Skip to main content

Tips Mudah Mengelakkan Sembelit

Salah satu cara badan kita membuang toksin adalah dengan membuang air besar.

Tetapi tak semua orang membuang air besar dengan lancar.Ada yang seminggu sekali atau dua kali sahaja.

Jika ini yang berlaku sudah tentu banyak toksin yang terkumpul di dalam badan kita bukan? Jika keadaan ini berlarutan, maka ianya boleh menyebabkan komplikasi yang lain contohnya seperti buasir.


Oleh itu kita perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.Di sini Ms J ingin berkongsi beberapa tips agar kita dapat merawat dan mengurangkan masalah sembelit.

Tips Mengelakkan Sembelit

1. Minum Air Masak Yang Secukupnya

Ms J merasakan ramai yang memandang enteng terhadap peranan air masak di dalam badan kita.Malah ada juga yang langsung tidak minum air masak, sebaliknya memilih air manis.


Jika anda salah seorang daripada mereka ini, apa kata cuba ubah gaya hidup anda.Sebenarnya air masak ini banyak fungsinya di dalam badan kita.

Antaranya adalah dapat mengurangkan bebanan kerja buah pinggang dan hati dalam menyingkirkan bahan buangan dan toksin menerusi air kencing.

Bayangkan jika kita kurang meminum air masak, kerja buah pinggang dan hati makin bertambah.Lama kelamaan organ kita pun penat.Dari situlah juga datang pelbagai jenis penyakit.

2. Elakkan Suka Menangguh Membuang Air Besar

Amalan sering menangguh untuk membuang air besar sering terjadi di kalangan kita.

Ini mungkin juga disebabkan oleh lambakan kerja di tempat kerja, ataupun menghadiri sesuatu majlis penting.

Tahukah kita amalan ini boleh merangsang kepada kanser usus jika sering dibiarkan? Walaupun masih belum  lagi ada bukti yang kukuh, tapi kemungkinan kepada kanser ini amatlah tinggi.

Apabila kita ada rangsangan untuk membuang air besar, tetapi kita menahan rangsangan tersebut, ini menyebabkan usus kita terkontraksi dengan lebih kuat.

Jika sering dibiarkan otot usus kita akan mula membengkak. Lama kelamaan ianya boleh menyebabkan berlaku infeksi dan akhirnya memicu ke arah kanser.

3. Tambahkan Pengambilan Fiber 

Kita digalakkan untuk mengamalkan pengambilan fiber dalam diet seharian kita. Contohnya sayuran yang sangat tinggi dengan fiber adalah seperti brown rice, brokoli, cereal, oats, kacang hijau, avocados dan sebagainya.



4. Lakukan senaman ringan

Jangan tidak percaya pula, dengan senaman ringan mampu mengurangkan masalah sembelit.Ala paling senang sekurang kurangnya berjalanlah 20 minit sehari mampu membantu sistem penghadaman.

5. Gunakan tandas cangkung

Haa korang yang alami masalah sembelit tu apakata cuba guna tandas cangkung berbanding dengan tandas duduk.

Apa korang rasa? Berbeza kan?



Gambar di atas menunjukkan usus kita. Sebelah kiri itu ketika kita duduk, sebelah kanan pula ketika kita mencangkung.

Sebab itulah ketika digalakkan untuk mencangkung, kerana apabila kita menggunakan tandas duduk kita akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk meneran.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tandas ini boleh baca di TANDAS CANGKUNG VS TANDAS DUDUK: YANG MANA LEBIH BAIK?

Jika ini sering berlaku boleh menyebabkan buasir, pendarahan pada usus dan sebagainya.

Senang je bukan?Semua ini kita boleh lakukan di mana mana sahaja. Kalau masih lagi berlaku gejala dan tanda  sembelit ini apakata cuba supplement shaklee pula, iaitu herbalax dan osteomatrik.

Ramai yang akui ianya sangat bagus untuk mengurangkan masalah masalah sembelit.

Lihat apa kata mereka mengenai UBAT SEMBELIT KEGILAAN RAMAI






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Khasiat Buah Pear Yang Ramai Tak Tahu!

Nah buah pear! Sebenarnya Ms J ni jarang nak makan buah, apatah lagi buah buahan import seperti buah pear ni. Tapi disebabkan oleh nak diet dan sihat, maka terpaksalah ambil buah pear ni. Sebenarnya, tak tahu nak beli buah apa semalam. Pergi pasar malam ternampak buah pear yang besar besar dan cantik, maka terjebak juga untuk beli.hehe Buah pear ni Ms J panggil sebagai buah lai. Iyalah lain negeri lain juga panggilan untuk buah pear ni kan.Dalam bahasa sains nya buah pear ini dikenali sebagai pyruss spp. Sebenarnya buah pear ni ada dua jenis, ada yang kulit hijau dan kulit kuning air macam tu. Buah pear ini sering dicari oleh ramai orang kerana ianya banyak dijual di pasar basah, pasar malam, pasar tani, dan mana mana pasaraya. Lagi satu buah pear ni diminati oleh ramai orang kerana harganya yang murah dan berpatutan. Bukan sebab harganya yang murah je , tapi buah pear ini mempunyai khasiat yang tersendiri.  Antara khasiat buah pear ini adalah bertindak sebagai

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini

Ketagih Nestum Dan Oat Ketika Hamil Yang Melampau!

Hamil kali ini Ms J ada satu ketagihan yang melampau.Boleh dikatakan melampau sebab makan satu pun tak cukup. Masih lagi nak lagi. Kali ini Ms J agak ketagih dengan oat dan nestum. Bila nak minum je pasti cari dua benda alah ini. Ishh bancuh satu packet nestum pun tak cukup taw. Kalau dulu Ms J mana nak suka makan benda macam ini. Apatah lagi kalau nak minum air bergula, memang jauh panggang dari api. Selalunya Ms J dikenali sebagai seorang pencinta air masak sahaja. Tapi bila hamil semua tu boleh berubah. Betul la orang cakap, bila hamil hormon kita akan berubah diri kita 360 darjah. Kalau dulu suka, tapi bila hamil boleh jadi tak suka dan sebaliknya. Jadi jangan bongkak atau riak jika kita membenci atau menyukai sesuai. Bila bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Berbalik pada cerita Ms J tadi, bayangkan satu packet nestum pun tak cukup. Tambah pula ditambah dengan oat memang rasa sedap. Pekat dan lemak manis tu perrrghh rasa meleleh air liur.hehe