Skip to main content

Awas Tanda Awal Kanser Payudara Pada Wanita

Beberapa hari lepas, Ms J ada berjumpa lagi dengan pesakit kanser payu dara.Baru teringat, hari itu saja beliau ada datang untuk buat pemeriksaan, dan sekarang datang lagi.Kalau tak silap baru dua bulan lepas.

Sambil sambil tu Ms J sempat berborak dengan beliau.Katanya beliau sangat risau ketulan di sebelah kanan payu daranya semakin membesar. Katanya appoinment untuk beliau di hospital kerajaan lambat lagi.

Okla, memandangkan beliau agak risau, stress, Ms J cuba alih topik lain. Cuba bertanyakan kisah hidup beliau. Beliau merupakan seorang cikgu pencen yang tetiba di diagnos dengan kanser payu dara.


Katanya 12 tahun dahulu langsung tiada tanda tanda yang beliau mengidap kanser ini.Kanser ini dapat di kesan apabila beliau membuat pemeriksaan kesihatan setiap tahun.

Dan pada katika beliau di kesan dengan kanser payudara ini, beliau terus membuat pembedahan membuang kanser tersebut. Tetapi malang sekali kanser payudara masih lagi ada.

Kali ini di sebelah kanan pula.Manakala payudara beliau mula nampak mengecut.Melihat riak wajah beliau, Ms J tahu beliau amat risau sekali.

Tanda Awal Kanser Payu Dara


Ini adalah antara tanda tanda lain kanser payudara :

Terdapat ketulan di sekitar payudara


Ketulan ini boleh berlaku pada semua wanita, tetapi semua ketulan tak semestinya di klasifikasikan sebagai kanser.

Biasanya ketulan yang bersifat kanser ini mempunyai ketulan yang keras, tidak bergerak bila di sentuh, hanya sebelah saja ketulan, payudara kelihatan mengecut dan terdapat juga lelehan cecair yang keluar daripada puting.


Keluar Cecair Daripada Puting


Awas jika ini yang berlaku pada anda secara tetiba. Ini juga salah satu tanda kanser payu dara.Cecair ini boleh jadi cecair yang jernih dan cecair yang mempunyai darah atau nanah

Sakit Di Payu Dara Yang Tidak Hilang


Biasanya bagi wanita yang hendak datang bulan, atau wanita menyusu ada rasa sakit pada payu dara bukan?Tetapi sakit ini akan hilang dan ianya tidak berkekalan.

Namun, jika anda mengalami kesakitan pada payudara berterusan dapatkan nasihat daripada doktor dengan segera!

Puting Masuk Ke Bahagian Dalam


Puting yang normal biasanya akan menonjol keluar.Tetapi ada juga sesetengah wanita yang mengalami puting masuk ke bahagian dalam dan ianya adalah normal.

Namun jika anda mengalami masalah puting masuk ke bahagian dalam beserta dengan symptom symptom yang lain cepat cepat dapat kan nasihat daripada doktor ye.

Gambar sebelah kiri menunjukkan puting masuk ke dalam tapi bukan kanser, gambar tengah dan sebelah kanan ini menunjukkan ciri ciri kanser payudara

Kerutan Di sekitar Payu Dara


Biasanya semakin berumur seseorang semakin banyak lah kedutan pada payu dara.Tetapi jika anda masih lagi muda mana mungkin kedutan ini akan ada.

Biasanya kedutan ini berwarna sedikit kehitaman dan mempunyai permukaan yang amat kasar.Jika ini yang berlaku pada anda nasihat Ms J segera berjumpa doktor!


Secara konklusinya jika anda mengalami salah satu dariapda tanda berikut segera dapatkan nasihat doktor.

Masih belum terlambat untuk kita merawat kanser payudara jika ianya di kesan pada peringkat awal. Malah Ms J galakkan semua kaum wanita ini mengalamalkan pemakanan yang bersifat anti oksidan yang tinggi seperti buah-buahan dan sayuran.

Selain daripada itu kita juga boleh mengamalkan pemakanan tambahan seperti vivix, yang mana sangat kaya dengan agen antioksida.

Ini salah satu daripada pesakit kanser payudara yang telah menjalani pembedahan membuang payudara.Setelah dua tahun mengamalkan vivix, beliau disahkan bebas daripada kanser.

Jika anda ingin membuat sebarang belian vivix hubungi Ms J segera.

MS J 016 444 2685







Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak seb...

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...