Skip to main content

Pencuci Muka Organik Pilihan Hati Saya!

Sebenarnya dah lama mencari cari pencuci muka organik yang mana bebas daripada bahan kimia. Tapi disebabkan oleh  kurang ilmu pengetahuan dan trauma untuk mencuba sebarang produk, menyebabkan Ms J masih lagi setia dengan tidak memakai sebarang pencuci muka.

Rasanya sudah hampir setahun Ms J tidak mengenakan sebarang pencuci muka. Kalau orang tengok muka ini, memang nature sahaja. Nature beauty gitu.haha.

Tapi Ms J rasa tak puas hati sebab kulit muka yang agak kusam dan kulit kering. Kalau nak pakai bedak pun tak rajin. Kalau pakai sekalipun, mesti ada je tompok sana sini. Tak best!

Kalau nak tahu dulu Ms J pernah pakai sebuah produk ini. Pakai sekali je ok, memang berkesan. Ingatkan dah serasi la dengan muka ini. Rupanya tak!

Sebabnya semakin lama Ms J pakai kulit muka menjadi semakin gelap, macam kena sunburn gitu. Bukan itu sahaja, malah lepas cuci muka dengan pencuci muka, kulit muka jadi tegang sampai nak senyum pun rasa takut.


Memang lepas kejadian tu, Ms J dah tak pakai mana mana produk dah. Hanya basuh muka dengan air sahaja. Tapi tula kulit muka kusan dan kering je. Memang tak cantik!

Dan dari situ Ms J mula menabung untuk membeli produk pencuci muka yang bersifat organik. Dan kebetulan shaklee pun baru lancarkan skincare yang baru iaitu youth skincare.

Maka,berkobar kobar la semangat Ms J nak cuba produk shaklee sebab produk shaklee ini lebih selamat. Dan lagi satu produk shaklee ini memang terbukti sebab ianya telah melalui kajian yang dijalankan.

Akhirnya, berjaya juga Ms J beli pencuci muka ini. Dan hari ini dah hari ketiga Ms J pakai pencuci muka yang lebih bersifat organik seperti ini.


Bezanya pencuci muka ini, ianya tidak berbuih seperti pencuci muka yang lain, yang mana telah Ms J guna sebelum ini. Dan bila lepas mencuci muka tu, rasa kulit sangatlah halus dan lembap. Tiada lagi masalah lepas mencuci muka, muka jadi tegang dan takut nak senyum tu.haha

Dengan ini, membuatkan Ms J lagi semangat nak beli produk shaklee. Bulan depan dah target untuk beli toner dan moituriser pula.




Korang yang ada masalah kulit muka dan mencari cari pencuci muka organik, boleh cuba skincare youth shaklee ini.Setakat ini Ms J sangat berpuas hati!

Nanti dah guna full set skincare youth shaklee ini, Ms J kongsikan lagi kisah Ms J ye




Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...