Skip to main content

5 Sebab kenapa Kita Perlukan Kolagen

Rasanya semua orang dah tahu mengenai kolagen ini. Kalau cakap pasal kolagen je, mesti ingat untuk cantik kan? Haa, samalah macam Ms J ini.

Kolagen ini adalah sejenis protein, yang mana berfungsi sebagai tisu penyambung dalam memastikan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.


Maka dengan ini, Ms J boleh katakan bahawasanya badan kita memang memerlukan kolagen untuk berfungsi sepenuhnya.Tapi kolagen ini bukan untuk cantik sahaja taw, banyak lagi sebab kenapa kita perlukan kolagen ini.

Sebab Kenapa Badan Kita Perlukan Kolagen

Kulit


Ya, kolagen memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit. Dalam erti kata lain adalah kolagen ini adalah sumber utama untuk memastikan kesihatan kulit terjaga.

Sebenarnya 30 % protein dalam badan kita adalah terdiri daripada kolagen. Kolagen inilah yang berfungsi untuk mengekalkan elastisiti dan keanjalan kulit.

Sebabnya kulit kita ini mudah hilang keanjalan apabila semakin berusia dan terdedah kepada bahan kimia. Jadi, salah satu cara untuk kita atasi masalah penuaan adalah dengan mengambil kolagen setiap hari.

Kesihatan Tulang


Percaya atau tidak, sebenarnya kolagen ini sangat bagus untuk kesihatan tulang kita. Haa, jangan ingat kolagen ini untuk cantik saja taw, untuk masalah tulang pun boleh sebenarnya.

Kolagen ini adalah sebahagian dalam asas binaan tulang kita. Ianya berfungsi untuk menyokong kekuatan tulang, fleksibiliti dan pergerakan tulang kita.

Bukan itu sahaja, kolagen ni sangat kaya dengan asid amino yang mana boleh membantu dalam keanjalan tisu seperti tulang rawan, tendon, ligament.

Mudah Rosak dan Hilang


Tahukah kita setiap hari kolagen dalam badan kita akan berkurangan? Ya, ini disebabkan oleh banyak faktor antara nya adalah disebabkan oleh usia yang makin meningkat dan pencemaraan keadaan sekeliling.

Jika ini yang sering berlaku, maka lama kelamaan paras kolagen dalam badan kita akan mula merosot dan akhirnya akan menjadikan kita nampak lebih berumur daripada usia sebenar.

Maka, dengan sebab inilah kita harus topup kolagen dalam badan kita setiap hari!


Kesihatan Kuku dan Rambut


Masalah kuku dan rambut yang tidak sihat, mudah rapuh sebenarnya berkait rapat dengan kolagen. Ini kerana kuku dan rambut juga memerlukan kolagen untuk sihat.

Kolagen juga sejenis antioksidan yang mana boleh membantu melawan radikal bebas yang menjadi punca utama kepada kerapuhan kuku dan rambut.

Usia


Seperti yang Ms J katakan di atas, kolagen ini akan berkurangan seiring dengan usia kita. Semakin bertambah usia kita semakin kuranglah kolagen dalam badan kita.

Menurut assistant professor dermatology di University of pittsburgh dan director of the Cosmetic Surgery and Skin Health Center, pada umur 20 tahun dan ke atas, kolagen dalam badan kita akan berkurangan sebanyak 1 % setiap tahun.

Maka, jika nak awet muda memang perlu ambil kolagen setiap hari!



Kesimpulannya di sini Ms J boleh katakan bahawasanya kolagen ini memang diperlukan oleh badan kita. Maka, bertindak lah dengan segera dengan mengambil kolagen setiap hari taw!

Hubungi Ms J jika anda ingin dapatkan kolagen daripada shaklee >>> Kelebihan kolagen powder shaklee







Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak seb...

Punca Berlakunya Pendarahan Ketika Hamil

Pernah dengar bunting pelanduk? Ada juga yang panggil sebagai bunting harimau. Tapi bagi Ms J ini adalah pertama kali Ms J dengar setelah mengalami masalah ini.Masalah ini adalah mengenai pendarahan yang berlaku ketika hamil. Dalam bahasa istilah perubatan pula, tiada istilah period tapi hamil atau bunting pelanduk dan bunting harimau ini sebenarnnya. Yang ada hanyalah ancaman keguguran atau 'treathen abortion'. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini.Ini adalah antara punca kenapa pendarahan berlaku semasa hamil: Pendarahan Implantasi (Implantation Bleeding) Implantasi atau dalam bahasa mudahnya persenyawaan antara ovum dan sperm yang melekat di dinding rahim boleh juga menyebabkan pendarahan. Namun pendarahan yang berlaku hanyalah sedikit sahaja dan biasanya ianya berlaku dalam tempoh 1 hari hingga 3 hari. Pendarahan ini di anggap normal kerana pendarahan yang berlaku ketika proses implantasi. Pendarahan Penebusan (Bre...