Skip to main content

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian. 

Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek. 

 Kepentingan Protein Soya 

1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot 

Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot 

Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan


2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat

Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong 
  • Struktur tulang yang lebih baik di samping meningkatkan proses metabolisme tulang 
  • Soya mengandungi kalsium semulajadi yang penting untuk tulang yang kuat dan sihat

3) Menggalakkan Kitaran Haid Yang Sihat untuk Wanita

Fitoestrogen atau estrogen tumbuhan semulajadi yang terkandung dalam soya turut terkandung dalam kebanyakkan makanan kita. 

Ia membantu menyokong kitaran haid yang sihat dengan mengawal atur paras estrogen,menggalakkan keadan hormon yang lebih sihat dan mengurangkan gejala sindrom prahaid.

4) Mempercepatkan Pemulihan Dan Pembaharuan Sel

Protein adalah satu nutrien penting untuk tubuh badab kita memperbaharui dan menghasilkan semula sel. Ia membantu
  • Memperbaiki tisu yang rosak
  • Menyokong antibodi untuk melawan jangkitan dan menghasilkan kolagen bagi mempercepatkan pemulihan luka

5) Memberikan Tenaga Berpanjangan
  • Meningkatkan kestabilan tahap glukosa darah untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.
  • Memberikan kesan rasa kenyang yang lebih lama untuk penurunan berat badab dan kesihatan jangka panjang
  • Pengambilan protein soya secara berterusan di dapati dapat meningkatkan tahap stamina
Harap perkongsian Ms J kali in dapat memberi info dan manfaat pada kita semua..


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...