Skip to main content

Jenis Makanan Tambah Darah Ketika Hamil



Masalah kurang darah ketika hamil boleh dikatakan sinonim dengan ibu hamil.Buat ibu yang pertama kali hamil mungkin agak terkial kial mengenai masalah ini.

“Doktor cakap Hb saya rendah”
“Doktor mengesahkan saya mengalami anemia”
Jenis Makanan Tambah Darah Ketika Hamil

Ini semua adalah berkaitan masalah kekurangan darah, iaitu sel darah merah (haemoglobin) yang rendah. Jadi salah satu yang kita boleh buat adalah dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi untuk memastikan paras haemoglobin sentiasa normal ketika hamil.


Makanan Untuk Tambah Darah Ketika Hamil


Di sini Ms J senaraikan antara jenis makanan yang boleh membantu tambahkan darah ketika hamil ye.

1.       Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi

Zat besi ketika hamil adalah yang sering kita dengar. Antara zat besi yang kita sering ambil adalah ubat tambah darah iaitu iron tablet.

Zat besi ini penting taw sebab ianya berperanan sebagai kilang haemoglobin. Tubuh kita memerluakan zat besi untuk membuat haemoglobin. Haemoglobin inilah yang akan mengangkut oksigen ke seluruh badan.

Jadi tanpa zat besi, tubuh kita tidak mampu untuk membuat haemoglobin dengan mencukupi, maka akan ianya boleh menjejaskan kandungan kita kelak.

Antara makanan yang sangat kaya dengan zat besi adalah seperti daging merah, hati dan kekacang.

2.       Makanan Yang Kaya Dengan Vitamin B-12

Vitamin B-12 ini sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin B-12 ini boleh menyebabkan terjadinya anemia.

Kesannya ibu hamil akan mudah berasa penat, kulit kelihatan pucat, masalah saraf seperti kebas, masalah depressi dan sebagainya.

Vitamin B-12 ini tidak dapat di hasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi kita perlu mendapatkan melalui pemakanan berdasarkan sumber haiwan seperti ikan, telur, daging dan sebagainya.

Selain daripada itu kita juga boleh dapatkan sumber vitamin B-12 ini dengan mengambil vitamin tambahan seperti B- complex daripada Shaklee.

B- complex Shaklee ini mengandungi 8 vitamin yang diperlukan oleh tubuh termasuklah B-12 ini.


Lapan Vitamin Yang Terkandung Di dalam B complex Shaklee

3.       Makanan Yang Kaya Dengan Asam Folat

Asam folat atau asid folik juga adalah perkara penting ketika hamil. Asid folik ini juga dikenali sebagai B9, yang membantu menghasilkan sel darah merah baru yang sihat.

Secara ringkasnya boleh dikatakan asid folik ini adalah sebagai makanan sel untuk menghasilkan sel darah merah baharu yang sihat. Jadi ibu hamil memang memerlukan asid folik ini untuk mengelakkan bayi di dalam kandungan daripada berlakunya masalah seperti spina bifida.

Asid folik ini boleh didapati daripada sayuran hijau seperti kangkong dan bayam, kacang kering, kacang polong dan lain-lain lagi.

Dan kalau nak tahu b complex daripada Shaklee juga adalah salah satu sumber yang mengandungi asid folik taw!

Nak tahu vitamin apa untuk ibu hamil yang mempunyai hb rendah? Baca Vitamin untuk Naikkan Hb

Nak dapatkan sebarang vitamin shaklee hubungi Ms J 016 444 2685





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...