Skip to main content

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Hanya Menggunakan Dua Benda Ini!

Bila bercakap pasal jeragat ini, rasa geram je. Mana tak nya jeragat kat muka ni dah macam kekal abadi je kat muka. Oh sungguh stress!

Jeragat ini memang susah nak hilangkan. Orang kata jeragat ini memang degil, sedegil batu gitu.haha.Jeragat ini adik beradik dengan jerawat, tapi iaya lebih kepada bintik bintik hitam pada permukaan kulit.


Haa, yang ini lebih parah kalau kita tak cuba hilangkan jeragat dari awal. Sebabnya jeragat ini boleh menjadikan kita nampak lebih berusia daripada umur dan lagi teruk kita akan kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.

Sebab tu kita perlu hilangkan jeragat ini. Siapa yang tak nak cantik kan? Semua orang nak. Yang pasti dengan kehadiran jeragat yang tidak diundang ini menjadikan kulit muka kita kurang cantik dengan tompokan bintik bintik hitam.

Rawat jeragat dari dalam dengan vitamin ini >>> set jeragat shaklee

Maka, kita akan mula mengenakan bedak atau foundation yang tebal sebagai salah satu cara untuk hilangkan jeragat, bagi orang di luar sana tak nampak. Betul tak?

Jika ini lah cara anda untuk hilangkan jeragat, sebenarnya ianya salah. Jeragat tersebut tak hilang pun. Ianya hanyalah dilindungi atau ditutupi oleh bedak atau foundation tadi. Jadi, semua itu tak nampak nature beauty.


Tadi Ms J ada terbaca mengenai cara mudah untuk hilangkan jeragat. Cara hilangkan jeragat ini mudah je sebab ianya hanyalah menggunakan dua barang ini sahaja, iaitu kentang dan lemon.

Oh, biar betul kentang dan lemon ini boleh hilangkan jeragat? Ya, inilah yang dikongsi oleh seorang Pensyarah Uitm , iaitu Esyima Zamri mengenai cara beliau hilangkan jeragat dengan hanya dua benda ini!

Meh baca ini mengenai tips hilangkan jeragat dengan mudah

Korang mesti stress kan bila masalah Jeragat ni tak hilang hilang. Dah cuba 1001 produk tapi langsung tak berkesan.


Sebenarnya korang kena tau punca jeragat ni terjadi. Baru senang nak atasi.


#Punca_Jeragat


1) Hormon Di Dalam Badan Tidak Stabil, Terlalu Terdedah Pada Cahaya Matahari


2) Kekurangan Vitamin Dalam Badan Disebabkan Proses Mengandung Dan Penyusuan.


3) Penggunaan Komestik Yang Tinggi Bahan Kimia Juga Menyebabkan Terjadi Jeragat


Jom Syima nak share petua paling senang nak hilangkan jeragat hanya menggunakan potato dan lemon sahaja.


Kentang sangat tinggi antioksida untuk rawat jeragat. Ia juga mampu menghalang dari terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitam (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.


lemon adalah bahan yang amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.


Cara penyediaan masker ini sangat mudah. Untuk penjelasan sila rujuk gambar








Blend potato yang telah dibersihkan


squeeze 1/2 lemon ke dalam potato yang telah diblend tadi


masukkan ke dalam ice cuba tray dan masukkan dalam peti ais untuk dibekukan


potato masker ini boleh disimpan untuk kegunaan hari hari seterusnya
Selamat mencuba korang!

Tercari cari skincare yang terbaik untuk kulit awet muda dan untuk bebas daripada masalah  jeragat boleh klik ini >> > Youth Skincare


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...