Skip to main content

5 Sebab Tulang Patah Lambat Sembuh!

Tulang patah ini boleh sembuh seperti sedikala. Cumanya ambil masa, sebab tulang yang telah patah ini tak mungkin boleh bercantum dalam sehari dua.


Ya, cukup mustahil kan tulang patah ni boleh kembali normal dalam sehari dua. Biasanya berbulan bulan jugalah barulah tulang patah beransur bercantum.

Biasa la tu. Kalau kita perasan pun kan, kalau ada berlakunya tulang patah pun, doktor akan pakaikan simen yang membaluti kawasan tulang patah tersebut.

Terdapat pelbagai punca dan sebab tulang patah ni lambat sembuh. Tapi hari ini Ms J hanya nak sentuh mengenai sebab tulang patah lambat sembuh secara umum sahaja.

Apa sebabnya tu??


Sebab Tulang Patah Lambat Sembuh

Umur

Percaya atau tak, umur mempengaruhi lambat atau cepat tulang patah itu kembali sembuh.Semakin bertambah usia seseorang, semakin lambat tulang patah sembuh.Sebagai contoh, kanak kanak alami tulang patah lebih cepat sembuh berbanding dengan orang dewasa.

Jenis Patah Dan Lokasi Tulang Patah

Tulang patah boleh berlaku di mana mana bahagian tulang. Contoh tempat yang boleh berlaku tulang patah ini adalah tulang tangan (upper limb), tulang kaki ( lower limb), tulang belakang (spine) , tulang pinggul (pelvis), tulang selangka ( clavicle dan scapula), tulang rusuk ( ribs dan sternum) dan tengkorak.

Kesemua tulang ini mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk sembuh, bergantung kepada lokasi dan juga jenis patah yang di alami.


Sebagai contoh, orang dewasa yang mengalami patah tulang yang bersifat berputar dan berserpihan ( spiral , comminuted fracture ) akan mengambil masa sehingga 8 minggu untuk tulang baru ( callus ) timbul dan masa 12 minggu bagi memastikan tulang betul betul sembuh.

Tapi, kalau mengalami masalah tulang patah di kaki, ianya hanya mengambil masa lebih kurang 4-6 minggu lebih untuk sembuh berbanding dengan kepatahan tulang tangan.

Penyakit Yang Dialami

Kepatahan tulang lambat sembuh juga boleh berlaku sebab adanya masalah penyakit lain yang dihadapi. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai masalah kencing manis, mempunyai risiko untuk tulang lambat sembuh, kerana berlaku lambakan gula dalam darah dan ianya akan membantutkan penyembuhan luka.

Nutrisi

Nutrisi ini yang paling penting. Bayangkan, kalau badan kita kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini nak sembuh.

Badan kita memerlukan tenaga, protein dan zat galian seperti kalsium dan fosfat sangat diperlukan dalam memastikan tulang patah cepat sembuh.

Jika kesemua nutrient ini kekurangan, maka penyembuhan tulang patah pun akan terbantut. Dan dengan sebab itulah kita kena pastikan nutrisi seharian kita cukup untuk membantu tulang patah kembali bercantum dengan jayanya.

Selain dengan pemakanan, kita juga boleh tambah nutrisi dengan mengambil supplement sebagai pelengkap nutrisi seharian kita. Nak tahu supplement apa yang terbaik untuk tulang patah ? Tengok ini >>>

Merokok

Semua orang dah tahu, bahawasanya merokok ini adalah berbahaya untuk kesihatan. Bukan itu je, malah merokok juga boleh mempengaruhi masalah tulang patah.

Merokok ini boleh menyebabkan salur darah mengecut. Bila salur darah mengecut, jadi pengaliran darah akan menjadi kurang efisien.

Bila perkara ini berlaku, maka tempat berlakunya tulang patah ini akan mengalami kekurangan nutrient dan bekalan darah yang kurang.

Jadi, dengan sebab itulah merokok ini boleh menyebabkan tulang patah akan lambat sembuh!


Jika anda mengalami tulang patah, tapi tidak sembuh sembuh, cek balik kelima lima faktor ini. Adakah anda betul betul patuh akan 5 sebab ini? Jika, belum, maka buatlah sekarang kerana ianya sangat membantu dalam masalah tulang patah.










Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...