Skip to main content

Perlu Ke Berpantang Selepas Keguguran?

Pertama kali berlaku pada Ms J keguguran ini, Ms J tidak tahu pun perlunya berpantang selepas keguguran.


Dan mula lah merisik khabar daripada emak di kampung dan mak mertua di sini.

Kata mereka, ya Ms J perlu berpantang.Berpantang sama sekali seperti selepas bersalin.Cuma kali ini berpantang tanpa bayi di sisi.

Maka, nak tak nak memang Ms J kena berpantang juga.Ms J diberi rehat seminggu oleh doktor supaya badan Ms J boleh kembali bekerja dengan baik.

Lalu emak mentua menyuruh Ms J untuk pulang ke kampung di Pokok Sena.Alhamdulillah syukur di kurniakan dengan mereka mereka yang mengambil berat terhadap Ms J.

Pada keesokkan harinya emak mentua memasak ikan air asam katanya.Tapi Ms J tak tahu pula ikan apa.Tahu makan saja.hehe.

Memang orang tua memang tegas bab bab pantang ini.Banyak benda yang tak boleh dimakan, antaranya ais, sayur kubis dan macam-macam lagi. Bukan apa. sebenarnya untuk kebaikan kita juga.

Selain menjaga pemakanan semasa berpantang, kita juga di galakkan untuk:

⥀Mengurut
⥀Bengkung
⥀Bertungku

Kenapa Perlu Semua Ini?

Mengurut dan bertungku adalah penting mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal di dalam rahim si ibu.


Malah ianya juga membantu mengeluarkan angin, membaikan dan melembutkan urat yang tegang dan menyegarkan badan.Amalkan lah sekurangnya satu kali sehari.Jika kita tidak berpantang dengan betul, dikhuatiri kemudian hari boleh menyebabkan masalah lain yang menimpa si ibu.Antaranya adalah seperti :

⧪Tekanan emosi @ meroyan
⧪masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
⧪Lemah rahim
⧪ketidakseimbangan hormon
⧪Bengkak dan bisa otot peranakan
⧪Bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
⧪Kebas sendi
⧪Mudah berasa seram sejuk
⧪Demam yang tidak kebah
⧪Kedingin seks
⧪Kalah dalam jimak


Jadi, ibu -ibu jangan ambil mudah mengenai pantang semasa kelahiran atau keguguran ye.Moga kita semua diberikan kekuatan untuk berpantang dengan baik.

Selain daripada itu, anda juga boleh mencuba supplement untuk merawat dalaman ibu selepas kelahiran atau keguguran.

Ikuti kisah Ms J BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN, SUPPLEMENT APA NAK MAKAN?


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...