Skip to main content

Posts

Bahaya Ke Sembelit?

Sembelit ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada semua orang. Malah Ms J juga tidak terkecuali untuk mendapat masalah sembelit ini. Masalah sembelit ini sering berlaku pada Ms J terutama sekali apabila mengambil produk tenusu dan kekurangan meminum air masak. Haa, nanti memang tidak tidak terlepas untuk mendapat masalah sembelit ini. Sembelit  Bahaya ke sembelit ini? Jika ini yang berlaku, ianya  adalah tidak berbahaya, kerana ianya disebabkan oleh gaya hidup kita. Sama juga pada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain, seperti pesakit gastritis. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat masalah sembelit kerana pengambilan ubat ántacid' yang mengandungi kalsium atau aluminium. Selain itu mereka yang mengidap anemia, iaitu penyakit kurang darah mereka juga berisiko untuk mendapat sembelit. Bahaya Hb rendah  ini taw. Salah satu alternatif adalah pesakit ini terpaksa mengambil pil zat besi untuk tambah darah, namun kesan di sebal...

Tips Mencegah Sembelit ketika Hamil

Rasanya rata-rata wanita hamil mengalami masalah sembelit ketika hamil ini.Sembelit ketika hamil ini adalah perkara biasa yang sering berlaku pada wanita hamil. Boleh dikatakan majoriti wanita hamil mengalami sembelit terutamanya ketika di akhir kehamilan. Sembelit pula boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis, ada yang sudah berhari-hari tidak membuang air besar sehingga berasa tidak selesa pada bahagian perut. Malah ada juga yang mengadu membuang najis yang keras, seperti batu sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan. Tips Mencegah Sembelit Ketika Hamil Menurut Dr Zubaidi, sembelit ini sebenarnya lebih merujuk kepada tahap kekerasan najis.Wanita hamil yang mengalami sembelit, mempunyai masalah sukar untuk mengeluarkan najis, sehingga menyebabkan kesakitan dan berlaku pendarahan. Jika perkara ini kerap berlaku ianya boleh menyebabkan masalah buasir. Punca Sembelit Ketika Hamil Penghasilan Hormon Progesterone Banyak faktor yang menjerumuskan kepada m...

Makanan Tambah Susu Ibu

Assalamualaikum semua dan rasanya belum terlambat untuk Ms J ucapkan selamat hari raya aidil adha. Kisah di hari raya, bersama ramai sanak saudara bermacam macam petua yang dapat.Antaranya adalah mengenai makanan untuk tambah susu ibu Cara tambah susu ibu ini amatlah mudah, semuanya bergantung pada kita.Dan aspek yang paling rapat sekali dengan kita adalah cara pemakanan kita. Ya, pemakanan juga mempengaruhi penghasilan susu ibu. Makanan boleh merangsang dan menambah susu ibu. Oleh itu kita haruslah mememakan makanan yang boleh menambahkan lagi susu ibu (milkbooster) Di sini Ms J senaraikan antara makanan yang boleh menambahkan susu ibu.  1. Kurma Makanan Tambah Susu Ibu : Kurma Kurma adalah makanan sunnah yang paling popular di bulan ramadhan.Tapi tahukah kita bahawasanya kurma juga salah satu makanan yang sangat hebat, yang mana boleh menambahkan susu ibu. Ianya mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi.Maka ianya sangat baik di amalk...

Bahaya Hb Rendah

Pekara utama yang perlu di jaga ketika hamil adalah mengenai hemoglobin. Hemoglobin atau juga dikenali sebagai HB adalah salah satu pigment protein di dalam sel darah merah. Ianya berfungsi untuk mengangkut semua oksigen ke seluruh anggota badan. Tanpa hemoglobin badan kita tidak mampu untuk mendapat oksigen yang secukupnya. Oksigen ni sangat penting untuk semua organ bekerja.Tanpa oksigen organ badan kita boleh berhenti bekerja dan akhirnya boleh menyebabkan kematian. Bahaya Hb rendah; Hb berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh badan Namun, setiap orang mempunyai nilai hemoglobin yang berbeza-beza mengikut usia dan jantina.Ini adalah antara nilai ukuran hemoglobin mengikut gender: Bayi baru lahir – 17- 22 gm Anak anak – 11-13 gm Dewasa – 14- 18 gm Wanita – 12-16 gm Lelaki berusia – 12, 4-14, 9 gm Wanita berusia – 11, 7-13, 8 gm Jika kita mempunyai nilai hemoglobin yang kurang daripada nilai di atas, ia...

