Pernah tak berlaku pada anda, apabila bangun sahaja dari tidur anda merasakan sakit belakang? Begitu juga bila anda stress, rasa sakit belakang yang mencucuk-cucuk.Pernah tak anda alami masalah demikian?
Haa itulah antara punca boleh berlakunya sakit belakang ini. Baring yang terlalu lama dan keadaan diri yang stress boleh memberi kesan yang negatif kepada badan.Ianya boleh menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan.
Antara faktor lain yang menyumbang sakit belakang adalah:
- Obesiti
- Merokok
- Keadaaan fizikal tidak elok
- Postur badan yang salah
- Tiada sokonga pada tilam ketika tidur
Masalah sakit belakang ini memang sinonim berlaku di kalangan kita tidak kira tua atau muda semua tidak terkecuali. Ianya boleh di cegah, mungkin anda boleh cuba beberapa perkara di bawah untuk mengelakkan sakit belakang daripada berlaku :
Kurangkan baring
Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang menghadapi masalah sakit belakang jangka masa singkat mengalami kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerapkan melakukan pergerakan badan.
Banyakkan Senaman
Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda lakukan, bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu mengurangkan masalah tulang belakang.
Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang lama.
Beraktiviti Dalam Kedudukan Yang Betul
Kebanyakan masalah sakit belakang juga boleh di kaitkan dengan kedudukan badan yang tidak tepat semasa melakukan sebarang aktiviti.Ini merangkumi semasa anda duduk, berdiri, berlari mahupun tidur.
Kedudukan yang tidak betul dan tepat dengan pergerakan yang dilakukan boleh memberi tekanan yang lebih kepada tulang belakang anda.Inilah yang menyebabkan anda merasa sakit ketika melakukan aktiviti tersebut.Kesakitan ini boleh berlaku samada semasa atau selepas anda melakukan senaman tersebut.
Dapatkan Nasihat Daripada Pakar
Dapatkan panduan dan senaman yang khusus adalah perkara yang penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit belakang yang kronik
Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis ubat dan senaman. Anda perlu mencari seorang pakar dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka.
Kuatkan Anggota Badan Anda
Mempunyai otot yang kuat boleh membantu anda mengatasi masalah sakit belakang. Selain itu dengan gabungan belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit belakang. Dengan hal demikian, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kuantiti proein dan kalsium yang tinggi.
Pertingkatkan Tahap Fleksibiliti
Memberikan tekanan yang tinggi kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang.Hal ini boleh di atasi dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda.Dengan ini, badan anda boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakkan keadaan.
Boleh tingkatkan tahap fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, seperti mana yang anda lakukan sebelum melakukan senaman berat. Perkara yang perlu di titik beratkan adalah renggangan pada badan.
Kurangkan Pendakap Badan
Pendakap badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat berat. Namun, jangan terlalu memaksa, kerana boleh menyebabkan masalah lain kepada badan
Anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika.Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga letih
Tidur Dengan Posisi yang Betul
Dapatkan masa tidur yang cukup adalah penting, sama juga posisi tidur anda.Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak tepat, ataupun tidur di atas tilam yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan sakit belakang.
Sekiranya anda dapati anda mengalami masalah tidur, mungkin beberapa tips ini boleh membantu:
- Letakkan bantal di bawah buku lali anda.Ini boleh menetapkan posisi anda semasa tidur
- Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekana kepada belakang
Supplement
Ingin saya kongsikan pengalaman mereka yang pernah menggunakan vivix shaklee untuk merawat sakit belakang.
" Saya berjumpa sendiri dengan pesakit ini untuk repeat order kali ke 3 botol. Alhamdulillah keadaannya makin pulih dan ceria.
Alhamdulillah dah ok dah ni, syukur sangat boleh buat macam-macam kerja dah. Mujur ada vivix".
Thanks 4 sharing :)
ReplyDelete