktor anda.

Supplement Membantu Masalah Sembelit Ketika Hamil

Supplement juga boleh membantu masalah sembelit ketika hamil.Antara supplement sembelit ketika hamil adalah seperti osteomatrik dan omega guard daripada shaklee.


Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil : Osteomatrik 

Pemilihan supplement kalsium mestilah mempunyai unsur magnesium seperti mana yang terdapat di dalam osteomatrik shaklee. Ini kerana magnesium boleh membantu melegakan otot usus dan mewujudkan pergerakan yang lebih lancar.

Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil : Omega Guard


Manakala omega guard pula bersifat anti radang, yang mana boleh membantu menyembuhkan luka di kawasan terjejas ketika sembelit.

Dapatkan kedua-dua supplement ini daripada pengedar shaklee yang berdekatan anda!

Jika ingin membuat belian daripada Ms J, terus hubungi Ms J 016 444 2685

Mempunyai masalah bengkak susu? Baca ini ⏩⏩Merawat Payudara Bengkak Susu




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...