Skip to main content

Cara Rawat Keputihan Dengan Mudah

Dalam entry sebelum ini Ms J ada berkongsi mengenai punca keputihan ini berlaku. Dan hari ini Ms J ingin berkongsi pula mengenai cara rawat keputihan ini dengan mudah.


Kat luar sana terdapat pelbagai jenis petua dan tips sebagai salah satu cara merawat keputihan. Tak kira lah tips merawat keputihan itu datangnya dari orang tua kita sendiri mahupun daripada sumber google. Semua tu kita boleh gunakan sebagai cara untuk merawat keputihan yang kita hadapi.

Di sini Ms J ingin berkongsi tips cara mudah rawat keputihan. Tak susah pun, semua orang boleh amalkan. Yang penting kita kena konsisten baru lah nampak hasilnya.

Dan hasilnya kelak masalah keputihan yang kita alami semakin berkurang.


Cara Rawat Keputihan


Nah, beberapa tip cara rawat keputihan yang boleh kita amalkan

Pisang

Cara Rawat Keputihan : Pisang

Senang je, boleh dimakan begitu sahaja, atau digoreng bersama sayuran.

Jus Daun Buah Delima

Cara Rawat Keputihan : Jus Daun Buah Delima 

Ambil daun buah delima lebih kurang dalam 30 helas dan dikisar bersama lada hitam bersama setengah gelas air.

Amalkan selama 3 minggu, dan lihat kesannya.

Serbuk Halia

Cara Rawat Keputihan : Serbuk Halia

Rebus 2 sudu serbuk halia bersama 250 ml air. Dan minum selama tiga minggu dan lihat kesannya.

Campuran Jus Daun Basil Dan Madu

Cara Rawat Keputihan : Jus daun basil

Rebus daun basil dan ambil jusnya. Minum bersama madu dan diambil selama dua minggu berturut turut.

Serbuk Tawas

Cara Rawat Keputihan : Serbuk Tawas

Tawas ini adalah garam galian berupada kristal dan sangat berkesan untuk merawat semua jangkitan berkaitan alat sulit, yang mana ianya berfungsi sebagai antiseptik semulajadi

Caranya, campurkan sedikit air pada serbuk tawas, dan sapukan pada tempat gatal.

Bendi

Cara Rawat Keputihan : Bendi

Rebus bendi dan minuma airnya bersama madu

Kanji

Cara Rawat Keputihan : Kanji

Ambil air daripada nasi yang dimasak, dan minum airnya

Biji Halba / Daun Buah Jambu

Cara Rawat Keputihan : Biji Halba

Rebus dua sudu biji halba /  daun buah jambu selama 30 minit. Kemudian bila dah sejuk ambil airnya dan bilas pada alat sulit

Cuka Epal

Cara Rawat Keputihan : Cuka Epal 

Cuka epal mampu menghilangkan bau busuk dan membantu keseimbangan ph dalam badan. Cara dengan campurkan dua sudu cuka epal ke dalam air dan minum setiap hari


Bagaimana nak rawat keputihan secara alami atau cara yang paling senang? Anda juga boleh amalkan set keputihan daripada shaklee.

Selamat mencuba!














Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...