Promosi Shaklee Bulan September 2017

Dalam kesibukan berhari raya aidil adha, Ms J sempat lagi bercoaching bisnes, mengenai promosi shaklee bulan september ini. Promosi shaklee bulan September ini agak menarik, sebab ianya sangat kena dengan kaum wanita. Nak tahu promosi shaklee apa?haaa set kecantikan shaklee. Promosi Shaklee September : Set Kecantikan Shaklee Set kecantikan shaklee ini terdiri daripada 4 vitamin, iaitu Energising Soy Protein (ESP), Vitamin C , Gla Complex dan Kolagen Shaklee. Rugi tak ambil peluang ni. Promosi shaklee ini bukan selalu ada taw, time promosi macam inilah ramai yang mabil peluang sebab sangat jimat. Selain daripada itu, promosi shaklee bulan ni dengan setiap pembelian 1 set kecantikan ini kita boleh dapat voucher RM 60. Yeayy banyak tu dan sungguh jimat! Promosi Shaklee September : Harga ini hanyalah untuk ahli sahaja Apalagi jomla korang grab promosi shaklee bulan september ini. Berbaloi-baloi!

Awas Tanda Awal Kanser Payudara Pada Wanita

Beberapa hari lepas, Ms J ada berjumpa lagi dengan pesakit kanser payu dara.Baru teringat, hari itu saja beliau ada datang untuk buat pemeriksaan, dan sekarang datang lagi.Kalau tak silap baru dua bulan lepas. Sambil sambil tu Ms J sempat berborak dengan beliau.Katanya beliau sangat risau ketulan di sebelah kanan payu daranya semakin membesar. Katanya appoinment untuk beliau di hospital kerajaan lambat lagi. Okla, memandangkan beliau agak risau, stress, Ms J cuba alih topik lain. Cuba bertanyakan kisah hidup beliau. Beliau merupakan seorang cikgu pencen yang tetiba di diagnos dengan kanser payu dara. Katanya 12 tahun dahulu langsung tiada tanda tanda yang beliau mengidap kanser ini.Kanser ini dapat di kesan apabila beliau membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Dan pada katika beliau di kesan dengan kanser payudara ini, beliau terus membuat pembedahan membuang kanser tersebut. Tetapi malang sekali kanser payudara masih lagi ada. Kali ini di sebelah kanan pul...

Sebab Utama Susu Ibu Cair Yang Ibu Harus Ketahui!

Masih teringat lagi masa menyusu anak dua tahun lepas,rasa susu ibu kurang dan susu cair, terus ambil langkah alternatif lain dengan memberi si kecil susu formula tanpa mengetahui sebab susu ibu cair. Dan sekarang alhamdulillah sudah mempunyai ilmu serba sedikit mengenai susu ibu termasuklah punca susu ibu cair. Sebenarnya susu ibu ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu susu foremilk dan susu hindmilk. Susu foremilk ada susu yang keluar pada awal menyusu.Susu ini agak cair berbanding berbanding susu hindmilk. Susu hindmilk pula adalah susu yang keluar pada akhir penyusuan.Susu ini lebih pekat berbanding susu foremilk. Sebab Susu Ibu Cair : Susu foremilk dan susu hindmilk Kedua dua jenis susu ini memainkan peranan tersendiri buat si bayi.Walaupun susu foremilk ini lebih cair dan dikatakan kurang berkualiti, sebenarnya susu ini kaya dengan protein yang mengandungi banyak sel imuniti. Sel imuniti inilah yang membantu sistem daya pertahanan bayi di aw...