Skip to main content

4 FasaTulang Patah Kembali Sembuh

Tulang patah ini boleh sembuh,jangan risau. Cumanya ia akan ambil masa, samaada lambat atau cepat sahaja. Lambat atau cepat bergantung pada beberapa faktor, selanjutnya boleh klik >>> sebab tulang patah lambat sembuh

Unik kan tulang kita ini? Dah patah pun boleh bercantum balik, cumanya bercantum kepada normal atau hampir normal. Subhanaallah!Hebatnya ciptaan Tuhan.

Kalau korang tertanya tanya bagaimana tulang patah ini boleh bercantum balik? Haa, jawabnya tulang patah ini mengalami beberapa fasa untuk sembuh seperti sedia kala.

Fasa Tulang Patah Kembali Sembuh

1. Inflamasi dan Pembekuan Darah

  • Fasa ini biasanya berlaku dalam masa 72 jam pertama
  • Bila adanya tulang patah, maka akan ada inflamasi dan pembekuan darah akan terjadi

2.Pembentukan Tulang Lembut

  • Pembentukan tulang lembut ini biasanya terjadi pada hari kedua ke dua minggu terjadi tulang patah
  • Fasa ini terjadi setelah proses pembekuan darah digantikan dengan tisu berserat ( fibrous tissues) dan tisu rawan yang juga dikenali sebagai kalus lembut (soft callus)

3.Pembentukan Tulang Keras

  • Bila pembentukan tulang lembut dah selesai, maka timbul pula pembentukan tulang keras.
  • Pembentukan tulang keras ini terjadi pada minggu ke 2 hingga 6

4.Union

  • Fasa ini adalah fasa penyembuhan sepenuhnya. Ianya mengambil masa dalam 3-6 bulan.
Jika anda mengalami masalah tulang patah, harapnya bersabar dengan ujian yang menimpa, Semoga anda semoga cepat sembuh daripada tulang patah, dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa!

Nak dapatkan vitamin untuk tulang patah? Hubungi Ms J dengan segera ye>>> MS J 016 444 2685

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...