Skip to main content

Pengalaman Bersalin Secara Induce, Rupanya Indah Khabar Dari Rupa

Alhmdulillah,harini dah genap sebulan baby mama.Haha buat yang masih belum tahu,8/10/19 lepas,Ms J dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.6 kg.Ini adalah anak yang ketiga.Nama diberi Muhammad Yanidz Zafran bin Muhammad Asyraf.



Dan kalau ada yang belum tahu, Ms J ini adalah mom kepada 3 anak lelaki.Woww,rasa tak percaya pun ada ni.Tup tup dah tiga orang anak.

Okla,kali ini Ms J nak berkongsi mengenai kelahiran si comel baby ni.Kali ini Ms J melahirkan beliau secara induce.Atau nak lebih senang secara paksa.

Alkisahnya,kandungan Ms J kali ini dah overdue 5 hari.Dan akhirnya Ms J terpaksa serah diri dan di induce. Sepanjang kehamilan kali ini,memang takde tanda tanda nak bersalin. Kalau anak pertama dulu pecah air ketuban, anak kedua keluar darah.

Redha jela pagi tu pergi serah diri.Bila doktor cek bukaan jalan, baru 1 cm katanya.Terus doktor masukkan ubat dari bawah.Tunggu jela Ms J kat wad sensorang sebab suami keje waktu tu.Dok dalam wad,dok tengok tv sambil dok doa juga moga dipermudahkan.

Dalam pukul 1 tengahari tu,dah rasa sakit,tapi sakit yang biasa biasa saja.Dok risau juga dalam hati tak sakit yang betul betul kuat, nanti tak pasal pasal kena ceaser kan.Sebabnya dalam pukul 3 kejap lagi doktor nak datang cek bukaan.


Daripada dok fikir bila jalan nak buka,Ms J ambil keputusan untuk baring dan tido
haha boleh pulak gitu.Makin lama sakit tu makin kerap,tapi Ms J rasa masih boleh tahan lagi.Pukul 4 tepat doktor datang cek bukaan,dah 6 cm.Terus kena tolak ke labour room.Waktu tu sakit boleh tahan lagi.

Bila dah sampai je labour room,rasa macam ada benda nak keluar.Terus bagitahu nurse,rupanya bukaan dah 8 cm.Apalagi dorang pon kalut la,sebab semua tak prepare lagi.Doktor pon tak datang lagi.Last last dorang suh teran je sambil nak tunggu doktor datang.

Alhamdulillah,dalam 10 minit macam tu,keluarlah baby Ms J yang ketiga dengan jayanya.Bersalin kali ini amat mudah bagi Ms J.Iyalah dok labour tak sampai setengah jam,dah bersalin.Alhamdulillah dipermudahkan.

Sebenarnya,sebelum bersalin tu takut juga dengan induce.Ramai yang cakap sakit sangat.Tapi apa yang Ms J rasakan tak dela sakit sangat.Mungkin setiap orang berbeza.Jadi,buat ibu ibu yang bakal bersalin secara induce, jangan risau dan percayalah kita boleh!

Next entry,Ms J akan ceritakan pula bab menyusu.Stay tune ok!


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...